Skip to main content

Do Or Die Battle Bagi Dr Mahathir!

Sabtu, 28 April 2018 - Hari ini adalah Hari Penamaan Calon PRU-14 di seluruh Malaysia. Beberapa tempat 'Hot' akan mencuri tumpuan. Salah satu daripadanya ialah Langkawi, tempat Dr Mahathir bertanding.

Bagi Dr Mahathir, ini adalah 'political venture' nya yang muktamad. Ia perlu menang di kawasan ini. Tidak boleh tidak! Jika tidak, maka berakhir dan berkuburlah perjuangan politik terakhirnya. This is a do or die last battle for Dr Mahathir. He has to win by all means. By hook or crook! He has to apply all sort of tricks under his sleeves.

Sehubungan itu, Dr Mahathir akan menggunakan segala strategi dan tipu helah Machiavelli untuk menang. Dr Mahathir akan berkata dan berbuat apa saja demi kemenangan. Itulah sebenarnya Dr Mahathir yang kita kenali. That's typical Dr Mahathir.

Terbaru, Dr Mahathir berkata ada pihak cuba mensabotag kapal terbang yang dinaikinya supaya ia terhempas. This is typical Dr Mahathir's style. Dr Mahathir akan berkata apa saja walaupun tanpa sebarang bukti. Ini bertujuan untuk meraih simpati rakyat. Mungkin juga secara kebetulan kapal terbang itu rosak pada ketika itu.

Kini, pihak Kerajaan telah meminta agar DCA menyiasat perkara itu. Jika didapati tidak benar, maka Dr Mahathir telah berbohong dan memfitnah sekali lagi.

Adakah Langkawi merupakan Waterloo terakhir Dr Mahathir? Is Langkawi the last Waterloo of Dr Mahathir?

Sama-sama kita tunggu pada 9 Mei 2018, PRU-14.

Kita Merancang, Allah Menentukan. We Propose, Allah Disposes.

- ends -     

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...