Skip to main content

Posts

TS Muhyiddin Tidak Merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO

Di sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Parlimen malam tadi, DS Najib mengumumkan bahawa Majlis Perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada bulan depan akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing. Keputusan tersebut telah dibuat di Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh DS Najib. Ini bermakna TS Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO tidak akan merasmikan perhimpunan berkenaan. Lazimnya, Timbalan Presiden UMNO akan merasmikan Perhimpunan tersebut. Tetapi, tidak kali ini. Adakah TS Muhyiddin akan dipecat atau dipulaukan? Perkara berkenaan telah menimbulkan satu tanda tanya.     DS Najib juga mengumumkan bahawa Ketua Wanita Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman telah dipecat daripada UMNO kerana melanggar disiplin Parti. Daripada keputusan tersebut, kedudukan sebenar TS MuhyiddinYassin telah menjadi satu tanda tanya. Adakah beliau akan dipecat atau dipulaukan? Di Mesyuarat Majlis Tertinggi tersebut TS Muhyiddin dan DS ...

1MDB Jual Edra Kepada CGN, Bukannya TNB

Akhirnya 1MDB telah menjual Edra Global Energy, aset tenaga, kepada Kumpulan CGN, China dengan harga US$2.3 billion (RM9.83 bilion) bagi pelan rasionalisasi mereka. Di samping itu, CGN akan mengambil alih hutang aset kendalian Edra sebanyak RM7.43 bilion. Ini bermakna, dengan penerimaan tunai serta pemindahan hutang tersebut, 1MDB akan mencapai pengurangan hutang sebanyak RM17 bilion. Ini adalah dalam lingkungan RM16 - RM18 bilion sasaran mereka bagi pelan rasionalisasi 1MDB Sebelum ini TNB, sebuah Syarikat Qatar dan CGN telah menawarkan bida masing-masing untuk membeli Edra Global. Difahamkan CGN, sebuah syarikat pelaburan asing yang besar, telah menawarkan bida yang lebih tinggi berbanding TNB dan Syarikat Qatar, dan akan membayarnya secara tunai.       Saya berpendapat TNB sepatutnya ditawarkan aset tenaga tersebut walaupun dengan harga bida yang lebih rendah daripada CGN. Dengan berbuat demikian, aset tenaga akan terus dimiliki dan dikawal oleh syarikat negara. Wa...

Lee Chong Wei, Hong Kong Open Champion

As expected, Datuk Lee Chong Wei with his brilliant and unbelievable drop shots, nets, tricks and smashes dominated and smothered another Chinese player, Tian Huawei 21-16, 21-15 in the Hong Kong Open Final. Tian, a mere pale shadow of Lin Dan and Chen Long, was no match to Maestro Chong Wei. I believe Chong Wei, 33, has 2 or 3 more years to play in competitive tournaments before he calls for retirement due to his age. Now is the right time for Malaysia to find, groom and train another Chong Weis as his replacements. We have to be serious about this. Tabik hormat kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menjuarai Hong Kong Open selepas dinobatkan sebagai Juara China Open baru-baru ini. Dengan dua kemenangan tersebut Bendera Malaysia kini mula berkibar semula di persada dunia. Selain Chong Wei, Ratu Skuasy, Nicol David sentiasa mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Kini, Imran Daniel Abdul Hazli, pemain tenis bawah usia 10 tahun, bakal mengibarkan Bendera Malaysia ...

Chong Wei Outplays Angus To Hong Kong Open Final

Malaysia's No. 1, Datuk Lee Chong Wei shines again. After outclassing Chen Long yesterday in three sets, he trounced Angus of Hong Kong tonight in straight set to book a place in tomorrow's Hong Kong Open Final. Lin Dan lost to Angus in second round. Without the two Chinese Giants, Chong Wei is expected to beat another Chinese player to win the Hong Kong Open Final tomorrow. Chong Wei semakin tua semakin menyengat! Pengalaman beliau banyak memisahkan beliau daripada para pemain Badminton yang lain. Apa yang diperlukan oleh Chong Wei sekarang ialah stamina dan kekuatan. Beliau yang kini berusia 33 tahun mesti terus membina dan mengekalkan stamina dan kekuatannya untuk menang di Final. Tahniah dan Syabas Chong Wei. Teruskan perjuangan esok demi Malaysia Tercinta! * Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak. * The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior m...

