Skip to main content

Dr Mahathir Bertanding Di Langkawi!

Isnin, 16 April 2018 - Di Langkawi malam tadi, Dr Wan Azizah telah menamakan Dr Mahathir sebagai calon Pakatan di Langkawi.

Di zaman mudanya, Dr Mahathir pernah menjadi Pegawai Perubatan di Langkawi dan mengharumkan nama Langkawi di persada antarabangsa ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Ketika ini beliau tidak lagi bersama UMNO/BN, malah menjadi Top Dog kepada Pakatan.

Mengikut laporan dari Langkawi, perhimpunan Pakatan malam tadi agak menggalakkan. Ia dihadiri oleh ramai orang Langkawi dan luar. Ramai juga yang terdiri daripada para penyokong UMNO/BN dan PAS yang ingin mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Dr Mahathir.

Dijangkakan, Langkawi akan ditandingi secara tiga penjuru, iaitu UMNO/BN, PAS dan Pakatan.

Bolehkah Dr Mahathir menang di Langkawi? Kehadiran orang ramai di Perhimpunan malam tadi tidak boleh dijadikan kayu ukur. Ia tidak boleh diterjemahkan kepada undi untuk Dr Mahathir kerana sebilangan yang hadir adalah para penyokong tegar UMNO/BN dan PAS yang hanya ingin mendengar Ucapan Dr Mahathir. Lagi pun, Dr Mahathir adalah pemimpin lama yang tidak boleh berbuat apa-apa lagi kepada Langkawi. Orang Langkawi mahukan pemimpin sekarang dan akan datang, bukannya pemimpin silam. They need Present and Future Leaders, not a Past Leader!

Dr Mahathir adalah Pemimpin Silam yang telah pun berusia 93 tahun. Kesihatan beliau agak membimbangkan. Dikatakan, dalam masa tiga tahun ini, beliau telah mendapat rawatan di hospital sebanyak 48 kali. Ini bererti, fizikal dan mental beliau sekarang tidaklah sehebat dulu dan boleh mengganggu kepimpinannya.

Dimaklumkan, ketika menyampaikan ucapan malam tadi, beliau telah terlupa beberapa nama. Ini membuktikan bahawa ingatan beliau tidaklah sekuat dulu disebabkan oleh faktor usia. Dr Mahathir perlu menerima hakikat ini.

Pertarungan di Langkawi ini adalah Pertarungan Hidup atau Mati bagi Dr Mahathir. This is a Do or Die Battle for Dr Mahathir. Jika tewas, hancurlah harapan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan berkuburlah cita-cita politiknya di akhir hayatnya.

Di Langkawi, beliau terpaksa berdepan dengan jentera dan para penyokong tegar UMNO/BN dan PAS. Undi orang Melayu Langkawi akan berpecah tiga. Ekoran daripada situasi tersebut, kemenangan Dr Mahathir adalah tipis. Tidak ada tanda Tsunami orang Melayu di Langkawi!

- ends -       

Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi Penulis tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

   

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...