Skip to main content

Alvin Tan Cemar Al-Quran/ Alvin Tan Desecrates Holy Al-Quran

Saya telah terima gambar-gambar WhatsApp yang menunjukkan Alvin Tan sedang 'melepas' di tandas duduk sambil memegang sebuah Kitab Al-Quran. Beliau kemudiannya telah mencemarkan sehelai muka surat Al-Quran tersebut dengan najisnya. Soalannya, adakah gambar-gambar ini tulen atau telah di photoshopped.

Saya kemudiannya telah menyemak beberapa halaman Facebook, WhatsApp dan blog yang lain untuk mengesahkan kesahihannya. Sebelum ini, Alvin Tan memang terkenal dengan perkara Lucah dan Jahat seperti ini. Akhirnya, saya telah temui gambar-gambar yang serupa di beberapa halaman Media yang lain. Maka Sahlah gambar-gambar ini adalah tulen dan Sahlah bahawa Alvin Tan memang Syaitan Laknatullah.

Blog Helen Ang telah melaporkannya dan memberikan komen yang pedas. Beliau turut menyelar beberapa Media Pro-Pembangkang seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today, The Heat Online dan The Ant Daily yang senyap-sunyi tentang perbuatan terkutuk itu, cuba menyembunyikan perkara berkenaan daripada diketahui umum, serta melakukan Black Out dalam Media mereka.
         
Gambar-gambar yang sama turut dipaparkan di halaman Malaysia Today, media milik Raja Petra Raja Kamarudin yang begitu berpengaruh. Susulan paparan gambar-gambar tersebut di beberapa WhatsApp dan Blog popular, maka sahlah gambar-gambar tersebut adalah tulen dan Alvin Tan telah mengundang kecelakaan dan padah dengan sengaja mencemarkan Ayat Suci Al-Quran dengan najisnya. Perbuatan dan kelakuan melampau Alvin Tan kali ini tidak boleh dimaafkan lagi. Beliau harus dicari dan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin dan dihukum dengan setimpalnya. Orang-orang Islam di seluruh dunia amat marah dan tidak boleh terima perbuatan jahat, keji dan terkutuk itu. Ia bukan saja telah mencemarkan kesucian Kitab Al-Quran tetapi juga telah menoda Agama Islam dan menghina orang-orang Islam di seluruh dunia.  

Sepanjang hayat saya, saya tidak pernah temui seorang Islam pun yang telah mencemarkan Holy Books Agama-Agama lain. Orang-orang Islam begitu beradab, bersopan-santun serta menghormati kebebasan dan hak Agama-Agama lain.

Sehubungan itu, Saya serta para blogger sehaluan, mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan dan kelakuan keji dan terkutuk Alvin Tan ini. Semoga Allah menyedarkannya, menginsafkannya, membuka hijab kekufuran dan kejahatannya, menunjukkan jalan yang lurus kepadanya dan akhirnya beliau insaf dan sedar akan kesucian, kebesaran dan kebenaran Al-Quran dan Agama Islam.        



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...