Datuk Ahmad Bashah, 66 tahun, ADUN Bakar Bata akan mengangkat sumpah jawatan sebagai MB Kedah Ke-12 esok di Istana Anak Bukit.
Perkara ini dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din yang menjelaskan bahawa Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah berkenan di atas pelantikan tersebut.
Ketika ini beliau adalah seorang Senator berjawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri.
Sebelum ini, DS Mukhriz Tun Mahathir, ADUN Ayer Hitam telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai MB Kedah.
Saya berpendapat DS Mukhriz masih mempunyai masa depan yang cerah dalam arena Politik tanah air. Beliau masih muda dan mempunyai banyak masa untuk belajar dan menimba lebih banyak pengalaman dalam selok-belok kancah Politik. Kesilapan beliau yang saya nampak ialah beliau telahpun mempunyai kedudukan dan jawatan politik (political position) sebagai MB tetapi tidak memanfaatkannya untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh politik (political power and influences) beliau di Kedah.
Dalam politik, kedudukan dan jawatan politik (political position) saja belum mencukupi. Anda juga perlu ada kuasa dan pengaruh politik. Political position is not good enough. You also need political power and influences. Ia amat penting. Tanpa sokongan padu para pemimpin politik, kedudukan anda sebagai MB akan mudah tercabar dan rapuh. DS Mukhriz sepatutnya menjaga dan menguasai para pemimpin politik BN Kedah serta sering berdamping dengan mereka. Tetapi, beliau tidak melakukan semua itu. Akibatnya, beliau tidak mendapat sokongan dan kepercayaan mereka dan telah ditolak oleh majoriti ADUN sehingga gugur kedudukan dan jawatan beliau sebagai MB.
Tidak dapat dinafikan bahawa Politik adalah satu permainan kotor yang kasar. Politics is a dirty and a hard ball game. Politik adalah untuk mereka yang berhati kental dan kuat semangat, bukan untuk mereka yang berhati lemah dan lemah semangat. Politics is for a strong-hearted person, not for a faint-hearted person. Dalam politik, segala-galanya adalah serba mungkin. In politics, everything is possible. Hari ini kawan, esok lawan. Kawan boleh menjadi lawan, dan lawan boleh menjadi kawan. Semuanya disebabkan oleh kuasa dan pengaruh politik. Politik Machiavellian memang begitu.
DS Mukhriz perlu banyak belajar Politik Machiavellian daripada Ayahanda beliau, Tun Dr Mahathir. Kemahiran dan kelincahan berpolitik Tun Dr Mahathir telah membuatkan beliau mampu bertahan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia selama lebih 22 tahun. Dalam tempoh tersebut ramai politikus telah beliau tewaskan.
In Machiavellian Politics, either you shoot them first or you being shot first. It's a cruel game.
* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.
* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.

Comments