Sabtu, 28 April 2018 - Susulan tuduhan Dr Mahathir bahawa kapal terbang yang beliau naiki pada 27 April telah disabotaj, CAAM (Civil Aviation Authority of Malaysia) telah menjalankan siasatan rapi. Menurut Pengerusi CAAM, Datuk Seri Azharuddin A Rahman, selepas siasatan rapi dijalankan, mereka mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa kapal terbang itu telah disabotaj. Kapal terbang tersebut hanya mengalami 'air leakage from the left hand nose wheel' dan 'tyre pressure low, dropping at 2psi per minute'. Ekoran kejadian itu, tayar tersebut tidak dapat ditukar serta-merta kerana tiada tayar ganti (spare tyre). Masalah yang dialami oleh kapal terbang Bombardier Challenger CL60 itu merupakan sedikit masalah teknikal saja. Kenyataan Datuk Seri Azharuddin A Rahman, Pengerusi CAAM, boleh dilayari di NST dan The Star online. - ends -