Skip to main content

Waspada Terhadap Berita Palsu (Fake News)!

Rabu, 18 April 2018 - PRU-14 kian hampir dan Berita Palsu juga semakin menular di mana-mana saja, termasuk di Alam Maya (Alam Siber).

Ini dilakukan dengan tujuan untuk membohongi dan mengelirukan rakyat demi memperolehi kemenangan di PRU-14. Sehubungan itu, kita sebagai rakyat yang bijak dan berfikiran rasional, perlu sentiasa berwaspada terhadap perangkap ini. Kita perlu membaca, berfikir dengan bijak dan menyemak akan kesahihan Berita itu terlebih dahulu sebelum dipanjangkan (forward). Dalam Islam, ini dipanggil BerTabayuun.

Tujuan Akta Anti-Berita Tidak Benar diwartakan adalah baik. Ia melibatkan semua orang, semua pihak dan semua parti. Ia tidak memilih bulu atau warna. Sesiapa saja yang melakukan kesalahan akan didakwa, sama ada warga tempatan atau asing. Ia tidak menyekat Kebebasan Bersuara dan Menulis untuk menyatakan Kebenaran yang disokongi dengan Bukti, Fakta dan Angka. It does not restrict Freedom of Speech or Expression to tell the Truth based on Evidence, Facts and Figures. Ia hanya menyekat Kebebasan Bersuara dan Menulis untuk Menipu dan Mengelirukan rakyat tanpa Bukti, Fakta dan Angka. It only restricts the Freedom to tell lies without Evidence, Facts and Figures.

Kini, terlalu banyak Berita Palsu (Fake News) bertebaran di Alam Maya. Ramai pembaca maklumat di Smart Phones hanya membacanya sekali, tidak berfikir panjang, kemudian panjangkannya ke Groups mereka tanpa memeriksa terlebih dahulu akan kesahihan Berita tersebut. Inilah sikap negatif yang melanda kebanyakan orang hari ini! Sikap ini perlu diubah dan dikikis. Apa saja yang datang kepada kita, perlulah diteliti dan BerTabayuun terlebih dahulu. Islam telah mengajar kita tentang pendekatan ini sejak zaman Rasulullah lagi!

BerTabayuunlah! Tindakan yang dikenakan terhadap anda bukannya kecil. Enam (6) tahun penjara dan denda RM500,000 (Setengah Juta).

Oleh itu, Berwaspadalah Terhadap Berita Palsu (Fake News). Amalkan Empat (4) B untuk menangani Berita Palsu. Baca, Berfikir, BerTabayuun dan Barulah dipanjangkan atau disekat!

- ends -     



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...