Skip to main content

DS Najib Dan DS Hadi Bersama Di Pentas Perpaduan Islam

DS Najib dan DS Hadi Awang akan menghadiri Multaqa Serantau, Alumni Al-Azhar Malaysia yang akan diadakan dari 16 - 18 Disember di Hotel Marriot, Putrajaya. Acara itu membawa tajuk "Perpaduan Ummah Merentasi Idealogi" dan akan disertai oleh beberapa orang Profesor dan Ulama
Islam yang terkemuka.

Kehadiran mereka berdua di sebuah pentas yang sama merupakan satu perkembangan yang baik di antara PAS dan UMNO.

DS Hadi Awang telah mengesahkan perkara itu di satu sidang akhbar. Beliau berkata PAS akan bekerjasama dengan UMNO demi kebaikan Islam tetapi tidak akan menyertai BN. Saya amat mengalu-alukan perkembangan terbaru ini dan berharap ini adalah permulaan kepada kerjasama yang lebih erat antara dua buah parti Islam yang terbesar.

Perkara ini turut disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Muhammad Sanusi Md Nor yang memuji DS Hadi di atas pendekatan beliau yang begitu konstruktif.

Saya telah memperjuangkan Kerjasama antara PAS dan UMNO sejak dulu lagi. Kerjasama erat antara dua parti Islam ini amat penting bagi Kesejahteraan dan Pembangunan Ummah dan Negara Malaysia. Kerjasama mereka bukan saja akan mewujudkan Check and Balance antara dua parti tersebut tetapi juga akan berjaya menerus dan memantapkan lagi Kepimpinan Melayu Islam di Malaysia.  

Saya yakin Kerjasama dua buah parti Islam ini akan mampu menumpaskan PAN dan PKR pada PRU14 akan datang serta menggagalkan hasrat DAP untuk berkuasa di Malaysia. Kerjasama ini juga akan menjadikan PAS sebuah Parti Islam yang Progresif dan menjadikan UMNO sebuah Parti yang Berintegriti.




* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.      



    

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...