Skip to main content

Durian Runtuh Bagi Kakitangan Kerajaan Dan Swasta

Jumaat, 26 Ramadhan 1437H, 1 Julai 2016  -  Mulai hari ini, para kakitangan Kerajaan akan menikmati satu kenaikan gaji serta gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan. Ini jelas membuktikan bahawa ekonomi Malaysia masih mantap dan Kerajaan Malaysia tidak bankrap seperti yang diwar-warkan oleh pihak-pihak tertentu. Ini juga membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap para kakitangan mereka dan rakyat Malaysia.  

Para pekerja swasta juga akan menikmati gaji minimum RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920.00 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan mulai hari ini. Para majikan perlu melaksanakan Dasar Gaji baru ini, jika tidak mereka akan diheret ke Mahkamah dengan denda yang tinggi.

Kenaikan gaji ini akan mendorong peningkatan produktiviti para pekerja. Biasanya, apabila para pekerja berpuas hati dengan pendapatan mereka, kualiti pekerjaan mereka akan bertambah baik. Ini akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti pekerjaan dan sekaligus akan meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat-syarikat.

Saya amat mengalu-alukan langkah positif Kerajaan ini. Syabas Kerajaan Malaysia.

Mata wang Malaysia juga didapati kian stabil berbanding Dollar Amerika dan Ringgit telah menokok berbanding Pound Sterling UK ekoran Referendum Brexit (Britain Exit EU) baru-baru ini. Ini bermakna anak-anak kita yang kini menuntut di UK dapat menikmati pertambahan perbelanjaan Pound Sterling dengan kiriman Ringgit yang sama kepada mereka.

Pelaburan Langsung Negara Luar (FDI) ke Malaysia juga kian meningkat. Dalam tahun 2015, Malaysia menikmati peningkatan RM43,435 juta daripada RM35,600 juta dalam tahun 2014. Pertumbuhan produktiviti buruh bagi tahun 2015 telah meningkat kepada RM75,538 berbanding RM73,019 dalam tahun 2014. Ini membuktikan ekonomi Malaysia agak kukuh dan semakin mantap.

Harga minyak petrol yang diumumkan malam tadi hanya meningkat 5 sen. Ini tidak akan memberi impak besar kepada para pengguna kenderaan. Harga minyak di Malaysia pada masa ini masih lebih rendah berbanding harga minyak di Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.

Harga minyak mentah dunia juga kian stabil di sekitar US$47 - US$50 setong berbanding US$30 pada satu ketika dulu. Ini akan menambahkan pendapatan Petronas serta cukai dan dividen Kerajaan. Kutipan GST Kerajaan juga amat memberangsangkan.      

Semua perkembangan positif di atas menandakan ekonomi Malaysia masih kukuh dan bertambah baik tahun demi tahun sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

- ends -

  

   

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...