Skip to main content

Militan, Pengganas Dan Teroris

Mengikut definisi Kamus Oxford, New Webster's, The New Collins Thesaurus dan DBP, militan, pengganas dan teroris membawa maksud orang yang melakukan keganasan, kekejaman, kekerasan, kegerunan, kegentaran, ancaman, intimidasi dan ketakutan ekstrem yang menyebabkan kecederaan dan kematian kepada orang-orang yang tidak berdosa, termasuk orang awam, orang tua, perempuan, dan kanak-kanak.

Daripada definisi tersebut, saya boleh membuat kesimpulan bahawa seseorang militan, pengganas dan teroris itu tidak semestinya mewakili mana-mana warna kulit, bangsa, agama dan idealogi. Sesiapa saja boleh menjadi militan dan pengganas sekiranya ia bertindak kejam, ganas, mengancam nyawa serta mengakibat kecederaan dan kematian kepada orang-orang yang tidak berdosa, termasuk orang awam, orang tua, perempuan, kanak-kanak, orang sakit dan orang kurang upaya.

Apabila istilah tersebut diterima pakai, maka orang-orang yang mengganas dengan menembak, membunuh dan mengebom orang-orang yang tidak berdosa dengan kapal terbang pejuang atau kapal perang boleh dianggap sebagai militan dan pengganas. Sehubungan itu, tentera-tentera Amerika, Perancis, Britain dan Rusia yang telah mengebom dan membunuh ratusan ribu rakyat Syria, Iraq dan Libya yang tidak berdosa, termasuk orang tua, perempuan dan kanak-kanak adalah militan dan pengganas. Tentera Yahudi Israel yang telah mengebom dan membunuh ribuan rakyat Palestin yang tidak berdosa serta memusnahkan kampung halaman mereka adalah militan dan pengganas. Sami-sami Buddha yang telah mengganas dan membunuh ribuan rakyat Islam Rohingya yang tidak berdosa, membakar kampung-kampung dan masjid-masjid mereka serta menghalau mereka keluar dari Myanmar adalah militan dan pengganas.

Begitu juga dengan penyerang nekad yang menyerang orang-orang yang tidak berdosa di Kota Paris baru-baru ini. Mereka boleh dianggap pengganas. Tetapi, malangnya pihak Barat telah mengaitkan para pengganas tersebut sebagai militan atau teroris Islam (Islamist Terrorists, Islamist Militants and Islamist Jihadist). Seperti yang saya katakan tadi, Teroris tidak ada kaitan langsung dengan Warna Kulit, Bangsa dan Agama, terutama sekali Agama Islam. Islam melarang keras para penganutnya membunuh orang-orang yang tidak berdosa, termasuk orang tua, perempuan, kanak-kanak, orang cacat, orang sakit dan orang yang berlindung dalam rumah ibadat. Oleh itu, mereka yang menyerang Kota Paris tempoh hari adalah teroris saja yang mungkin menyerang balas akibat kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh "Pengganas" Perancis, Amerika, Britain dan Rusia dengan kapal terbang pejuang dan kapal perang mereka. Kejadian itu tidak boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam yang sebenar dan kesucian Agama Islam.

Rasulullah SAW ketika mengarahkan tenteranya untuk menawan Kota Mekah telah mengingatkan mereka supaya jangan membunuh orang-orang yang tidak berdosa, orang awam, orang tua, kaum wanita, kanak-kanak, orang-orang berlindung dalam rumah ibadat, orang tawanan, orang yang lari, orang sakit, jangan bunuh binatang kecuali jika hendak dimakan, jangan rosakkan tanaman dan pokok-pokok, jangan rosakkan bangunan, jangan ganggu mayat, berbuat baik kepada orang tawanan serta beri mereka makanan. Larangan ini jelas terkandung dalam kitab suci Al-Quran dan Hadis.

Apabila Kota Paris diserang dan seramai 129 orang telah terbunuh pada Jumaat lalu, seluruh dunia telah menjadi gempar, panik, sibuk dan bersedih. Malangnya, seluruh dunia dan media hanya senyap, membisu, tidak sibuk dan bersedih ketika Iraq, Syria, Libya, Lubnan dan Palestin dibom sejak beberapa tahun lalu yang mengakibatkan ratusan ribu nyawa terkorban. Sebenarnya, apa yang berlaku pada satu malam di Kota Paris itu telah berlaku hampir setiap malam di Iraq, Syria, Libya dan Palestin sejak dulu lagi. Tetapi, pihak Barat tidak ambil peduli. Mereka benar-benar pilih kasih dan pilih bulu. Baru sekarang mereka terkejut daripada lamunan mimpi. Di manakah justifikasinya?

Kalau mengikut sejarah (based on historical facts), sejak Perang Dunia Pertama hingga sekarang, kebanyakan kekejaman dan keganasan yang berlaku di dunia ini telah dilakukan oleh orang-orang Bukan Islam (Non-Muslims). Hitler, pemimpin Nazi Germany, dikatakan telah membunuh jutaan manusia. Joseph Stalin dikatakan telah membunuh 20 juta manusia termasuk 14.5 juta yang mati akibat kebuluran. Mao Tse Tsung dikatakan telah membunuh 14 hingga 20 juta manusia. Benito Mussolini dikatakan telah membunuh 400 ribu manusia. Ashoka dalam Peperangan Kalinga dikatakan telah membunuh 100 ribu manusia. George Bush dan Tony Blair telah membunuh ratusan ribu rakyat Iraq yang tidak berdosa ketika mereka menyerang Iraq untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein. Semua pemimpin di atas adalah Bukan Islam (Non-Muslims). Mereka semua boleh dianggap sebagai Militan dan Teroris kerana telah membunuh ramai manusia yang tidak berdosa! Mengapa orang Islam masih dituduh sebagai Militan dan Teroris?

Dalam Perang Dunia Pertama, kira-kira 17 juta manusia telah terbunuh disebabkan oleh orang Bukan Islam. Dalam Perang Dunia Kedua, kira-kira 50 - 55 juta manusia telah terbunuh angkara orang Bukan Islam. Ledakan Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki yang telah mengorbankan kira-kira 200,000 nyawa adalah angkara orang Bukan Islam. Dalam Peperangan Vietnam, lebih 5 juta nyawa telah lenyap angkara orang Bukan Islam. Peperangan Bosnia/Kosovo yang meragut lebih 1/2 juta manusia adalah angkara orang Bukan Islam. Jutaan nyawa melayang di Iraq, Syria, Libya, Palestin, Lubnan, Afghanistan dan Myanmar adalah disebabkan oleh orang Bukan Islam. Di Kemboja, dari tahun 1975 hingga 1979, hampir 3 juta manusia telah terkorban angkara orang Bukan Islam.

Sehubungan itu, kebanyakan keganasan dan pembunuhan yang berlaku di dunia, dari dulu hingga sekarang, adalah disebabkan oleh orang Bukan Islam. Mengapa orang Islam masih lagi dituduh sebagai Militan dan Teroris?

Based on the Oxford, New Webster's, New Collins Thesaurus and DBP Dictionaries "Anybody Can Be A Terrorist and A Terrorist Can Be Anybody. Muslims Are Not Necessarily Terrorists And Terrorists Are Not Necessarily Muslims ". I Rest My Case.

                

* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.




                

  


  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...