Skip to main content

Posts

Merdeka

Kita Adalah Bangsa Nusantara. Satu Ketika Dulu, Kita Adalah Satu Rumpun Bangsa Yang Merdeka Belayar Dan Merantau Ke Mana Jua. Bebas Tak Terkata. Kerana Nusantara Adalah Negara Kita. Kepulauan Melayu, Kata Para Pelayar Dahulu Kala. Ada Juga Yang Berkata, Itu Nusantara. The Malay Archipelago, Para Pelayar Dan Kolonialis Barat Berkata. Ekoran Kelemahan Kita. Kita Dijajahi Para Penjajah Durjana. Portugis, Sepanyol, British Dan Belanda. Hasil Mahsul Habis Dikaut Tak Terkira. Untuk Kayakan Negara Mereka. Ratusan Tahun Kita Menderita. Akhirnya, Kita Bebas Juga. Kini, Kita Telah Merdeka. Tetapi, Mungkin Dari Aspek Lahiriah Saja. Bagaimana Pula Dengan Minda? Pemikiran Kita Terus Dibelenggu Dengan Asakan Pelbagai Agenda Dan Media. Bangsa, Agama Dan Nusa Telah Diperkosa Dan Dinista. Sehingga Mencetus Sengketa Sesama Kita. Bangkitlah Dari Tidur Yang Lena. Sebelum Kita Dijajahi Semula. Dalam Bentuk Yang Berlainan Rupa. Sehingga Hilang Nikmat Kemerdekaan Buat Selama-Lama. ...

Utusan Malaysia Terus Bernafas

Rabu, 21 Ogos 2019/20 Zulhijah 1440H - Utusan Melayu/Utusan Malaysia masih belum berkubur seperti yang dimahukan oleh musuh-musuh mereka. Ia masih bernafas kencang dengan pengenalan dan suntikan beberapa strategi baru untuk menghadapi hari muka. Selaku Media Arus Perdana yang menjadi Suara Keramat Orang Melayu dan Islam sejak 80 tahun lalu, ia harus hidup untuk terus membela serta mempertahankan Hak Keistimewaan Melayu, Islam dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia. Dalam sejarahnya, ia juga tidak pernah mengabaikan perjuangan dan tanggungjawabnya terhadap Bangsa dan Agama lain.  Utusan Melayu Press Limited ditubuhkan pada tahun 1938 di Singapura dengan diasaskan oleh Allahyarham Yusuf Ishak, Mantan Presiden Pertama Singapura. Ia kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1958 selepas Tanah Melayu Merdeka. Sejak penubuhannya, ia telah menjadi Lidah dan Nadi Rasmi orang Melayu dan Islam yang sering memperjuangkan perihal Bangsa Melayu, Ba...

PH Tewas Teruk Di Rantau!

Sabtu, 13 April 2019, 7 Syaaban 1440H - PH tewas teruk di Rantau. Seperti diramalkan, PH telah ditolak oleh rakyat Malaysia sekali lagi di Rantau setelah mereka tewas di Cameron Highlands dan Semenyih. Ini kali ketiga PH tewas berturut-turut. Parti Perpaduan Ummah UMNO/BN/PAS yang diwakili oleh Tok Mat telah memperolehi undi majoriti 4,561 dengan menewaskan calon PKR dan dua calon bebas. Secara tidak rasmi Tok Mat telah perolehi 10,257 undi, sementara Dr Streram 5,886 dan dua calon bebas hilang wang pertaruhan. Ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia telah mula sedar dan tidak mempercayai PH lagi yang mereka sokong pada PRU-14 kerana termakan fitnah dan pembohongan Manifesto mereka. Kini rakyat Malaysia telah mula bangkit untuk menolak PH, dan dijangka semangat dan gelombang ini akan berterusan sehingga PRU-15. Secara tidak langsung, ini juga membuktikan rakyat Malaysia di Rantau telah menolak kepimpinan Anwar Ibrahim, Presiden PKR dan bakal PM, yang telah berhempas pulas ber...

Rantau Milik Perpaduan Ummah UMNO/BN/PAS?

Jumaat, 12 April 2019, 6 Syaaban 1440H - Esok, 13 April 2019, Rantau akan mengundi. Lebih 20,000 pengundi Rantau akan turun mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 53% pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 27% India, 18% Cina dan selebihnya kaum lain. Parti mana akan menang? Saya melihat PRK esok bukanlah antara Tok Mat dan Dr Streram kerana Streram is nowhere near or compared to Tok Mat. Streram bukan saingannya. Tetapi, pada hakikatnya PRK Rantau esok adalah di antara Tok Mat, Timbalan Presiden UMNO merangkap Pemangku Presiden UMNO dan Anwar Ibrahim, Presiden PKR dan bakal PM ke-8 Malaysia. Dr Streram hanyalah calon parachute tidak terkenal yang diterjunkan semata-mata untuk mengisi tempat kosong PKR di Rantau. Anwar Ibrahim kelihatan paling sibuk serta berhempas pulas berkempen di Rantau untuk memastikan kemenangan PKR demi menjaga maruahnya selaku Presiden PKR dan bakal calon PM akan datang. Jika PKR tewas, reputasi beliau sebagai Pres...

