Skip to main content

Hari Lompat, Tahun Lompat!

Ramai di kalangan kita pasti tidak sedar bahawa tahun ini adalah Tahun Lompat (Leap Year) dan Hari Lompat (Leap Day) jatuh pada 29 Februari 2016, Hari Isnin.

Pada tahun-tahun biasa kita mempunyai 365 hari dalam setahun, tetapi pada Tahun Lompat kita perlu menambah satu hari lagi (Hari Lompat) dalam bulan Februari. Perkara ini berlaku pada setiap 4 tahun.

Sebenarnya, Bumi mengelilingi Matahari selama 365.242189 hari  atau 365 hari, 5 jam, 45 minit dan 45 saat dalam masa setahun. Dengan menambah 1 Hari Lompat pada setiap 4 tahun, Bumi dapat menjajar semula jumlah hari mengelilingi Matahari. Sekiranya tidak ditambah 1 Hari Lompat pada 29 Februari pada setiap 4 tahun, Bumi akan kerugian masa hampir 6 jam pada setiap tahun.

Mereka yang dilahirkan pada 29 Februari dianggap unik kerana mereka hanya boleh menyambut tarikh kelahiran mereka pada setiap 4 tahun, bukannya setiap tahun.

Tahun Lompat seterusnya ialah pada Tahun 2020.      

        

Comments