Skip to main content

Posts

Showing posts from 2025

Hi-Tea Di Wyndham

 Nov 30, 2025 Kali terakhir saya menghadiri Hi-Tea adalah bersama rakan-rakan Ex-LPK. Semalam, saya berpeluang menghadiri Hi-Tea sekali lagi, kali ini bersama ahli-ahli keluarga saya di Wyndham Acmar Hotel, Klang atas tajaan Dr Siti Diyana. Syabas dan Tahniah kepada Dr Siti Diyana di atas perlantikan anda sebagai Dr Pakar dalam bidang Kesihatan Awam (Public Health). Congrats. Di Majlis tersebut, saya dan Raja Akhmar dapat bertemu semua anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu, kecuali keluarga Aqis yang tidak dapat hadir kerana ada urusan dan menetap jauh di Melaka. Di Hi-Tea tersebut kami bukan saja dapat menikmati sajian makanan, minuman, kuih-muih dan snek yang enak, tetapi juga dapat bersembang serta bertanya khabar tentang perkembangan dan kemajuan masing-masing.  Alhamdulillah, semua mereka dalam keadaan yang baik. Terima Kasih Ana atas tajaan Hi-Tea, dan Tahniah sekali lagi di atas Promotion anda. Tidak lupa juga Tahniah kepada Dhabit Muqriz (cucu pertama) di atas prest...

I Am Now 77

Okt 29, 2025 On Oct 12, 2025, I reached my 77th milestone. A long and a tiring journey full of ups and downs, and twists and turns. Despite all the challenges and difficulties along the way, I made it anyway. Thank You God for the Lifespan and Healthspan bestowed on me. Based on Hijrah Calendar, I am now an 80 year old man because I was born in the year 1367 Hijrah. Whether I am 77th or 80th, I am still the same old man. Older, weaker and wiser with years of accumulated knowledge and life experiences. Despite being a bit weak compared to my younger spring chicken days, I am still healthy and fit without any chronic diseases. I can still move around and do my daily routine freely without any assistance. On certain fine days, I will walk around my neighborhood for more than 4 kilometers non-stop. Not bad for an old man like me. Thank You Allah for all these mobilities.  To stay fit, beside a continuous Doa to the Almighty Allah, I do practice a Healthy Lifestyle everyday. I don't dri...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Tun Dr Mahathir Cecah Seabad

 Khamis 10 Julai 2025, 14 Muharam 1447 Apa saja yang berkaitan dengan Tun Dr Mahathir, pastinya menarik. Saya rasa terkilan jika tidak merakamkan sesuatu tentang Dr Mahathir, terutama sekali tentang angka keramat Ke-100. Hari ini Tun Dr Mahathir sambut Hari Kelahiran Yang Ke-100. Dalam bahasa Inggeris, beliau dikatakan sebagai Centenarian dan SuperAger.  Beliau lahir pada 10 Julai 1925 di Alor Setar sementara isteri beliau, Tun Dr Hasmah lahir pada 12 Julai 1926 di Klang. Ini bererti dua hari lagi, Tun Dr Hasmah pula akan menyambut hari lahirnya yang ke-99. Sukacita saya rakamkan Selamat Hari Lahir Tun Dr Mahathir, dan Selamat Hari Lahir juga kepada Tun Dr Hasmah in advance. Amat jarang orang boleh mencecah usia seabad. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sihat, fizikal dan mental. Ketika ini Tun Dr Mahathir masih boleh berjalan tanpa tongkat serta mampu lagi menulis, bercakap dan berfikir dengan cerdas. Alhamdulillah.  Sama ada kita Suka atau Tidak Suka dengan Dr Mahathir, ti...

Khairul Azhar, Santan Berlada, Meninggal Dunia

 30 Mei 2025 Khairul Azhar Abdul Samad, 70 tahun, bekas kakitangan LPK dan salah seorang daripada Trio Santan Berlada, meninggal dunia malam tadi. Dua orang rakannya, Ali Mamak dan Acapan, telah pergi lebih dulu daripada Khairul. Di zaman kegemilangan mereka, Sitcom Santan Berlada amat popular. Mohd Nor Tajudin (Ex-LPK), pernah menjadi Pengurus mereka. In Sya Allah, Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Kampung Raja Uda (KRU), Pelabuhan Klang dan disolatkan selepas Solat Jumaat. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KRU. Al-Faatihah. -Tamat -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...