Militan, Pengganas Dan Teroris

Mengikut definisi Kamus Oxford, New Webster's, The New Collins Thesaurus dan DBP, militan, pengganas dan teroris membawa maksud orang yang melakukan keganasan, kekejaman, kekerasan, kegerunan, kegentaran, ancaman, intimidasi dan ketakutan ekstrem yang menyebabkan kecederaan dan kematian kepada orang-orang yang tidak berdosa, termasuk orang awam, orang tua, perempuan, dan kanak-kanak. Daripada definisi tersebut, saya boleh membuat kesimpulan bahawa seseorang militan, pengganas dan teroris itu tidak semestinya mewakili mana-mana warna kulit, bangsa, agama dan idealogi. Sesiapa saja boleh menjadi militan dan pengganas sekiranya ia bertindak kejam, ganas, mengancam nyawa serta mengakibat kecederaan dan kematian kepada orang-orang yang tidak berdosa, termasuk orang awam, orang tua, perempuan, kanak-kanak, orang sakit dan orang kurang upaya. Apabila istilah tersebut diterima pakai, maka orang-orang yang mengganas dengan menembak, membunuh dan mengebom orang-orang yang tidak berdosa d...

Undi Tidak Percaya Gagal

Undi Tidak Percaya yang dirancang oleh PH untuk menjatuhkan Kerajaan melalui penolakan Bajet 2016 telah gagal. Seramai 128 wakil BN telah menyokong Bajet 2016 sementara 74 wakil Pembangkang menolak. Seperti yang dijangkakan, 7 wakil PAS telah berkecuali termasuk DS Hadi Awang. Tetapi, 3 wakil PAS yang diketuai oleh Mahfuz Omar telah menyokong PH dengan menolak Bajet tersebut. PH mempunyai 71 kerusi dan 3 sokongan daripada PAS menjadikan 74 wakil pembangkang telah menolak Bajet 2016. 5 orang wakil tidak hadir termasuk Lim Kit Siang yang digantung selama 6 bulan. Dengan undian tersebut, maka Pembangkang telah gagal menjatuhkan Kerajaan menerusi penolakan Bajet 2016. Dalam posting saya sebelum ini, saya telah menyatakan bahawa rancangan Pembangkang ini pasti gagal kerana tidak akan mendapat sokongan wakil BN. Wakil BN akan berdiri teguh di belakang DS Najib kerana Bajet 2016 yang telah dibentangkan adalah realistik dan seimbang sejajar dengan keadaan ekonomi semasa. Saya berpendapat...

DS Najib Dan DS Hadi Bersama Di Pentas Perpaduan Islam

DS Najib dan DS Hadi Awang akan menghadiri Multaqa Serantau, Alumni Al-Azhar Malaysia yang akan diadakan dari 16 - 18 Disember di Hotel Marriot, Putrajaya. Acara itu membawa tajuk "Perpaduan Ummah Merentasi Idealogi" dan akan disertai oleh beberapa orang Profesor dan Ulama Islam yang terkemuka. Kehadiran mereka berdua di sebuah pentas yang sama merupakan satu perkembangan yang baik di antara PAS dan UMNO. DS Hadi Awang telah mengesahkan perkara itu di satu sidang akhbar. Beliau berkata PAS akan bekerjasama dengan UMNO demi kebaikan Islam tetapi tidak akan menyertai BN. Saya amat mengalu-alukan perkembangan terbaru ini dan berharap ini adalah permulaan kepada kerjasama yang lebih erat antara dua buah parti Islam yang terbesar. Perkara ini turut disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Muhammad Sanusi Md Nor yang memuji DS Hadi di atas pendekatan beliau yang begitu konstruktif. Saya telah memperjuangkan Kerjasama antara PAS dan UMNO sejak dulu lagi. Kerjasama erat an...