Skip to main content

DAP Rasis Dan Hipokrit

DAP yang selama ini mendabik dada sebagai Parti Pelbagai Bangsa (Multi Racial Party) yang memperjuangkan Bangsa Malaysia, rupa-rupanya adalah sebuah Parti Rasis dan Hipokrit yang hanya mengutamakan Bangsa Cina. Apa yang mereka canangkan selama ini adalah palsu belaka dan indah khabar daripada rupa.

Saya membuat penilaian tersebut berdasarkan Pemilihan Exco Baru mereka di Konvensyen DAP Selangor Ahad lalu. Dalam pemilihan 15 orang Exco baru mereka, 13 orang adalah Cina, seorang Punjabi dan seorang India. Seorang Melayu pun tidak terpilih walaupun beberapa calon Melayu telah bertanding.

Gobind Singh Deo telah mendahului senarai sementara Tony Pua, Hannah Yeoh, Ronnie Liu dan beberapa orang lagi turut dipilih semula. Walaupun Tony Pua menduduki tangga ke-8, beliau tetap dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor dan Gobind sebagai Timbalan Pengerusi.

Untuk menutup kelemahan mereka, tiga orang Melayu kemudiannya telah dilantik sebagai Exco tambahan. Mereka terdiri daripada Dr Abdul Aziz Bari, Edry Faizal Edry Yusuf (Kordinator Roketkini) dan Young Syefura Othman (Rara).  
          
Mengikut perangkaan penduduk Selangor, 51.5% penduduk Selangor terdiri daripada orang Melayu, 26.4% orang Cina dan 12.4% India. Daripada pemilihan Exco DAP itu, ia langsung tidak mencerminkan DAP sebagai sebuah Parti Pelbagai Bangsa. Ia lebih mirip kepada Parti Rasis dan Hipokrit yang tidak selari dengan perangkaan penduduk Selangor.

Selepas melantik tiga orang Melayu sebagai Exco tambahan, Tony Pua berkata calon Melayu tidak terpilih kerana mereka tidak terkenal, masih baru dan belum menunjukkan kesetiaan dan komitmen mereka kepada Parti. Ini adalah alasan yang lemah dan tidak boleh diterima. Just a lame excuse! Edry Faizal Edry Yusuh adalah kordinator Roketkini yang telah lama dikenali oleh ahli-ahli DAP Selangor. Mengapa beliau masih tidak dipilih?

Dalam Konvensyen tersebut, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengarah Strategi DAP, Tony Pua telah menyerang PAS habis-habisan (like nobody business). Mereka telah menjadikan PAS sebagai bahan belasahan (a punching bag). Mereka berkata PAS telah menyokong UMNO dan BN dan telah menikam DAP daripada belakang.

Sebelum ini, Tony Pua berkata DAP akan bertanding di 8 buah kawasan yang telah dimenangi oleh PAS. Beliau berkata DAP boleh menang di kawasan-kawasan tersebut dalam PRU14. Mengapa beliau begitu yakin, sedangkan di kawasan-kawasan itu majoriti penduduknya adalah Melayu. Mungkin beliau mengharapkan pecahan undi di antara PAS dan UMNO yang boleh membawa kemenangan kepada DAP atau pun PAN.

Ketika ini, Tony Pua boleh dianggap sebagai orang hadapan DAP (DAP's front man). Beliau boleh dikatakan sebagai Master Strategist dan jagoan DAP sehingga sanggup berdebat dengan Arul Kanda, CEO 1MDB. Tetapi, setelah dicabar oleh Arul Kanda untuk berdebat, beliau telah bertukar haluan pula. Mahu diadakan Sesi Soal-Jawab saja dan hanya beliau yang akan menyoal Arul Kanda! Nampak betul beliau seorang pengecut dan bacul!



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.
 




                

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...