Skip to main content

Debat Bertukar Sesi Soal-Jawab Untuk Arul Kanda Dan Tony Pua?

Arul Kanda telah menyahut cabaran Tony Pua untuk berdebat dengannya dengan syarat Tony Pua perlu meletakkan jawatannya terelebih dahulu sebagai Ahli Jawatankuasa PAC. Jika tidak, akan berlaku 'conflict of interest' yang berpihak kepada Tony Pua serta boleh menjejaskan Integriti PAC. Seperti yang diduga, Tony Pua enggan melepaskan jawatan tersebut dan mahu terus berdebat.

Saya berpendapat amat tidak adil kepada Arul Kanda sekiranya Tony Pua yang bertindak sebagai "Hakim dan Pendakwa" dalam PAC tidak mahu meletakkan jawatannya terlebih dahulu untuk berdebat dengan orang yang Dituduh. Tony Pua perlu menjadi seorang yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana jawatankuasa siasatan untuk berdebat dengan Arul Kanda. Barulah debat itu boleh dianggap sebagai adil dan tidak berat sebelah (fair and square).

Sebagai seorang Gentleman, Arul Kanda kemudiannya telah mengenepikan syarat tersebut dan mahu berdebat dengan Tony Pua tanpa sebarang pra-syarat. Selepas cabaran itu diumumkan, tiba-tiba Tony Pua menjadi kecut perut dan menukar cabarannya dengan berkata beliau tidak mahu Berdebat, sebaliknya hanya mahu mengajukan beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Arul Kanda saja. Beliau (Tony Pua) tidak perlu disoal, hanya Arul Kanda yang perlu disoal (question and interrogate).

Maka, tidak akan berlaku Debat Sebenar (The Real Debate) seperti yang diwar-warkan! Sebaliknya, hanya akan berlaku Acara Pertanyaan dan Siasatan (interrogation) oleh Tony Pua terhadap Arul Kanda yang akan disiarkan secara langsung oleh RTM. Perkara ini boleh saya ibaratkan sebagai pertandingan Tomoi Siam sebelah pihak. Satu pihak saja boleh menumbuk, membelasah dan mendang, sementara pihak lawan hanya menyerahkan badan dan muka tanpa boleh membalas.

Ini jelas membuktikan bahawa Tony Pua takut hendak berdebat dengan Arul Kanda, seorang pendebat yang baik. Sebenarnya, Tony Pua tidak cekap berdebat dan hanya pandai bercakap dan spin lies. Saya yakin Arul Kanda akan berdebat lengkap dengan segala fakta, angka, data, bukti dan dokumen 1MDB yang original, sementara Tony Pua akan hanya melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas dan tanpa bukti nyata. Oleh itu, DAP berpendapat sebelum Tony Pua dimalukan oleh Arul Kanda, lebih baik pihak DAP mengarahkan Tony Pua supaya mengubah strategi daripada Berdebat kepada mengajukan beberapa Soalan yang perlu dijawab oleh Arul Kanda saja. Hanya one way traffic! Tony Pua tidak perlu ditanya apa-apa. Ini sebenarnya dibuat bagi menyelamatkan imej Tony Pua dan DAP daripada tercemar. Mereka tidak mahu melihat Tony Pua dimalukan dan dibelasah oleh Arul Kanda di depan TV yang akan disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia dan dapat ditonton di seluruh dunia melalui YouTube, Facebook dll.

I strongly believe, if the Debate were to proceed as planned, Arul Kanda will make Tony Pua looks foolish and stupid. He will come forward with a gun blazing and thrash Tony Pua like nobody business.    

Sekiranya Acara Debat ditukar kepada Acara Soal Jawab yang menguntungkan sebelah pihak saja, saya syorkan agar acara tersebut Dibatalkan saja. DAP akan mengambil kesempatan daripada Acara Soal-Jawab itu untuk memalukan Arul Kanda, 1MDB, DS Najib dan Kerajaan BN. Saya yakin, Tony Pua akan mengajukan pelbagai soalan yang tidak berasas, tanpa bukti dan tidak masuk akal yang tidak mampu dijawab oleh Arul Kanda. Sebelum perkara itu terjadi, Batalkan saja acara tersebut. Ia hanya akan mengutungkan DAP kerana Tony Pua pasti akan putar belit (spin and manipulate) soalan yang sukar dijawab oleh Arul Kanda. DAP is infamous for spins, lies, perceptions, doubts creation, false allegations, distortion, deception and manipulations,

Batalkan saja 'Acara Soal Jawab' itu kerana ia akan menguntungkan DAP saja di samping mereka akan mendapat Publisiti dan Propaganda Percuma di TV.

Sesi Soal-Jawab sepatutnya disempurnakan oleh pihak Polis, Bank Negara, MACC dan PAC, bukannya Tony Pua di pentas TV.


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is entirely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.                                

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...