Skip to main content

Posts

Breaking News - Tun Dr Mahathir Umum Keluar UMNO

Isnin, 29 Februari 2016 - Breaking News - Hari ini bukan saja dipanggil Hari Lompat tetapi Tun Dr Mahathir juga turut Melompat keluar daripada Parti UMNO pada hari ini. Beliau mengumumkan perkara tersebut di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putra Jaya petang tadi. Tun Dr Mahathir berkata beliau keluar daripada UMNO bersama isterinya ekoran sokongan UMNO terhadap kepimpinan DS Najib. Beliau juga berkata beliau tidak akan menubuhkan parti baru atau menyertai mana-mana parti politik. Pada tahun 1969 Tun Dr Mahathir telah dipecat daripada UMNO selepas berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969. Beliau diterima masuk semula UMNO pada tahun 1972. Ini merupakan kali kedua beliau keluar daripada Parti UMNO. Kali pertama pada tahun 2008 semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau sertai semula UMNO pada tahun 2009 apabila DS Najib menjadi Perdana Menteri. - ends -  

Mungkinkah UMNO Bergolak Selepas Penggantungan TS Muhyiddin?

Sabtu, 27 Februari 2016 - Semalam, Majlis Tertinggi UMNO telah membuat keputusan mengejut dengan menggantung jawatan TS Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO sehingga pemilihan UMNO akan datang. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh DS Hishammudin Tun Hussein telah membuat keputusan secara sebulat suara dan berkuatkuasa serta merta. DS Ahmad Zahid Hamidi telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO. Dengan penggantungan TS Muhyiddin itu mungkinkah UMNO akan bergolak dan berpecah selepas ini? Jika kita mengimbaskan kembali sejarah UMNO di masa-masa silam, perkara ini tidak mungkin berlaku. Di zaman Tun Dr Mahathir, pergolakan lebih besar pernah berlaku akibat penentangan TS Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam. Penentangan tersebut telah membawa kepada pengharaman parti UMNO. Tetapi, UMNO telah berjaya bangkit semula dengan penubuhan UMNO Baru dan para ahli lama mula bertaut kembali dengan lebih padu. Beberapa tahun kemudian, Tun Dr ...

Breaking News - Jawatan TS Muhyiddin Sebagai Timbalan Presiden UMNO Digantung

Jumaat, 26 Februari 2016. Breaking News  - Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang sebentar tadi telah memutuskan bahawa jawatan TS Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Presiden UMNO telah digantung serta merta sehingga pemilihan UMNO akan datang. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh DS Hishammuddin Tun Hussein. DS Ahmad Zahid Hamidi telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO. Keputusan tersebut telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor. TS Muhyiddin tidak hadir di mesyuarat tersebut kerana berada di luar negara. Mesyuarat tersebut berlangsung selama dua jam dan telah membuat keputusan secara sebulat suara. - ends -

Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju

Isnin, 22 Februari 2016 - Pada minggu lalu saya telah berpeluang bertemu rakan-rakan lama ketika saya bertugas di Kuala Lumpur. Kami melepak seketika di KL Central berbual-bual kosong tentang kisah lama dan mutakhir. Seorang rakan saya Si A telah bertanya tentang kegiatan saya dalam dunia Blogging sekarang. Kata beliau, "Awak masih giat menulis. Tidak bosankah, dulu semasa di Eric White Associates asyik sibuk menulis Siaran Akhbar, Ucapan dan Majalah Pelanggan serta Terjemahan sehingga tidak sempat makan. Tidak letihkah. Sekarang sudah berusia, relaks sajalah, rehatkan minda dan badan." Jawab saya, "Saya mahu otak saya terus aktif, segar, tajam dan tidak mahu menjadi seorang pelupa (dementia) pada suatu hari nanti. Itu sebabnya saya terus belajar, membaca, menulis, berfikir dan berbual-bual dengan rakan-rakan." Celah Si B, "Betul kata Ibrahim. Aku tidak menulis lagi tetapi sekadar aktif membantu anak aku menjalankan perniagaan Printing Shopnya. Aku jadi p...

Breaking News - Kerajaan Batal Pengambilan Pekerja Asing

Jumaat, 19 Februari 2016 - Breaking News -  Kerajaan telah membatalkan pengambilan para pekerja asing termasuk para pekerja dari Bangladesh. Menteri Dalam Negeri, DS Ahmad Zahid berkata hari ini Kerajaan akan memanfaatkan khidmat para pekerja tempatan yang ada bagi memenuhi permintaan tenaga kerja di Malaysia. Beliau menggesa para belia agar mengambil kesempatan ini untuk memainkan peranan penting bagi memajukan negara dengan mengisi semua kekosongan pekerjaan ini. Dengan pembatalan tersebut Kerajaan akan menggunakan khidmat para pekerja Malaysia dan para pekerja asing yang masih berada di negara ini sekarang. Pada masa yang sama, kata beliau Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap para pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen sah dan akan dihantar pulang. Tambah beliau operasi besar-besaran akan dijalankan tidak lama lagi bagi mengenalpasti dan menangkap mereka yang bekerja dan tinggal secara tidak sah di negara ini. Saya amat mengalu-alukan tindakan ini. Dal...

Breaking News - MoU Untuk Membawa Masuk 1.5 Juta Pekerja Bangladesh Telah Ditandatangani Di Dhaka

Khamis, 18 Februari 2016  -  Breaking News - MoU untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh telahpun ditandatangani di Dhaka hari ini antara Nurul Islam, Menteri Pekerjaan Seberang Laut, Bangladesh dan DS Richard Riot, Menteri Sumber Manusia, Malaysia.   Mengikut The Daily Star di bawah G2G Plus System itu para pekerja tersebut akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat-peringkat selama 3 tahun. Kemasukan kali ini akan disertai ramai pekerja wanita Bangladesh. Setiap pekerja akan dikenakan levi sebanyak RM1,946 (antara Tk 34,000 dan Tk 37,000). Sebelum ini, pada 8 Februari lalu Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina telah meluluskan MoU tersebut. Ketika ini kira-kira 600,000 pekerja Bangladesh sedang bekerja di Malaysia. - ends -    

Para Belia Malaysia Perlu Ambil Alih Tempat Pekerja Asing

Selasa, 16 Februari 2016  -  Seperti yang saya nyatakan dalam Blog Posting saya bertajuk "1.5 Juta Pekerja Bangladesh...", Kerajaan perlu merangka satu dasar baru yang menggalakkan, melatih dan memaksa para belia kita bekerja di ladang, kilang, tapak pembinaan, pasaraya, restoran, dll bagi menggantikan para pekerja asing. Sebaik saja mereka dilatih dan mengisi pekerjaan-pekerjaan tersebut, para pekerja asing perlulah dihantar pulang. Proses ini akan mengambil sedikit masa. Namun begitu, usaha ke arah itu perlu digerakkan secepat mungkin. Kementerian Sumber Manusia harus dipertanggungjawabkan terhadap perkara ini. Sebelum para belia kita dilatih dan mengambil alih pekerjaan tersebut, para pekerja asing harus dibenarkan bekerja buat sementara waktu bagi memastikan pembangunan ekonomi kita tidak terjejas dan terus berjalan lancar dan berkembang maju. Ketika ini ramai belia kita didapati menganggur, tidak melanjutkan pelajaran dan tercicir (dropouts). Mereka inilah yang perlu...