Skip to main content

Dunia Digital, Dunia Masa Kini Dan Akan Datang

Rabu, 5 April 2017 - Sama ada kita suka atau tidak, kita terpaksa berdepan dengan Dunia Digital Masa Kini. Dunia Digital, satu kemajuan Teknologi Elektronik, merupakan Revolusi Industri Keempat serba canggih (the Fourth Industrial Revolution) yang dimanfaatkan oleh seluruh dunia pada masa kini, dan lebih-lebih lagi pada masa akan datang. Sehubungan itu, kita, anak-anak kita serta cucu-cicit kita perlu didedahkan kepada Dunia Digital ini mulai sekarang. Jika tidak, kita akan ketinggalan zaman dan tercicir jauh di belakang arus kemajuan dan kemodenan dunia. Kita akan jadi seperti Katak Di Bawah Tempurung. Ini adalah realiti Teknologi Maju (Advanced Technology) yang kita perlu terima.

Dunia Digital bermula dengan penggunaan Satelit-Satelit di angkasa dan optik fiber (fiber optic). Susulan daripada kemajuan ini, pelbagai teknologi canggih demi kepentingan dunia dan manusia sejagat telah diperkenalkan. Komputer, Internet, SMS, MMS, email, Laptop, Tablet, Smart Phones, Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram, Telegram, Blog, Urusan, Perkhidmatan dan Perniagaan Dalam Talian (On-Line Business and Services), e-Dagang (e-Commerce), e-ekonomi (e-Economy) dan bermacam-macam lagi telah menyusuli segala kemajuan canggih ini.

Kini, dan lebih-lebih pada masa akan datang, kita boleh melakukan apa jua urusan serta mengakses pelbagi maklumat di seluruh dunia secara sentuhan jari (finger touch). Semua ini dapat dilakukan dengan mudah sambil duduk di sebuah sudut di rumah kita, di dalam kenderaan, di warung kopi, di tepi laut, di dalam hutan dan di mana jua tanpa memerlukan sebuah pejabat, kedai atau kilang besar. Inilah yang dikatakan Dunia Digital Masa Kini dan Akan Datang serta Dunia Tanpa Sempadan (Borderless World). Dengan Dunia Digital ini kita boleh melakukan pelbagai urusan di seluruh pelusuk dunia.

Kini, segala urusan perbankan, pembelian, penjualan, perdagangan, ekonomi, pembelajaran, perhubungan, tempahan, perkhidmatan, perniagaan, import-eksport, pengangkutan, pelayaran, penerbangan dan lain-lain mudah dilakukan secara Dalam Talian (On-Line). Untuk berdepan dengan Dunia moden ini, kita perlu melengkapi diri kita dengan pelbagai Teknologi Serba Canggih. Kita, anak-anak kita serta cucu-cicit kita perlu didedahkan kepada Dunia ini mulai sekarang. Mereka perlu dididik tentang kaedah memanfaatkan Komputer, Smart Phones, Laptop, Tablet, Internet dan Sistem Dalam Talian (On-Line) dengan bijak. Jika tidak, kita akan tercicir dan ketinggalan arus kemodenan.

Dunia Digital Adalah Dunia Masa Kini Dan Akan Datang!


        

Comments

Assalamualaikum. Jemput ke KL Blockchain Conference di KL Convention Centre pada hari Sabtu 8 hb April jam 9 pagi. Dunia Digital Currency melalui Ledger Digital iaitu Blockchain yg telus, mudah, selamat dan pantas. Penggunaan matawang masa hadapan.
www.bloktex.com

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...