Skip to main content

Eksodus (Exodus) Balik Kampung Telah Bermula

Ahad, 28 Ramadhan 1437H, 3 Julai 2016M - Eksodus Balik Kampung (pergerakan balik kampung beramai-ramai) telah pun bermula sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada hari Rabu, 6 Julai 2016M, 1 Syawal 1437H.

Hampir setiap jalan raya dan lebuh raya menuju Utara-Selatan telah mula sesak dengan pelbagai jenis kenderaan yang menghala ke Kampung Halaman masing-masing untuk meraikan Hari Lebaran bersama Ibu Bapa dan sanak saudara yang tercinta.

Hari Raya merupakan satu-satunya hari yang memungkinkan mereka pulang ke kampung halaman untuk mendakap serta mencium tangan ibu bapa mereka untuk memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan yang lalu demi mentaut dan mengeratkan kembali tali silaturrahim keluarga.

Ada juga yang pulang ke kampung halaman hanya untuk mendiami seketika di rumah-rumah kosong peninggalan ibu bapa mereka serta menziarahi pusara ibu bapa mereka yang telah lama kembali ke pangkuan Illahi.

Ibu Kota, bandar-bandar dan pekan-pekan besar, terutama sekali di Lembah Klang yang menjadi pusat dan sumber mencari nafkah mereka, telah mula lengang ekoran kesempatan cuti yang panjang selama seminggu. Mereka hanya perlu memohon cuti dua hari pada hari Isnin dan Selasa untuk menikmati cuti panjang dari hari Sabtu (semalam) sehingga Ahad depan.

Kepada mereka yang balik kampung, saya doakan agar mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pandulah kenderaan dengan berhemah, ikut peraturan lalulintas, jangan guna lorong kecemasan, jangan memotong di garisan berkembar, banyak bersabar, jangan pandu laju, ikut had laju yang telah ditetapkan dan jangan memandu ketika letih dan mengantuk. Jika letih dan mengantuk, berhenti seketika di R&R untuk bersolat, membersihkan diri, berehat dan minum secawan kopi O atau Nescafe untuk menyegarkan badan dan menghilangkan rasa letih dan mengantuk. Selepas itu, teruskan perjalanan anda.

Jangan hilang sabar, jangan tergesa-gesa dan tergopoh-gapah kerana Kampung Halaman kita sentiasa menunggu kita dengan penuh sabar dan tidak akan lari ke mana-mana.

Selamat Memandu, Selamat Tiba Di Destinasi Yang Dituju, Selamat Beribadah Di Akhir-Akhir Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada saya sekeluarga.

- ends -          

    

        

   

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...