Skip to main content

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rabu, 1 Syawal 1437H, 6 Julai 2016M

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin Daripada Kami

Sepuluh Jari Disusun Rapi
Mohon Segala Dosa Dapat Dimaafi

Semoga Ibadah Ramadhan Diterima Illahi
Diampuni Dosa, Dilimpahi Pahala Serta Menjadi Insan Terpuji

Roh Ramadhan Mestilah Diterusi
Beristiqamah Di Sebelas Bulan Lagi

Barulah Menjadi Insan Yang Dirahmati
Berjaya Di Dunia Dan Bahagia Di Akhirat Yang Kekal Abadi

Pemergian Ramadhan Amat Ditangisi
Sungguh Dirindui Oleh Mereka Yang Mengetahui

Ramadhan Adalah Teras Ibadah Suci  
Madrasah Yang Melahirkan Keimanan, Ketaqwaan dan Akhlak Murni

Ramadhan Datang Dan Ramadhan Pergi
Semoga Dapat Bertemu Ramadhan Di Lain Hari

Ramadhan Adalah Benih Kerohanian Yang Disemai
Aidilfitri Adalah Buah Keimanan Dan Ketaqwaan Yang Dituai


Tulus Ikhlas Daripada Kami
Ibrahim Mohd Idrus Sekeluarga Yang Tidak Jemu Berbakti



Comments