Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Anwar Ibrahim Telah Dibebaskan!

Rabu, 16 Mei 2018 - Ketua de facto PKR, DS Anwar Ibrahim telah dibebaskan sebentar tadi. Beliau dibebaskan daripada Hospital Rehabilitasi Cheras.  Beliau dan Dr Wan Azizah kini sedang bergerak menuju ke Istana Negara atas undangan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dipercayai Dr Mahathir sedang menunggu beliau di Istana. Selepas mengadap Tuanku, beliau dijangka akan kembali ke rumahnya di Segambut dan mengadakan Sidang Akhbar pada jam 4 petang. Beliau dibebaskan atas perkenan Tuanku (Royal Pardon). - ends -

Masa Untuk Bekerja Dan Berkhidmat Kepada Rakyat!

Isnin, 14 Mei 2018 - PRU-14 telah pun berlalu. Rakyat Malaysia telah pun bersuara melalui Peti Undi. Kini, telah tiba masanya untuk para wakil rakyat bekerja dan berkhidmat untuk rakyat tanpa berpolitik lagi. Anda semua telah dipilih berdasarkan Manifesto dan janji-janji anda. Sekarang, laksanakan segala yang telah dijanjikan kepada rakyat. Jangan hanya menanam tebu di bibir dengan pelbagai janji manis tanpa mampu dilaksanakan. Jangan cakap saja, tetapi tak serupa bikin! Mulakan kerja dan khidmat anda sekarang demi rakyat! Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah satu amanah, bukannya satu keistimewaan, bukannya satu privilege.    Dalam sistem Demokrasi, Rakyat adalah Bos dan Wakil Rakyat adalah Kuli. Pada setiap lima tahun, rakyat akan menggunakan kuasa mereka untuk memilih wakil rakyat bagi mewakili diri mereka. Ini bermakna, para wakil rakyat dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan sebaliknya. Sehubungan itu, para wakil rakyat selayaknya digelar Yang Berkhidmat,...

Breaking News - Ketua Pesuruhjaya SPRM Letak Jawatan!

Isnin, 14 Mei 2018 - Breaking News - Ketua Pesuruhjaya SPRM, TS Dzulkifli Ahmad, telah meletak jawatan pagi ini. Beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), TS Dr Ali Hamsa pada pagi ini. TS Dzulkifli, 50 tahun, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016, menggantikan TS Abu Kassim Mohamed. Semalam, nama TS Abu Kassim adalah di antara beberapa nama yang disebut-sebut untuk menerajui semula SPRM di bawah Kerajaan Baru yang dipimpin oleh Dr Mahathir. - ends -

UMNO - Jasamu Tetap Dikenang!

Sabtu, 12 Mei 2018 - Setelah memerintah Malaya dan kemudiannya Malaysia selama 60 tahun (6 dekad), UMNO dan BN telah gagal memperolehi simple majority dalam PRU-14 untuk terus memerintah Malaysia. Pada 9 Mei 2018, rakyat Malaysia telah bersuara dan menolaknya dengan memberi majoriti mudah kepada PH dengan 113 kerusi. Maka berakhirlah kesinambungan era pemerintahan UMNO. Walau bagaimanapun, kita harus jangan lupa. Dalam masa 60 tahun yang lalu, UMNO telah banyak berkorban serta menabur pelbagai jasa dan bakti kepada negara, terutama sekali kepada orang Melayu dan Bumiputera. Berteraskan semangat dan slogan Agama, Bangsa dan Tanah Air, UMNO telah mendapatkan Kemerdekaan Negara, mempertahankan Kedaulatan Di-Raja, Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera, serta menyediakian pelbagai peluang ekonomi, perniagaan, pekerjaan, pendidikan, kewangan, kesihatan, pembiayaan, bantuan dll kepada orang Melayu...

Tun Dr Mahathir Umum Tiga Menteri Kabinet!

