Skip to main content

Batalkan Debat Arul Kanda-Tony Pua - TS Pandikar Amin Mulia

Debat 1MDB yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia antara Arul Kanda dan Tony Pua, mungkin tidak akan berlangsung. Amaran keras telah dikeluarkan oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Speaker Dewan Rakyat agar Debat tersebut dibatalkan. Ia bertentangan dengan Standing Order 23 (1)(e) Dewan Rakyat yang tidak membenarkan ahli Dewan mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa mendapat kebenaran Jawatankuasa Dewan Rakyat. Di samping itu, perkara tersebut masih dalam siasatan PAC. Jika Debat tersebut diteruskan juga, beliau tidak akan bertanggungjawab dan akan meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

TS Pandikar Amin Mulia memang terkenal sebagai seorang Speaker Dewan Rakyat yang tegas. He speaks no nonsence and allows no nonsense in Parliament.

Beliau berkata Debat tersebut tidak akan menyelesaikan masalah 1MDB. Biarkan PAC menjalankan tugas siasatan mereka terlebih dahulu dan rakyat Malaysia perlu bersabar.

Pendapat tersebut turut dikongsi oleh Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Jelas beliau walaupun Debat tersebut kelihatan menarik dan informatif, ia tidak akan menyelesaikan masalah 1MDB.

Saya menyambut baik pendapat TS Pandikar dan Khairy Jamaluddin. Isu 1MDB hanya boleh disoal siasat dan diselesaikan oleh PAC, bukannya Tony Pua di pentas TV. 1MDB masih dalam siasatan PAC dan keputusan siasatan masih belum muktamad. Hanya keputusan siasatan PAC yang akan diterima pakai oleh Jawatankuasa Parlimen. Sehubungan itu, saya syorkan agar Debat tersebut dibatalkan saja dan PAC perlu mulakan siasatan dengan segera memandangkan PAC telah pun memperolehi Pengerusi baru.

Lupakan saja gelagat Tony Pua yang tidak konsisten dan sering flip flop. Mahu berdebat dengan Arul Kanda tetapi tidak mahu melepaskan jawatannnya sebagai Ahli Jawatankuasa PAC. Tindakan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti PAC. Kemudian berubah haluan pula dan hanya mahu diadakan Sesi Soal Jawab di mana beliau saja yang akan menyoal Arul Kanda. Come on Tony Pua! Be a man and Walk your Talk. As a law maker, you should keep your words.

Sehubungan itu, Batalkan saja Debat tersebut. Ikut arahan TS Pandikar Amin Mulia. Debat tidak akan menyelesaikan masalah 1MDB, malah akan mengeruh dan merumitkannya lagi. Pada pendapat saya, elok Debat tersebut dibatalkan daripada kita kehilangan khidmat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Beliau adalah seorang Speaker Dewan Rakyat yang Arif, Bijak, Cekap, Adil, Telus, Berterus Terang dan Tegas. Beliau perlu dipertahankan berbanding Debat yang tidak membawa sebarang faedah, sebaliknya hanya akan menguntungkan DAP yang akan mendapat Publisiti dan Propaganda Percuma di layar RTM.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa ataupun mana-mana pihak.

* The opinion given is entirely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.          
                   

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...