Skip to main content

Pembunuhan Dr Fadi Albatsh Angkara Mossad, Israel?

Ahad, 22 April 2018 - Satu lagi pembunuhan kejam yang melibatkan warga asing berprofil tinggi telah berlaku di Malaysia semalam. Dr Fadi Albatsh, rakyat Palestin berusia 35 tahun yang menjadi Imam di sebuah Masjid di Setapak, KL dan Pensyarah di sebuah Universiti Swasta tempatan, telah ditembak mati pada subuh semalam. Dua tahun lepas, Jong Nam, abang tiri Ketua Negara Korea Utara telah dibunuh di KLIA2 dengan menggunakan senjata Kimia Saraf.

Pembunuhan tersebut berlaku ketika Dr Fadi sedang berjalan menuju ke Masjid untuk mendidirikan Solat Subuh.

Dikatakan, dua orang yang menunggang motosikal berkuasa tinggi telah menunggu beliau di tempat kejadian selama 20 minit, sebelum meledakkan lebih 10 das tembakan untuk membunuh beliau.

Dr Fadi menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian. Beliau dipercayai dibunuh kejam oleh agen Mossad, Israel yang telah lama merancang pembunuhan tersebut.

Dr Fadi, seorang jurutera elektrik yang pakar dalam bidang Sains Tenaga. dijangka akan berlepas ke Turki untuk menghadiri Konvensyen Tenaga.

Beliau yang dikatakan aktif dalam Pertubuhan Hamas, Palestin meninggalkan seorang Isteri dan tiga orang anak. Allahyarham telah menetap di Malaysia selama 10 tahun.

Kematian beliau telah mengejutkan seluruh dunia Islam, terutama sekali di Gaza, Palestin, tempat tinggal keluarga dan rakan-rakan beliau. Pembunuhan beliau turut mendapat liputan akhbar di seluruh dunia.

Sebagai seorang Islam, saya merasa sedih di atas kematian Dr Fadi dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan terancang tersebut. Pintu masuk dan keluar di seluruh Malaysia perlu di kawal ketat untuk mememastikan para pembunuh tersebut tidak bolos. Mereka perlu diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan yang sewajar.

Saya yakin Polis Malaysia akan dapat menyelesaikan pembunuhan tersebut secepat mungkin dengan bantuan pihak Interpol dan Aseanpol. Polis Malaysia terkenal cekap dan adalah di antara Pasukan Polis yang terbaik di dunia.

Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan makmur, dan telah menjadi tempat berteduh, berlindung dan mencari nafkah bagi jutaan warga asing. Di Malaysia sekarang terdapat kira-kira 2 juta pekerja asing. Di mana saja kita pergi, kita pasti bersua dengan warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Thai, Nepal, India, Latin Amerika, Arab dan Afrika. Baik hati dan ramah mesra rakyat Malaysia telah menjadikan mereka begitu senang untuk bekerja dan tiggal lebih lama di Malaysia. Suasana ini turut diambil kesempatan oleh para penjenayah dan agen asing untuk melakukan jenayah dan pembunuhan.

Al-Fatihah.

- ends -


 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...