Sabtu, 12 Mei 2018 - Breaking News - Sebentar tadi di satu Sidang Akhbar, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan nama tiga orang Menteri Kabinet PH. Tujuh orang lagi akan diumumkan kemudian. Beliau berkata TS Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Beliau juga telah menubuhkan Majlis Penasihat yang terdiri daripada Tun Daim Zainuddin, TS Zeti Aktar Aziz, TS Hassan Merican, TS Robert Kuok dan Prof KS Jomo. - ends -  

Breaking News - DS Najib Letak Jawatan Sebagai Presiden Parti UMNO!

Sabtu, 12 Mei 2018 -  Breaking News - Sebentar tadi DS Najib Tun Razak telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti UMNO dan Pengerusi BN. DS Ahmad Zahid Hamidi telah dilantik untuk menjalankan tugas-tugas Presiden Parti sementara DS Hishamuddin diminta menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden. DS Najib mengumumkan perkara tersebut di satu Sidang Akhbar melalui TV3 sebentar tadi. Beliau meletak jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap kekalahan parti UMNO/BN pada PRU-14 baru-baru ini. Beliau berkata UMNO/BN tewas dalam PRU-14 disebabkan oleh mainan persepsi, bukan realiti. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli UMNO kerana telah memberi sokongan padu kepadanya semasa beliau menyandang jawatan Presiden UMNO. Katanya lagi, beliau tidak akan keluar daripada Parti UMNO. - ends -   

DS Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri?

Sabtu, 12 Mei 2018 - Perdana Menteri Malaysia yang baru, Tun Dr Mahathir telah memaklumkan semalam bahawa DS Anwar Ibrahim telah mendapat pengampunan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Royal Pardon). Ini bererti, DS Anwar akan dibebaskan dalam masa terdekat dan bebas bertanding dalam pilihan raya tanpa menunggu lima tahun lagi. Ini juga bererti, DS Dr Wan Azizah bakal mengosongkan kerusi Parlimen Pandan tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada DS Anwar untuk bertanding di kerusi tersebut dan akhirnya menggantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebenarnya, peranan Dr Wan Azizah dalam PKR dan PH adalah sebagai 'Seat Warmer' untuk menanti kepulangan DS Anwar. Dr Wan adalah seorang 'Reluctant Politician' yang terpaksa diterjunkan ke kancah politik untuk mengambil alih tempat DS Anwar yang telah dipenjarakan. Dr Wan adalah seorang Doktor, isteri, ibu dan kawan yang baik. Tetapi, tidak menyerlah sebagai seorang poltikus dan pemimpin politik kerana...

Dr Mahathir Cipta Sejarah Luar Biasa!

Khamis, 10 Mei 2018 - Dari dulu sehingga sekarang, Dr Mahathir tidak pernah lekang daripada pelbagai Kontroversi dan cerita menarik. Ada saja perkara interesting yang berlegar di sekitar beliau. Setelah 22 tahun menjadi PM, kemudian bersara, Dr Mahathir kini telah kembali semula ke gelanggang politik bukan saja sebagai pemimpin PH tetapi juga sebagai PM Ketujuh Malaysia pada usia 93 tahun. Ini adalah satu pencapaian hebat yang sungguh luar biasa. Beliau adalah seorang Extraordinaire! Saya percaya, rekod ini bukan saja beliau cipta di Malaysia, malah di antero dunia. Tidah ada mana-mana pemimpin di dunia yang kembali aktif semula di pentas politik, berjuang bermati-matian serta memimpin sebuah parti pembangkang dengan menentang parti asalnya, pada usia yang agak lanjut, 93 tahun. Tidak ada seorang pun yang saya ketahui. Hanya beliau satu-satunya! A Great Achievement!  Pada pagi ini di Istana Negara, beliau akan diangkat dan diisytiharkan sekali lagi sebagai PM Ketujuh Malaysia...

PH Tawan 5 Negeri!

