Rabu, 27 Julai 2016 - Khairul Hafiz Jantan, 18 tahun, telah memecahkan rekod 100m Kebangsaan dengan catatan 10.18 saat. Beliau melakukan catatan tersebut di Sukma yang diadakan di Stadium Sarawak, Petra Jaya petang tadi.
Pencapaian tersebut sekaligus memadamkan rekod Watson Nyambek, 10.30 saat yang dicatat dalam tahun 1998.
Sebelum ini beliau telah memenangi Pingat Emas dalam Pertandingan Remaja Asia di Ho Chi Minh City, Vietnam.
Kini, kita mempunyai satu lagi Bintang yang bakal menyinar di persada antarabangsa. Kementerian Belia Dan Sukan perlu memberi perhatian rapi kepada remaja ini. Beliau masih muda dan masih berupaya untuk memperbaiki lagi catatan tersebut.
Syabas Khairul!
Sukan Olimpik Rio, Brazil akan diadakan tidak lama lagi. Beliau perlu dijaga, dilatih sebaik mungkin dan disuntikkan semangat untuk bersaing dengan para jaguh dunia. Saya yakin, di Rio nanti, beliau mampu memperbaiki rekod yang beliau catat hari ini.
- ends -

Comments