Skip to main content

NLD Pimpinan Aung San Suu Kyi Menang Besar

Parti NLD pimpinan Aung San Suu Kyi, penerima Anugerah Nobel Peace Prize, telah menang besar dalam pilihan raya Myanmar yang baru diadakan. Walaupun keputusan muktamad belum diperolehi, setakat ini, parti tersebut telah memenangi 163 kerusi Parlimen daripada 182 keruisi yang telah diumumkan. Suu Kyi turut menang di kawasan beliau. Parti pemerintah sekarang yang diterajui oleh Junta Tentera telah pun akur dengan kekalahan mereka.

Dengan kemenangan tersebut, Suu Kyi dijangka akan dinobatkan sebagai Presiden Myanmar yang baru. Walau bagaimanapun, mengikut Perlembagaan Myanmar sekarang yang digubal oleh Junta Tentera, seseorang itu tidak layak menjadi Presiden sekiranya mereka mempunyai keluarga warga asing. Mendiang suami Suu Kyi adalah seorang British sementara dua orang anak beliau masih memegang Pasport British. Ini bermakna, Suu Kyi tidak layak menjadi Presiden Myanmar.

Mengikut Perlembagaan Myanmar, walaupun Parti NLD menguasai majoriti dua pertiga, satu pertiga daripada kerusi parlimen dan dewan negara akan diisi oleh wakil junta tentera yang dilantik. Mereka juga mempunyai kuasa Veto yang boleh menggagalkan apa jua rancangan Suu Kyi.

Kita perlu tunggu dan lihat apakah kesudahan kepada Pilihanraya ini. Adakah Junta Tentera sekarang akan berpegang kepada janji mereka untuk menukar Myanmar menjadi sebuah negara demokrasi? Adakah mereka akan menerima Suu Kyi sebagai Presiden baru mereka? Seluruh dunia sedang memerhatikan perkembangan mereka ketika ini.

Saya harap, akhirnya Suu Kyi, 70 tahun akan diterima dan dilantik sebagai Presiden yang sah. Sebagai seorang pejuang demokrasi dan pemenang Nobel Peace Prize, saya yakin beliau akan dapat menyelesaikan segala masalah rakyat Myanmar dan kaum minoriti Muslim Rohingya yang masih tidak diberikan kerakyatan Myanmar. Mereka masih dianggap sebagai kaum pendatang yang hanya menumpang di bumi Myanmar.

Pada tahun lalu, beberapa buah masjid dan kampung kaum Muslim Rohingya telah dibakar hangus oleh sami-sami Buddha yang ekstrem. Ribuan etnik Rohingya telah terkorban. Ekoran kejadian tersebut, ribuan kaum Rohingya telah melarikan diri melalui jalan laut dan darat. Ada juga yang telah dijadikan bahan dagangan oleh para pedagang manusia. Ramai telah terkorban sebelum mereka berjaya mendarat di bumi Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Dengan pelantikan Suu Kyi sebagai Presiden, saya harap masalah etnik Rohingya akan dapat diselesaikan dengan segera. Mereka perlu diberikan kerakyatan Myanmar, tempat tinggal yang selamat dan diberi kebebasaan untuk bekerja dan mengundi.

Pada Pilihanraya tahun 1990, parti Suu Kyi turut menang tetapi telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Suu Kyi kemudiannya ditahan di bawah tahanan rumah (put under house arrest).          



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.          

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...