Skip to main content

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan Malaysia

Pada hari ini, 40 tahun lalu, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke-2, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah Hospital di London akibat penyakit Leukaemia. Ketika itu beliau berusia 54 tahun dan telah memimpin Malaysia selama 6 tahun dari 1970 - 1976.

Dalam masa yang begitu singkat beliau telah berjaya mengasaskan pembangunan Malaysia melalui pelbagai Dasar Pembangunan Ekonomi dan Dasar Luar Negara. Ini termasuk memperkenalkan Buku Merah, DEB yang bertujuan menghapuskan kemiskinan tanpa kira kaum, menubuhkan Felda yang telah membantu ramai peneroka dan kini telah berkembang menjadi Felda Global Venture yang tersenarai di Bursa Malaysia, menubuhkan Petronas yang menjana pembangunan  ekonomi Malaysia, menstruktur semula ekonomi selepas kejadian hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 dll.

Beliau juga telah mengejutkan dunia dengan menjalin perhubungan diplomatik dengan China, sebuah negara Komunis ketika itu yang masih menyokong perjuangan Pengganas Komunis Malaya serta melawat Yugoslavia, sebuah negara Sosialis ketika itu yang dipimpin oleh Marshal Josip Broz Tito, seorang Diktator Eropah. Semasa hayatnya, Allahyarham turut mengunjungi White House dan beberapa buah negara lain di dunia.

Selepas beliau meninggal dunia, DS Najib telah dipilih untuk menjadi Wakil Rakyat kawasan Pekan. Seterusnya adalah sejarah.

Kali pertama saya melihat Tun Abdul Razak dari jarak dekat ialah ketika beliau berkempen dalam satu Pilihan Raya di Port Klang (dulunya Port Swettenham). Ketika itu saya masih lagi dalam sekolah menengah rendah.Yang masih saya ingat ialah beliau sering 'berdehem' ketika berucap.

Kali kedua saya melihat beliau dari jarak dekat ialah semasa saya bertugas sebagai Table Clerk di ATS Office, LPK. Saya telah dimaklumkan bahawa Kapal KD Hang Tuah yang membawa Tun Abdul Razak akan berlabuh di Wharf 7, North Port. Dermaga 7 adalah di depan ATS Office saja. Saya, Johnson, beberapa orang riveter dan seorang pemandu Forklift telah bersedia dengan sebuah Gangway untuk dipasang di laluan turun kapal.

Turut menunggu beliau di Dermaga 7 ialah Ketua TLDM ketika itu, TS Thanabalasingam. Ketika KD Hang Tuah semakin hampir dengan Dermaga 7, saya dapat lihat Tun Abdul Razak dengan jelas berdiri seorang diri di dek kapal sambil memerhati segala aktiviti yang berlaku di dermaga. Sebaik saja gangway siap dipasang, TS Thanabalasingam telah menaiki kapal tersebut untuk menyambut dan mengiringi Tun Abdul Razak turun ke kereta rasmi Perdana Menteri.

Dalam tahun 1976 juga, anak kedua Tun Razak, Ahmad Johari telah lulus peperiksaan Undang-Undang (Law) di London. Pada ketika itu, secara kebetulan saya sedang berada di London. Pada satu pagi ketika saya sedang bersarapan di Malaysia Hall, Bryanston Square, London, seorang pelajar yang duduk di sebelah meja saya telah memberitahu rakannya bahawa "Anak Tun Razak telah lulus Peperiksaan Undang-Undang". Datuk Ahmad Johari adalah seorang peguam ketika ini.

Allahyarham Tun Abdul Razak dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Beliau berkahwin dengan Toh Puan Rahah Mohamad Noh pada 4 September 1952. Mereka dikurniakan 5 orang anak lelaki, Najib, Johari, Nizam, Nazim dan Nazir.

Al-Fatihah.

        

      

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...