Skip to main content

Khairul Hafiz Baiki Rekod 200M Yang Dicatatnya Semalam!

Jumaat, 29 Julai 2016 - Syabas Khairul! Dalam Pertandingan Akhir 200M pagi tadi, Khairul, 18 tahun telah memecahkan rekodnya sendiri yang beliau catat semalam.

Pagi tadi, beliau telah mencatat 21.03 saat, mengatasi prestasinya semalam 21.14 saat. Walau bagaimanapun, beliau gagal mengatasi rekod Dr M Jegathesan sepantas 20.92 saat yang dicatat di Olimpik Mexico dalam tahun 1968.

Dalam Sukma kali ini, Khairul turut membantu Melaka memecahkan rekod Kebangsaan dalam acara 100m, 200m, 4 x 100m dan 4 x 400m. Satu pencapaian terbaik oleh Khairul.

Beliau masih muda dan mempunyai  masa depan yang cerah. Saya yakin dalam masa setahun dua ini, beliau akan berupaya mengatasi rekod Dr M Jegathesan.

Saya tidak pasti sama ada beliau layak ke Sukan Olimpik Rio, Brazil ataupun tidak. Sekiranya tidak, saya cadangkan agar Kementerian Belia Dan Sukan menajanya ke Sukan tersebut bagi membolehkan beliau mengalami suasana Olimpik yang sebenar, menyaksikan sendiri aksi para pelari pecut dunia di samping menyuntik semangat beliau untuk beraksi lebih baik pada masa akan datang. Saya yakin pelaburan tersebut amat berbaloi. Sekiranya KBS boleh berbelanja besar dalam perkara lain, mengapa tidak ke atas Khairul Hafiz, Raja Pecut Malaysia yang terbaru.

Khairul Hafiz Jantan, The Flying Malaysian!

- ends -    

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...