Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Khairul Hafiz Baiki Rekod 200M Yang Dicatatnya Semalam!

Jumaat, 29 Julai 2016 - Syabas Khairul! Dalam Pertandingan Akhir 200M pagi tadi, Khairul, 18 tahun telah memecahkan rekodnya sendiri yang beliau catat semalam. Pagi tadi, beliau telah mencatat 21.03 saat, mengatasi prestasinya semalam 21.14 saat. Walau bagaimanapun, beliau gagal mengatasi rekod Dr M Jegathesan sepantas 20.92 saat yang dicatat di Olimpik Mexico dalam tahun 1968. Dalam Sukma kali ini, Khairul turut membantu Melaka memecahkan rekod Kebangsaan dalam acara 100m, 200m, 4 x 100m dan 4 x 400m. Satu pencapaian terbaik oleh Khairul. Beliau masih muda dan mempunyai  masa depan yang cerah. Saya yakin dalam masa setahun dua ini, beliau akan berupaya mengatasi rekod Dr M Jegathesan. Saya tidak pasti sama ada beliau layak ke Sukan Olimpik Rio, Brazil ataupun tidak. Sekiranya tidak, saya cadangkan agar Kementerian Belia Dan Sukan menajanya ke Sukan tersebut bagi membolehkan beliau mengalami suasana Olimpik yang sebenar, menyaksikan sendiri aksi para pelari pecut dunia di s...

Raja Pecut Terbaru Malaysia Pecahkan Rekod 200M Sukma!

Raja Pecut Malaysia yang baru dinobatkan, Khairul Hafiz Jantan, telah memecahkan rekod 200M Sukma dalam pertandingan Separuh Akhir yang diadakan di Stadium Sarawak, Petra Jaya, petang tadi. Beliau mencatat 21.14 saat, sekaligus memadamkan rekod Nazmizan 21.33 saat pada tahun 2002. Semalam beliau telah memecahkan rekod 100M Sukma dengan catatan 10.18 saat. Saya harap pada pertandingan akhir nanti, beliau mampu memecahkan pula rekod Dr M. Jagathesan, 20.92 saat yang dicatat di Olimpik Mexico pada tahun 1968. Syabas Khairul! Teruskan perjuangan anda. Anda masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah untuk mengharumkan nama Malaysia di persada Olahraga Dunia. Kita kini mempunyai satu lagi Bintang dalam dunia Sukan! - ends -

Khairul Hafiz, Pelari Terpantas Di Malaysia!

Rabu, 27 Julai 2016 - Khairul Hafiz Jantan, 18 tahun, telah memecahkan rekod 100m Kebangsaan dengan catatan 10.18 saat. Beliau melakukan catatan tersebut di Sukma yang diadakan di Stadium Sarawak, Petra Jaya petang tadi. Pencapaian tersebut sekaligus memadamkan rekod Watson Nyambek, 10.30 saat yang dicatat dalam tahun 1998. Sebelum ini beliau telah memenangi Pingat Emas dalam Pertandingan Remaja Asia di Ho Chi Minh City, Vietnam. Kini, kita mempunyai satu lagi Bintang yang bakal menyinar di persada antarabangsa. Kementerian Belia Dan Sukan perlu memberi perhatian rapi kepada remaja ini. Beliau masih muda dan masih berupaya untuk memperbaiki lagi catatan tersebut. Syabas Khairul! Sukan Olimpik Rio, Brazil akan diadakan tidak lama lagi. Beliau perlu dijaga, dilatih sebaik mungkin dan disuntikkan semangat untuk bersaing dengan para jaguh dunia. Saya yakin, di Rio nanti, beliau mampu memperbaiki rekod yang beliau catat hari ini. - ends -  

Pilihan Raya Kilat Di Pulau Pinang?

Selasa, 14 Syawal 1437H, 19 Julai 2016M - Pulau Pinang bukan saja mengalami banjir kilat sekarang, tetapi bakal mengadakan Pilihan Raya Kilat tidak lama lagi! Desas-desus semakin kencang mengatakan bahawa DAP akan mengadakan Pilihan Raya Kilat tidak lama lagi bagi mendapatkan semula mandat rakyat Pulau Pinang untuk menyokong kedudukan LGE yang kian goyah akibat dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadapnya. Mereka juga dikatakan akan mengadakan mesyuarat penting bersama para pemimpin PKR. Walau bagaimanapun, difahamkan Dr Wan Azizah dan para pemimpin PKR masih non-committal dan perlukan penjelasan lebih lanjut tentang cadangan DAP itu. LGE tidak seharusnya menyeret rakyat Pulau Pinang ke dalam kancah masalah peribadi beliau. Pilihan Raya Negeri serta dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap beliau adalah dua perkara yang berbeza. Beliau tidak patut melibatkan rakyat dalam kes Mahkamah beliau sendiri. Saya yakin, apa pun keputusan Pilihan Raya nanti, tidak akan dapat mempengaruh...

Theresa May, PM Britain Mulai Esok?

