Skip to main content

Tsunami Melayu Melanda PRU-14?

Sabtu, 21 April 2018 - Sekarang ini masyarakat sibuk memperkatakan tentang Tsunami Melayu. Mungkinkah Tsunami Melayu akan melanda PRU-14? Jawapan saya, Yes. Tetapi, bukan ke arah Pakatan, tetapi ke arah UMNO/BN dan PAS. Majoriti Melayu dan Bumiputera akan beralih kepada UMNO/BN dan PAS, dan ombak ini akan menenggelamkan Pakatan!

Perjuangan majoriti orang Melayu masih berteraskan Alif, Ba dan Ta, iaitu Agama, Bangsa dan Tanah Air. Mana-mana pihak atau sesiapa saja yang cuba menggagalkan perjuangan ini, akan ditentang dan ditolak.

Majoriti orang Melayu dan Bumiputera masih menolak dan tidak mempercayai DAP yang mereka anggap sebagai Rasis, Cauvinis, Sosialis dan Opportunists kerana kekal dan tebal memperjuangkan Konsep Malaysian Malaysia. Bagi orang Melayu dan Bumiputera, konsep ini bukan saja akan merugikan mereka, malah akan melenyapkan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan penduduk asal (natives) Nusantara, Malaya, Borneo dan kini Malaysia. Sehubungan itu, majoriti orang Melayu dan Bumiputera akan menolak DAP dan mana-mana parti yang bersekongkol dengannya.   

Saya berpendapat, Tsunami Melayu yang sebenar akan dicipta oleh PAS! PAS adalah Kingmaker dalam PRU-14. PAS juga adalah Game Changer yang mencorak landskap PRU kali ini. PAS akan mencetuskan pertembungan tiga penjuru yang bakal menyaksikan kemusnahan beberapa orang tokoh politik.

Apabila PAS keluar daripada Pakatan, PAS telah membawa bersama para penyokong tegar mereka yang selama ini telah membantu kemenangan DAP dan PKR. Ekoran daripada perkembangan tersebut, DAP dan PKR telah kehilangan sokongan dan undi para penyokong tegar PAS. Ini bermakna, Pakatan akan ketandusan sokongan dan undi majoriti orang Melayu dan Bumiputera yang kini telah beralih kepada UMNO/BN dan PAS.

DAP dijangka menang di kebanyakan kerusi bandar dan pekan yang mereka tandingi. Mereka mungkin memperolehi lebih kurang 30 kerusi kerana majoriti Cina masih menyokong mereka. Tetapi, angka ini tidak cukup untuk membawa mereka ke Putrajaya. Mereka perlukan sokongan dan undi orang Melayu dan Bumiputera untuk memperolehi lebih daripada 112 kerusi Parlimen. Untuk mencapai hasrat dan cita-cita tersebut, mereka perlu mendapatkan bantuan atau memperalatkan parti-parti Melayu seperti Pribumi, PAN dan PKR untuk meraih undi Melayu dan Bumiputera. Itulah sebabnya mereka sanggup menggadaikan logo DAP untuk digantikan dengan log PKR bagi mengeliru dan mengaburi mata orang Melayu dan Bumiputera. Dalam percaturan ini, sebenarnya DAP telah menyorokkan taring dan kukunya di sebalik tirai PKR. Tetapi, majoriti orang Melayu dan Bumiputera tidaklah sebodoh seperti yang mereka sangkakan. Orang Melayu dan Bumiputera kini lebih bijak dan sedar akan strategi dan tipu muslihat DAP! Tsunami Melayu tetap berombak ke arah UMNO/BN dan PAS.

Orang Melayu dan Bumiputera masih merupakan penduduk majoriti di Malaysia. Lebih kurang 155 kerusi Parlimen masih dikuasai oleh orang Melayu dan Bumiputera. Angka ini melebihi 2/3 daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia. Ini bererti, orang Melayu dan Bumiputera adalah Penentu kemenangan kepada mana-mana Parti. Kawasan-kawasan mereka dipanggil The Malay Heartlands. Orang Cina dan India hanya menguasai kawasan bandar dan pekan. Oleh itu, Orang Melayu dan Bumiputera adalah Kingmaker untuk menentukan Kerajaan Malaysia.   

PRU-14 akan menyaksikan sekurang-kurangnya pertembungan tiga penjuru. Pertembungan ini tidak akan menguntungkan Pakatan. Majoriti Melayu dan Bumiputera akan memilih UMNO/BN ataupun PAS, sementara sebahagian bukan Melayu dijangka akan turut menyokong UMNO/BN ataupun PAS. Situasi ini akan membuatkan Pribumi, PAN dan PKR tewas di kebanyakan tempat.

Saya harap, selepas PRU-14 nanti, UMNO/BN dan PAS akan bekerjasama untuk mentadbir negara, terutama sekali di Negeri Selangor. Kerjasama mereka akan mewujudkan Check and Balance serta melahirkan sebuah negara yang Berintegriti, Berkebajikan, Bebas Rasuah, Adil, Aman dan Makmur.

Pandangan di atas adalah Pendapat dan Ramalan peribadi Penulis. Mungkin betul, mungkin juga silap!

- ends - 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...