Skip to main content

TS Khalid Ibrahim MB Selangor Selepas PRU-14?

Selasa, 3 April 2018 - Saya percaya ramai pembaca Blog ini terperanjat dengan tajuk di atas. Mana mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak menyertai mana-mana parti politik di Selangor boleh menjadi MB Selangor semula selepas PRU-14? Bagi saya, dalam perihal politik, semuanya serba mungkin. In politics, everything is possible!

Tan Sri Khalid Ibrahim terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang bijak, shrewd dan berjaya. Beliau juga terkenal sebagai seorang pemimpin politik yang tegas, cekap, amanah dan bersih. Beliau turut dipercayai dan disenangi oleh DYMM Sultan Selangor.

Bagaimana pula beliau boleh menjadi MB Selangor semula? Perkiraan saya ...

Untuk membolehkan beliau menerajui semula Selangor, beliau perlu menyertai atau ditawarkan bertanding oleh UMNO/BN atau PAS. Saya yakin beliau akan menang mudah sama ada di bawah lambang UMNO/BN atau pun PAS.

Penyertaan TS Khalid dalam PRU-14 nanti pasti akan disenangi dan disambut baik oleh ramai penduduk dan pengundi Melayu dan bukan Melayu di Selangor. Mereka percaya dan yakin akan pentadbiran beliau berbanding para pemimpin lain. Ini akan menarik lebih ramai orang Melayu dan bukan Melayu beralih kepada parti yang beliau tandingi. Perkembangan ini akan mempengaruhi dan membawa kemenangan kepada UMNO/BN dan PAS serta membolehkan beliau dilantik semula sebagai MB Selangor setelah UMNO/BN dan PAS menumpaskan gandingan PKR/DAP/PAN/Pribumi. Beliau juga dilihat sebagai orang yang mampu membawa kerjasama antara UMNO/BN dan PAS di Selangor! Kerjasama ini akan mewujudkan Check and Balance dalam pentadbiran Negeri Selangor serta menjadikan Selangor sebuah negeri yang Maju dan Berintegriti.

Saya yakin ini boleh berlaku! It's possible! Inilah yang saya katakan Win-Win Situation! Sekarang, terserah kepada UMNO/BN dan PAS untuk menyahut cabaran saya dan menawarkan kerusi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Terserah juga kepada budi bicara dan kebijaksanaan Tan Sri Khalid!

- ends -

Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi penulis tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. The views given are my personal opinions.

Penulis pernah bertugas di LPK, Eric White Associates (Hill And Knowlton Group, USA) dan Al-Sadiq Consultants sebelum beralih menjadi Freelancer.



       

     

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...