Skip to main content

Pilihan Raya Kilat Di Pulau Pinang?

Selasa, 14 Syawal 1437H, 19 Julai 2016M - Pulau Pinang bukan saja mengalami banjir kilat sekarang, tetapi bakal mengadakan Pilihan Raya Kilat tidak lama lagi! Desas-desus semakin kencang mengatakan bahawa DAP akan mengadakan Pilihan Raya Kilat tidak lama lagi bagi mendapatkan semula mandat rakyat Pulau Pinang untuk menyokong kedudukan LGE yang kian goyah akibat dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadapnya.

Mereka juga dikatakan akan mengadakan mesyuarat penting bersama para pemimpin PKR. Walau bagaimanapun, difahamkan Dr Wan Azizah dan para pemimpin PKR masih non-committal dan perlukan penjelasan lebih lanjut tentang cadangan DAP itu.

LGE tidak seharusnya menyeret rakyat Pulau Pinang ke dalam kancah masalah peribadi beliau. Pilihan Raya Negeri serta dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap beliau adalah dua perkara yang berbeza. Beliau tidak patut melibatkan rakyat dalam kes Mahkamah beliau sendiri. Saya yakin, apa pun keputusan Pilihan Raya nanti, tidak akan dapat mempengaruhi perjalanan, prosiding dan keputusan Mahkamah yang serba bebas dan adil. Salah tetap salah! Benar tetap benar!

Saya berpendapat, sekiranya Pilihan Raya Kilat diadakan dalam masa terdekat, DAP dan PH akan kecundang di beberapa kawasan yang mereka menangi sekarang. Ini bererti, prestasi mereka kali ini dijangka lebih teruk daripada PRU tahun 2013.  Gerakan, MCA, UMNO dan PAS akan merampas beberapa kawasan DAP dan PKR.

Saya berkata demikian atas beberapa sebab.


1. BN akan manfaatkan segala kelemahan LGE yang kini menghadapi dakwaan rasuah dan salahguna kuasa. Beliau tidak lagi kelihatan bersih dengan CAT DAP, malah dilihat Cakap Tak Serupa Bikin. He does not Walk his Talk. He does not Practise what he Preaches.

2. Beliau sering meminta mereka yang dituduh atas pelbagai tuduhan supaya bercuti atau meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat. Malangnya, beliau sendiri tidak berbuat demikian setelah didakwa di Mahkamah atas dua tuduhan. Sebaliknya, beliau mengaku tidak bersalah dan telah menuduh orang lain yang melakukan Political Persecution terhadapnya.  

3. Beliau sering menuduh BN berbelanja besar dengan Projek Mega. Tetapi, Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbirannya telah berbelanja lebih besar bagi Projek Terowong Dasar Laut yang dikatakan bernilai berbilion ringgit.

4. BN lebih gemar dengan Pilihan Raya setempat berbanding seluruh negara. Mereka akan berkampung berhabis-habisan dengan segala kelengkapan dan kelebihan yang mereka ada bagi memenangi Pilihan Raya. Cuba lihat kekuatan mereka di PRN Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Selangor.

5. PH masih lagi tidak sehaluan. Perbalahan dan percakaran di kalangan mereka masih berlarutan. Pakatan mereka hanyalah satu Marriage of Convenience. Masing-masing mempunyai dasar, idealogi dan matlamat sendiri. Mereka hanya duduk semeja dan bersatu untuk menumpaskan musuh yang sama, iaitu BN. Selepas menang, mereka akan berebut kuasa dan bercakaran. Situasi ini amat tidak disenangi oleh rakyat.

6. Penglibatan Tun Dr Mahathir bersama Teamnya serta parti baru yang bakal ditubuhkan, tidak akan membantu PH menentang BN. Malah, akan menyulit dan mengeruhkan lagi keadaan. Rakyat semakin keliru dengan perjuangan Tun Dr Mahathir dengan Teamnya yang membawa pelbagai Baggage bersama mereka.

7. LGE sering memperjuangkan Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech). Tetapi, apabila Media yang tidak sehaluan dengannya menegur dan mengkritiknya secara konstruktif dan jujur, beliau akan melenting dan mengecam akhbar tersebut sebagai bias dan akan menyamannya. Terbaru, Joceline Tan dari akhbar The Star telah disaman oleh LGE kerana telah memberikan pendapat secara jujur dan terbuka. Tetapi, ia tidak disenangi oleh LGE. Di manakah Freedom of Speech dan Freedom of Expression beliau? Sebenarnya, beliau mengamalkan Double Standard.

8. Jika dilihat daripada PRN Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ramai pengundi Cina didapati telah mula beralih kepada BN. Situasi dan gelombang ini boleh berlaku di Pulau Pinang. Para pengundi Cina mahukan keamanan dan kemajuan yang boleh diberikan oleh BN.
 
Semua perkara di atas akan menjadi modal utama BN untuk membelasah beliau dan DAP jika Pilihan Raya Kilat diadakan. LGE dan DAP didapati Cakap Tak Serupa Bikin. Mereka tidak mengamalkan CAT yang mereka sering laung-laungkan.                          
               


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa prejudis, tanpa berniat jahat, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine, without prejudice, without malice and without any external influence.
                    

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...