Skip to main content

1MDB Jual Edra Kepada CGN, Bukannya TNB

Akhirnya 1MDB telah menjual Edra Global Energy, aset tenaga, kepada Kumpulan CGN, China dengan harga US$2.3 billion (RM9.83 bilion) bagi pelan rasionalisasi mereka. Di samping itu, CGN akan mengambil alih hutang aset kendalian Edra sebanyak RM7.43 bilion. Ini bermakna, dengan penerimaan tunai serta pemindahan hutang tersebut, 1MDB akan mencapai pengurangan hutang sebanyak RM17 bilion. Ini adalah dalam lingkungan RM16 - RM18 bilion sasaran mereka bagi pelan rasionalisasi 1MDB

Sebelum ini TNB, sebuah Syarikat Qatar dan CGN telah menawarkan bida masing-masing untuk membeli Edra Global. Difahamkan CGN, sebuah syarikat pelaburan asing yang besar, telah menawarkan bida yang lebih tinggi berbanding TNB dan Syarikat Qatar, dan akan membayarnya secara tunai.      

Saya berpendapat TNB sepatutnya ditawarkan aset tenaga tersebut walaupun dengan harga bida yang lebih rendah daripada CGN. Dengan berbuat demikian, aset tenaga akan terus dimiliki dan dikawal oleh syarikat negara. Walau bagaimanapun, mungkin 1MDB telah memlilih CGN kerana mereka perlukan wang segera yang lebih besar untuk mengurangkan hutang mereka sekarang di samping menarik pelaburan langsung asing untuk mewujudkan keyakinan terhadap ekonomi negara Malaysia.
   
Dimaklumkan, TNB, syarikat milik negara telah membida beberapa bilion Ringgit untuk mengambil alih Edra, sementara CGN, China dan sebuah syarikat Qatar telah menawarkan bida yang lebih tinggi. Mereka sanggup berbuat demikian ekoran keuntungan besar yang bakal mereka perolehi kelak. Di samping itu, nilai mata wang Ringgit Malaysia sekarang adalah di tahap rendah.

Ada pendapat mengatakan sekiranya TNB diberikan tawaran, akan timbul beberapa reaksi negatif. Pertama, bida TNB adalah rendah dan 1MDB memerlukan harga yang lebih tinggi untuk mengurangkan hutang mereka sekarang. Kedua, TNB terpaksa berhutang untuk membeli Edra. Ini akan membebankan TNB serta memberi impak negatif kepada harga pasaran saham mereka. Ketiga, akan mencetuskan kontroversi kononya TNB membeli Edra untuk 'bailout' 1MDB dan menyelamatkan DS Najib. Semua ini akan menimbulkan isu baru dan memberikan kesan negatif kepada 1MDB. Sehubungan itu, 1MDB memutuskan untuk memberikan tawaran tersebut kepada Kumpulan CGN, China.      

Difahamkan, Edra Global Energy hanya terlibat dalam bidang penjanaan tenaga, sementara transmisi dan edaran tenaga masih dikawal oleh TNB. TNB masih menguasai separuh daripada penjanaan tenaga (power generation) di Malaysia.

Sektor Tenaga memainkan peranan penting kepada sesebuah negara. Ia adalah nadi dan nyawa kepada sesebuah ekonomi negara. Ia juga merupakan satu Sektor Sekuriti yang kritikal. Itu sebabnya Sektor ini sentiasa dimiliki oleh Kerajaan atau pun Syarikat milik Kerajaan. Sektor ini melibatkan semua bidang ekonomi dan seluruh penduduk. Sekiranya ia dimiliki oleh Syarikat Asing, kemungkinan besar kos tenaga akan meningkat pada masa akan datang serta tidak dapat dibendung oleh Kerajaan. Keadaan ini akan menjana reaksi rantaian (chain reaction). Akibatnya, kos makanan, minuman, pakaian, perumahan, pengangkutan, pendidikan, kesihatan, keselamatan dll akan meningkat. Ini akan melonjakkan lagi kos sara hidup rakyat sekarang dan membebankan rakyat.

Perniagaan tenaga adalah satu perniagaan yang amat menguntungkan. Ia tidak pernah rugi. Ia sentiasa menjana keuntungan tanpa henti, 24 jam sehari, 30 hari sebulan. Semua perkara dan bidang kehidupan seharian memerlukan tenaga elektrik. Itu sebabnya Kumpulan CGN sanggup menawarkan bida yang lebih tinggi daripada TNB. Mereka yakin akan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda pada masa akan datang.

Tanpa tenaga yang murah dan mencukupi, ekonomi negara boleh lumpuh! Ini adalah satu realiti. Oleh itu, Kerajaan dan TNB perlu sentiasa memantau dan mengawal Kumpulan CGN.

Jangan Untung Besar Secara Jangka Pendek, Tetapi Rugi Besar Secara Jangka Panjang Serta Membebankan Rakyat!



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...