Mungkinkah Kerajaan Perak Dan Kedah Bertukar Kepada Kerajaan UMNO-PAS?

Sabtu, 9 Mac 2019, 2 Rejab 1440H - Lanskap Kerajaan Perak dan Kedah berkemungkinan akan berubah ekoran Kerjasama Rasmi Politik (Taawun Siyasi) antara UMNO dan PAS. Kerajaan Perak sekarang ditadbir oleh PH dengan hanya 30 kerusi DUN, sementara BN mempunyai 25 kerusi, PAS 3 dan Bebas 1. Ini bermakna gabungan UMNO, PAS dan Bebas mempunyai 29 kerusi, iaitu 1 kerusi kurang daripada PH. Sekiranya berlaku sebarang lompatan daripada PH, maka Gabungan BN/PAS/Bebas akan bentuk Kerajaan Negeri Baru. Begitu juga dengan Kedah. Di Kedah, PH hanya mempunyai 19 kerusi, sementara PAS mempunyai 15 kerusi dan BN 2 kerusi setelah seorang wakil BN lompat ke Bersatu. Ini menjadikan kedudukan PH agak genting ekoran gabungan UMNO-PAS. Jika berlaku sebarang lompatan daripada PH, Kerajaan PH sekarang akan tumbang. Berdasarkan kedudukan genting kerusi di atas, percaturan politik semasa dan kemungkinan akan ada PRK, mungkinkah akan berlaku pertukaran Kerajaan Perak dan Kedah sebelum PRU-15? Sama-sama kita n...

Bersatu/PH Tewas - Adakah Kedudukan Dr Mahathir Tergugat!

Sabtu, 2 Mac 2019, 25 J Akhir 1440H - Bersatu/PH tewas di Semenyih. BN rangkul kemenangan dengan majoriti 1,914 undi. BN perolehi 19,780 undi sementara PH mendapat 17,866 undi. Saya tidak duga sama sekali bahawa BN akan menang dengan majoriti yang agak lebar. Tetapi, itulah realiti yang diberikan oleh para pengundi Semenyih. Adakah ini tanda-tanda bahawa Tsunami dan gelombang kebangkitan Melayu Islam dan Bumiputera (Perpaduan Ummah) telah bermula untuk menolak PH pada PRU-15. Rasanya begitu!  Kekalahan PH membuktikan majoriti pengundi Melayu Islam, Bumiputera dan sebahagian pengundi bukan Melayu di Semenyih telah menolak Bersatu/PH. Ini juga membuktikan Bersatu tidak layak menggantikan UMNO untuk memperjuangkan nasib dan masa depan kaum Melayu Islam, Bumiputera dan rakyat Malaysia. Kekalahan ini sekaligus menjadikan Bersatu dan Dr Mahathir tidak relevan lagi untuk mengemudi PH. Bagaimana dengan kedudukan Dr Mahathir dan TS Mahyudin dalam PH sekarang? Mungkinkah mereka terguga...

50/50 Di PRK Semenyih Esok!

Jumaat, 1 Mac 2019 - 24 J Akhir 1440H - Perebutan kerusi PRK Semenyih dijangka sengit dan seimbang. PH atau BN boleh menang dengan majoriti kecil berbanding PRU-14. Jika PH menang, mereka tidak boleh mendabik dada kerana mereka adalah penyandang kerusi tersebut, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Di samping itu, mereka menang kerana telah mendapat sokongan padu kaum Cina dan India, dan sebahagian kecil kaum Melayu Islam dan Bumiputera. Ini bererti majoriti kaum Melayu Islam dan Bumiputera telah menolak PH kerana kelemahan dan kegagalan mereka untuk mempertahan serta memperjuangkan hak Orang Melayu Islam dan Bumiputera. Ini juga bererti PH Menang tetapi Kalah. Kalah menambat hati kaum Melayu Islam dan Bumiputera sehinggakan majoriti kemenangan mereka merudum berbanding PRU-14. Dari aspek moral mereka telah tewas! Jika BN menang, ini adalah satu mimpi ngeri dan malapetaka besar kepada PH, terutama sekali Bersatu. Ini bererti Tsunami dan kebangkitan Melayu Islam dan Bumiputera telah ...