Khamis, 10 Mei 2018 - Satu lagi berita mengejutkan! PH tawan 5 negeri iaitu Johor - 36 kerusi, Melaka - 15, Negeri Sembilan - 20, Pulau Pinang - 37 dan Selangor - 51.  Kerusi bagi Negeri Kedah dan Perak agak Tergantung. Bagi Kedah BN memperolehi 3, PAS -15 dan PH -18. Bagi Perak BN memperolehi 27, PAS - 3 dan PH 29. Untuk Kedah dan Perak, BN perlu bekerjasama dengan PAS. Kelantan dan Terengganu ditawan oleh PAS. BN masih kuasai Pahang dengan 25 kerusi, Perlis - 10 kerusi dan Sabah 29 kerusi.  - ends -

Dr Mahathir Angkat Sumpah Jawatan PM-7 Pada Jam 9.30 Pagi!

Khamis, 10 Mei 2018 - Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir dijangka akan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ketujuh pada jam 9.30 pagi ini di Istana Negara. Ini berikutan kemenangan PH dalam PRU-14 malam tadi dengan simple majority 113 kerusi Parlimen. Parti-parti yang bertanding dan seluruh rakyat Malaysia perlu akur dengan keputusan ini kerana ia adalah kehendak dan mandat rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia perlu terus menjalani kehidupan dengan aman dan makmur sebagai rakyat yang telah matang dalam kancah hidup dan politik. Mereka perlu menerima keputusan ini dengan hati dan fikiran yang terbuka! Sebenarnya, Keputusan PRU-14 ini amat mengejutkan! Kebanyakan penganalisis politik tidak menduga sama sekali bahawa perkara seperti ini boleh berlaku. Tetapi, ia telah berlaku. So Unpredictable! So Shock! Saya berpendapat ini adalah disebabkan oleh Factor Dr Mahathir yang telah berjaya mencipta Tsunami Melayu di kawasan-kawasan suburban dan luar bandar. Kredibiliti Dr Mahathir masih lag...

PH Tawan Putrajaya!

Khamis, 10 Mei 2018 - PH telah tawan Putrajaya dengan memenangi simple majority 113, melepasi angka keramat 112 untuk membentuk sebuah Kerajaan Pusat. Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, TS Mohd Hashim pada pagi ini. PKR menang 104 kerusi, Dap - 9, BN - 79, PAS - 18, Warisan - 8,  Solidariti - 1 dan Berbas - 3. Kesemuanya 222 kerusi Parlimen ditandingi. Hari ini dan esok telah diumumkan sebagai cuti umum oleh Ketua Setiausaha Kerajaan, Dr Ali Hamsa. more to follow later ... - ends -

Parti Dan Rakyat Harus Terima Keputusan Dengan Hati Dan Fikiran Terbuka!

Rabu, 9 Mei 2018 - Masa mengundi PRU-14 telah pun tamat pada jam 5 petang tadi. Kini, pengiraan dan penjumlahan undi sedang berlangsung. Seawal 8 malam, kita mungkin akan mula mengetahui keputusan bagi kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengundi yang kecil. Pada tengah malam ini, kita mungkin akan mengetahui keputusan bagi kebanyakan atau seluruh kerusi yang ditandingi. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN ditandingi. Majoriti mudah bagi menubuhkan sebuah Kerajaan Pusat ialah 112 kerusi Parlimen. Mana-mana parti yang mencecah angka tersebut atau lebih akan diisytiharkan sebagai pemenang dan berhak membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan.     Sehubungan itu, saya harap semua parti dan rakyat Malaysia akan terima saja keputusan yang diperolehi nanti dengan hati dan fikiran yang terbuka, tanpa bersangka buruk. Keputusan itu adalah suara dan amanah rakyat kepada mereka dan parti yang dipilih. Kita semua perlu berlapang dada dengan keputusan yang telah dimandatk...

Para Penganalisis Politik Ramal BN Akan Menang!

