Skip to main content

Bahasa Inggeris, Bahasa Global Dan Ilmu

Akhir-akhir ini kepentingan Bahasa Inggeris banyak diperbincangkan di pelbagai akhbar dan media tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Inggeris adalah Bahasa Global yang amat penting. Ia bukan saja merupakan Bahasa Komunikasi Utama di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu dan di pelbagai Konvensyen Antarabangsa, tetapi juga adalah Bahasa Ilmu Pengetahuan, Bahasa Sains Dan Teknologi, Bahasa Penyelidikan dan Bahasa Komunikasi Global yang luas digunakan di seluruh dunia, termasuk di dunia Arab.

Kini, bermacam-macam jenis Kitab mengenai Islam telah ditulis dan diterbitkan dalam Bahasa Inggeris oleh para ulama Arab dan bukan Arab yang fasih berbahasa Inggeris. Tujuan utama mereka menulis Kitab-Kitab ini dalam Bahasa Inggeris ialah untuk kemudahan Dakwah Islam memandangkan majoriti penduduk dunia sekarang faham dan boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Kebanyakan buku yang terdapat di seluruh dunia sekarang, termasuk di perpustakaan-perpustakaan universiti berprestij di seluruh dunia, adalah dalam Bahasa Inggeris. Ini membuktikan bahawa Bahasa Inggeris adalah Bahasa Ilmu Pengetahuan dan Bahasa Utama. Sehubungan itu, untuk menimba Ilmu Pengetahuan sebanyak mungkin, suka atau tidak, kita terpaksa belajar, tahu dan boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sebagai Generasi 1940-an, saya amat faham akan betapa pentingnya Bahasa Inggeris. Dari peringkat Primary School hingga ke Secondary School dan Upper Six, saya dan rakan-rakan sebaya terpaksa menimba pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Walaupun saya bencikan para Penjajah, namun saya gemari Ilmu Pengetahuan yang diperolehi termasuk Bahasa Inggeris.

Kelebihan dan kekuatan inilah yang memudahkan saya menyertai Lembaga Pelabuhan Kelang buat seketika dan kemudiannya menyertai Syarikat Eric White Associates, anak syarikat Hill And Knowlton Group, US, sebuah Syarikat Perunding Perhubungan Awam yang terkemuka di Amerika Syarikat. Dengan kekuatan asas tersebut, saya turut berjaya mengikuti In-House PR Intensive Training di EWA, Intensive Diploma Translation Course di Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Intensive Diploma Public Relations Course di IPRM, Kuala Lumpur.

Dengan berbekalkan Ilmu tersebut, saya kemudiannya telah menubuhkan sebuah Syarikat Terjemahan, Al-Sadiq Consultants, di Wisma Datuk Dagang, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Para pelanggan saya ketika itu terdiri daripada Syarikat Perunding Perhubungan Awam, Syarikat Pengiklanan dan Akhbar. Selepas beberapa tahun, mungkin kerana faktor usia serta teknologi canggih yang terdapat, saya pindahkan pejabat saya ke rumah sendiri dan menjadi seorang Freelancer. Ketika ini saya melakukan Freelancing dan Blogging di rumah saja. Semuanya dengan sokongan Kekuatan (Forte) Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris juga telah memudahkan saya serta Arwah Mokhtar Muhammad mengembara ke Eropah pada tahun 1976. Al-Fatihah untuk Sahabat Baik saya, Allahyarham Mokhtar Muhammad. Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas Rohnya. Pada usia pertengahan 20-an dan masih bujang, kami berdua telah memohon cuti tanpa gaji selama beberapa bulan untuk mengembara ke Eropah. Di Eropah, hampir setiap hari kami bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana rakan-rakan Youth Hostels kami terdiri daripada warga Eropah, Amerika Latin, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jepun dll. Ramai yang memuji tahap penguasaan Bahasa Inggeris kami. Saya juga hampir-hampir bekerja dan melanjutkan pelajaran di Kota London dengan bekalan sekeping English School Certificate yang dimiliki, serta keupayaan menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Tetapi, perasaan Homesick setelah lama dan letih mengembara, telah mendorong saya untuk kembali ke tanah air tercinta.

Ketika di Kota London, saya banyak melepak bersama para penuntut Malaysia di Malaysia Hall, Bryanston Square, kerana Breakfast, Lunch dan Dinner di situ amat murah dengan harga 30 pence saja. Itu pada tahun 1976. Sekarang, mungkin berharga beberapa Pound Sterling. Namun saya tidak kecewa dengan keputusan tersebut.          

Cowboys pernah berkata "Have guns will travel". Saya pula berkata "Have English will travel".    

As true Malay Muslims, besides giving top priority to Bahasa Melayu as a National Language and Arabic Language, as a Language of Al-Quran, Hadis and Rasulullah SAW, we should also give equal priority to English Language, a Language of Knowledge, a Language of International Seminar and Convention, a Language of Science and Technology, a Language of Research And Development, a Language of Commerce and Industry, a Language of Economy, a Language of Finance and Banking and a Language of Global Communications. We have to face the facts, the truth and the reality of current life. We can't be emotional and irrational about it. This is a true fact.


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.              

    

                    





Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...