Selasa, 7 Syawal 1437H, 12 Julai 2016M - Theresa May, 59 tahun, dijangka akan menggantikan David Cameron esok, Rabu sebagai Perdana Menteri Britain yang baru. Beliau mengatasi beberapa calon lain untuk mengemudi Britain selepas rakyat Britain memilih Brexit (keluar dari Kesatuan Eropah) David Cameron mengumumkan perletakan jawatan sejurus selepas rakyat Britain memilih referendum Brexit untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Beliau mahu Britain kekal bersama EU dan mendapati sukar untuk terus memimpin Britain apabila majoriti rakyat Britain mahukan Brexit. Theresa May, produk Universiti Oxford, merupakan wanita kedua mendiami 10, Downing Street, London selepas Margaret Thatcher (the Iron Lady of Britain). Beliau dijangka akan menghadapi pelbagai kesukaran (an uphill battle) untuk memulihkan kembali kedudukan ekonomi dan kewangan Britain selepas keluar dari EU. Beliau perlu memperkenalkan pelbagai dasar dan pendekatan baru untuk membolehkan Britain berdikari, mengekal dan menarik p...

Kemesraan Aidilfitri Tidak Seperti Dahulu

Jumaat, 3 Syawal 1437H, 8 Julai 2016M - Hari ini kita menyambut Hari Raya Aidilfitri yang Ke-3. Ke mana saja kita pergi, suasana Hari Raya masih lagi meriah dan penuh berwarna-warni. Tetapi, saya melihat suasana Hari Raya pada zaman ini agak berbeza berbanding zaman kanak-kanak dan remaja saya. Pada zaman saya, apabila kita berhari raya ke rumah sanak saudara atau kawan-kawan, kita akan bermaaf-maafan, bertegur sapa, bertanya khabar, berbual mesra, bersembang panjang dan bergurau senda. Suasana ketika itu begitu intim serta dapat menjalin semula tali silaturrahim yang telah renggang selama setahun. Tetapi, pada zaman ini, suasana kemesraan tersebut semakin pupus. Saya melihat, walaupun secara fizikal kanak-kanak dan para remaja sekarang berada di samping saudara mara dan kawan-kawan mereka, tetapi secara mental mereka sebenarnya berada jauh di luar. Fikiran mereka melayang jauh melayani rakan-rakan maya, on-line, Facebook, WhatsApp, Instagram dll menerusi Smart Phones walaupun me...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rabu, 1 Syawal 1437H, 6 Julai 2016M Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Daripada Kami Sepuluh Jari Disusun Rapi Mohon Segala Dosa Dapat Dimaafi Semoga Ibadah Ramadhan Diterima Illahi Diampuni Dosa, Dilimpahi Pahala Serta Menjadi Insan Terpuji Roh Ramadhan Mestilah Diterusi Beristiqamah Di Sebelas Bulan Lagi Barulah Menjadi Insan Yang Dirahmati Berjaya Di Dunia Dan Bahagia Di Akhirat Yang Kekal Abadi Pemergian Ramadhan Amat Ditangisi Sungguh Dirindui Oleh Mereka Yang Mengetahui Ramadhan Adalah Teras Ibadah Suci   Madrasah Yang Melahirkan Keimanan, Ketaqwaan dan Akhlak Murni Ramadhan Datang Dan Ramadhan Pergi Semoga Dapat Bertemu Ramadhan Di Lain Hari Ramadhan Adalah Benih Kerohanian Yang Disemai Aidilfitri Adalah Buah Keimanan Dan Ketaqwaan Yang Dituai Tulus Ikhlas Daripada Kami Ibrahim Mohd Idrus Sekeluarga Yang Tidak Jemu Berbakti

Eksodus (Exodus) Balik Kampung Telah Bermula

Ahad, 28 Ramadhan 1437H, 3 Julai 2016M - Eksodus Balik Kampung (pergerakan balik kampung beramai-ramai) telah pun bermula sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada hari Rabu, 6 Julai 2016M, 1 Syawal 1437H. Hampir setiap jalan raya dan lebuh raya menuju Utara-Selatan telah mula sesak dengan pelbagai jenis kenderaan yang menghala ke Kampung Halaman masing-masing untuk meraikan Hari Lebaran bersama Ibu Bapa dan sanak saudara yang tercinta. Hari Raya merupakan satu-satunya hari yang memungkinkan mereka pulang ke kampung halaman untuk mendakap serta mencium tangan ibu bapa mereka untuk memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan yang lalu demi mentaut dan mengeratkan kembali tali silaturrahim keluarga. Ada juga yang pulang ke kampung halaman hanya untuk mendiami seketika di rumah-rumah kosong peninggalan ibu bapa mereka serta menziarahi pusara ibu bapa mereka yang telah lama kembali ke pangkuan Illahi. Ibu Kota, bandar-bandar dan pekan-pekan besar, ter...

Durian Runtuh Bagi Kakitangan Kerajaan Dan Swasta

Jumaat, 26 Ramadhan 1437H, 1 Julai 2016  -  Mulai hari ini, para kakitangan Kerajaan akan menikmati satu kenaikan gaji serta gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan. Ini jelas membuktikan bahawa ekonomi Malaysia masih mantap dan Kerajaan Malaysia tidak bankrap seperti yang diwar-warkan oleh pihak-pihak tertentu. Ini juga membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap para kakitangan mereka dan rakyat Malaysia.   Para pekerja swasta juga akan menikmati gaji minimum RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920.00 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan mulai hari ini. Para majikan perlu melaksanakan Dasar Gaji baru ini, jika tidak mereka akan diheret ke Mahkamah dengan denda yang tinggi. Kenaikan gaji ini akan mendorong peningkatan produktiviti para pekerja. Biasanya, apabila para pekerja berpuas hati dengan pendapatan mereka, kualiti pekerjaan mereka akan bertambah baik. Ini akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti pekerjaan dan sekaligus akan meningkat...