Rabu, 9 Mei 2018 - Hari ini hari PRU-14. Jom Mengundi! Beberapa Think-Tanks, Pollsters dan penganalisis politik Malaysia dan antarabangsa, termasuk Merdeka Center telah meramalkan BN akan menang dalam PRU-14. Mereka meramalkan BN akan menang selesa (status quo) atau mungkin juga lebih baik dari PRU-13. BN akan menguasai kawasan-kawasan luar bandar, kawasan campuran, Sabah dan Sarawak, sementara PH akan menguasai kawasan-kawasan Bandar. Beberapa tokoh PH dijangka tewas di kawasan masing-masing! Mereka mendapati majoriti orang Melayu dan Bumiputera masih lagi bersama BN dan sebilangan orang Cina dan India telah mula beralih angin kepada BN kerana mereka telah jemu dengan kerenah Pembangkang serta mahu melihat adanya wakil-wakil Cina dan India dalam Kabinet Kerajaan BN. Segelintir lagi turut kecewa dengan kebiadaban Nga Kor Meng dan Superman Hew yang telah mengguris hati orang-orang Melayu! Mengikut kajian mereka, 75 - 80 peratus pengundi Cina dan lebih kurang 50 peratus pengund...

Polis Siasat Video Dan Risalah Berunsur Fitnah Dan Propaganda!

Ahad, 6 Mei 2018 - Polis akan melakukan siasatan ke atas laporan mengenai ribuan Video dan Risalah berunsur Fitnah dan Propaganda yang akan diedarkan menjelang PRU-14. Laporan tersebut telah dibuat dan didedahkan oleh Amran Ahmad, 41 tahun, penolong penerbit saluran TV online DAP, UbahTV yang diketuai oleh Ketua Publisiti DAP, Tony Pua. Beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman. Polis akan menyiasat perkara tersebut di bawah Seksyen 124C of Penal Code. Video dan Risalah tersebut dipercayai diterbitkan oleh DAP. DAP terkenal sebagai Spin Doctor, Twister, Propagandist dan Slander Factory. Amran Ahmad, bekas pegawai khas kepada Lim Guan Eng, berkata ia terpaksa mendedahkan perkara itu kerana strategi Fitnah dan Propaganda DAP ini adalah bahaya, boleh menggugat ketenteraman awam, mencetuskan ketegangan kaum dan telah terpesong daripada perjuangan asal mereka. Dalam Video dan Risalah tersebut, DAP telah memutarbelitkan isu 1MDB, GST, Felda, Tabung Haji, agens...

UMNO Pecat Tun Daim, TS Rais Yatim Dan TS Rafidah Aziz!

Sabtu, 5 Mei 2018 - Breaking News - Lembaga Disiplin UMNO telah memecat Tun Daim, TS Rais Yatim dan TS Rafidah Aziz kerana telah menyokong pembangkang dengan berceramah di pantas mereka. Perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor. Beliau telah menandatangani surat pengguguran itu semalam. Mengikut perlembagaan UMNO, mana-mana ahli atau veteran UMNO yang melanggar peraturan parti boleh digugurkan keahlian mereka. - ends -     

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Mahkamah Tinggi UK Arah Clare Rewcastle Bayar Hadi Awang RM155,790

Selasa, 1 Mei 2018 - DS Hadi Awang menang kes saman fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, editor Sarawak Report. Mahkamah Tinggi London telah meminta beliau membayar DS Hadi Awang sebanyak RM155,790. Pada 6 Ogos 2016, Clare telah menuduh DS Hadi Awang menerima wang sebanyak RM90 juta daripada UMNO. DS Hadi Awang telah menafikan tuduhan tersebut dan menyaman Clare Rewcastle Brown kerana memfitnah. DS Hadi Awang yang mengemukakan saman tersebut pada 21 April tahun lepas telah menang kesemua lima aplikasi interlokutorinya. Setiausaha Politik DS Hadi Awang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan perkara itu dan berkata mereka telah menerima berita positif tersebut dari London. - ends