Skip to main content

Kemesraan Aidilfitri Tidak Seperti Dahulu

Jumaat, 3 Syawal 1437H, 8 Julai 2016M - Hari ini kita menyambut Hari Raya Aidilfitri yang Ke-3. Ke mana saja kita pergi, suasana Hari Raya masih lagi meriah dan penuh berwarna-warni.

Tetapi, saya melihat suasana Hari Raya pada zaman ini agak berbeza berbanding zaman kanak-kanak dan remaja saya.

Pada zaman saya, apabila kita berhari raya ke rumah sanak saudara atau kawan-kawan, kita akan bermaaf-maafan, bertegur sapa, bertanya khabar, berbual mesra, bersembang panjang dan bergurau senda. Suasana ketika itu begitu intim serta dapat menjalin semula tali silaturrahim yang telah renggang selama setahun.

Tetapi, pada zaman ini, suasana kemesraan tersebut semakin pupus. Saya melihat, walaupun secara fizikal kanak-kanak dan para remaja sekarang berada di samping saudara mara dan kawan-kawan mereka, tetapi secara mental mereka sebenarnya berada jauh di luar. Fikiran mereka melayang jauh melayani rakan-rakan maya, on-line, Facebook, WhatsApp, Instagram dll menerusi Smart Phones walaupun mereka dikelilingi sanak saudara yang telah lama tidak bersua. Suasana keriangan dan kemesraan di kalangan saudara mara telah lenyap dan diganti dengan dunia Siber (Smart Phones, I-Pads, Tablets) yang terasing dan bersendirian. Mereka menjadi syok sendiri, terpencil dan tenggelam dimamah dunia siber sehinggakan tidak sedar akan kewujudan saudara mara sendiri di depan mata mereka.

Inilah zaman Siber yang serba canggih. Peralatan Siber seperti Smart Phones, I-Pads, Tablets dll tidak boleh dipersalahkan. Kita harus salahkan diri kita sendiri kerana telah menyalahgunakan keistimewaan dan kelebihan peralatan moden tersebut serta telah meletakkan keutamaan (priority) pada tempat yang salah. Kita perlu didik anak-anak kita tentang perkara ini serta perbetulkan keadaan tersebut sebelum ia menjadi semakin parah. Sikap dan mentaliti ini perlu diubah. Pendekatan baru perlu dicari. Semasa meraikan Aidilfitri ini, utamakan sanak saudara terlebih dahulu daripada melayani Smart Phones anda. Habiskan lebih banyak masa bersama sanak saudara berbanding Smart Phones kita. Kita perlu meletakkan keutamaan pada tempat yang betul. Kita perlu utamakan perkara yang paling utama dan kemudiankan perkara yang tidak utama.  

There is nothing wrong with Smart Phones, modern gadgets etc. We are the ones to be blamed because we abused them. We used them at the wrong places. We should set the priority right. We should decide when to use or not to use them. First thing first. We should change this attitude and mentality. Families First, Then Your Smart Phones For This Aidilfitri. Families More, Smart Phones Less.
  
Kita harus simpan saja Smart Phones buat seketika ketika beraya dan berada bersama saudara mara. Kita perlu utamakan kemesraan dan jalinan silaturrahim bersama sanak saudara yang kita temui setahun sekali berbanding melayani rakan-rakan maya di Smart Phones. Kita perlu bermaaf-maafan, bertegur sapa, bertanya khabar, bermesra dan berbual panjang bersama saudara mara pada musim perayaan ini. Kita hanya melihat kembali Smart Phones apabila perlu dan ketika hendak pulang. Utamakan saudara mara anda terlebih dahulu demi mengeratkan kembali tali silaturrahim. 'Families First, Smart Phones Last During This Hari Raya Aidilfitri!"

Penyakit Smart Phones ini didapati sedang menular ke Surau dan Masjid. Ketika Tazkirah atau Khutbah disampaikan, masih terdapat segelintir makmum yang asyik melayani Smart Phones mereka. Come on, Allah First, Smart Phones Later. Sikap dan Tabiat buruk ini perlu diubah, dihentikan dan dicampakkan jauh-jauh.

- ends -          

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...