Skip to main content

Parlimen Bubar Minggu Ini?

Isnin, 2 April 2018 - Parlimen dibubarkan dalam minggu ini? Semua indikator menunjuk ke arah itu.

Sidang Parlimen akan berakhir pada 5 April ini dan RUU Anti-Berita Tidak Benar dijangka akan diluluskan sebelum itu. Sesudah itu, Kerajaan BN bebas dan bersedia untuk mengisytiharkan pembubaran Parlimen sebelum mereka mengumumkan Manifesto mereka pada akhir minggu ini untuk menghadapi PRU-14 yang mungkin akan diadakan pada awal bulan Mei.

PRU-14 dijangka akan diadakan pada awal bulan Mei, sebelum Bulan Ramadan pada 17 Mei dan sebelum Anwar Ibrahim dibebaskan dalam bulan Jun.

Di samping itu, isu-isu besar telah dapat mereka tangani dan atasi dengan baik, keadaan ekonomi Malaysia sekarang kian mantap, kedudukan Ringgit Malaysia semakin kukuh, rizab antarabangsa BNM kian bertambah, pelaburan asing semakin meningkat, keadaan keselamatan negara berada dalam keadaaan aman dan harmoni, dan banyak lagi yang boleh mendorong Kerajaan untuk mengisytiharkan pembubaran Parlimen dalam minggu ini.

Mereka juga mempunyai kelebihan (added advantage) sekarang memandangkan Pembangkang masih lagi bertelegah, dalam keadaan tidak menentu dan tidak sepakat. Lebih-lebih lagi Pribumi dijangka akan ditolak pendaftarannya (deregister) oleh RoS kerana telah melanggar Perrlembagaan mereka sendiri dengan mengadakan Mesyuarat Agung tanpa mengadakan mesyuarat Cawangan dan Bahagian terlebih dahulu. Ini telah diperakui oleh ramai anggota mereka sendiri.

Dengan tindakan RoS itu nanti, Pribumi mungkin tidak boleh bertanding dengan menggunakan Logo mereka sendiri. Mereka terpaksa menumpang Parti lain. Ini akan menyulitkan lagi keadaan mereka, lebih-lebih lagi kedudukan Dr Mahathir yang mendapati sukar untuk bertanding di kawasan Melayu kerana majoriti Melayu telah hilang kepercayaan terhadapnya apabila beliau mula bersekongkol dengan DAP. Mungkinkah Dr Mahathir akan bertanding di kawasan Cina dengan menumpang Log DAP untuk membolehkan beliau menang? Sama-sama kita nantikan!

Nampaknya kehadiran Dr Mahathir dan Pribumi dalam PH bukan merupakan satu Aset, sebaliknya menjadi satu Liabiliti kepada PH!

- ends -   

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...