Sabtu, 27 Februari 2016 - Semalam, Majlis Tertinggi UMNO telah membuat keputusan mengejut dengan menggantung jawatan TS Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO sehingga pemilihan UMNO akan datang. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh DS Hishammudin Tun Hussein telah membuat keputusan secara sebulat suara dan berkuatkuasa serta merta. DS Ahmad Zahid Hamidi telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO.
Dengan penggantungan TS Muhyiddin itu mungkinkah UMNO akan bergolak dan berpecah selepas ini? Jika kita mengimbaskan kembali sejarah UMNO di masa-masa silam, perkara ini tidak mungkin berlaku. Di zaman Tun Dr Mahathir, pergolakan lebih besar pernah berlaku akibat penentangan TS Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam. Penentangan tersebut telah membawa kepada pengharaman parti UMNO. Tetapi, UMNO telah berjaya bangkit semula dengan penubuhan UMNO Baru dan para ahli lama mula bertaut kembali dengan lebih padu. Beberapa tahun kemudian, Tun Dr Mahathir telah memecat DS Anwar Ibrahim yang begitu popular dan hebat ketika itu. Kekecohan berlaku seketika dengan beberapa demonstrasi liar dan berakhir dengan DS Anwar Ibrahim menubuhan Parti Keadilan. UMNO tetap utuh dan tidak berpecah, malah mereka menjadi semakin kuat dan bersatu. Itulah kekuatan, keistimewaan dan keunikan yang ada pada UMNO, sebuah parti lama yang matang yang sering mengutamakan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air (Alif, Ba dan Ta).
Saya lihat TS Muhyiddin Yassin tidaklah sepopular dan sehebat Anwar Ibrahim. Lagipun, beliau hanya digantung dan tidak dipecat seperti Anwar Ibrahim. Jika pemecatan Anwar Ibrahim tidak membawa kepada keruntuhan UMNO, saya yakin penggantungan TS Muhyiddin tidak akan menggoncang kedudukan UMNO, malah akan mengukuhkan kembali UMNO kerana majoriti besar para ahli UMNO masih berdiri teguh di belakang Presiden UMNO dan para pemimpin UMNO yang lain demi penerusan perjuangan Parti UMNO.
Seperti saya katakan dulu, UMNO adalah sebuah parti yang lama dan matang. Para ahli mereka tentu tidak mahu melihat UMNO bergolak dan berpecah. Kekuatan dan masa depan Bangsa Melayu dan Agama Islam di Malaysia banyak bergantung pada UMNO. Kestabilan dan keamanan politik Malaysia juga banyak bergantung pada UMNO. Tanpa kekuatan dan kesepaduan UMNO, kekuatan politik Melayu Islam mungkin akan runtuh dan akhirnya hanya akan menguntungkan DAP. Demi memastikan kestabilan dan keamanan politik Malaysia di samping menentukan Melayu Islam terus mengemudi pentadbiran Kerajaan Malaysia, saya yakin para ahli UMNO akan terus bersatu dan mempertahankan UMNO.
Saya mendapati kekuatan dan kesepaduan UMNO adalah ibarat Kiambang. Sejurus saja Biduk berlalu, Kiambang akan bertaut kembali. Itulah kelebihan dan kekuatan yang ada pada Parti UMNO.
* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak. Saya juga bukan ahli UMNO atau mana-mana Parti.
* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives. I am not a member of UMNO or any Party.

Comments