Skip to main content

Mukhriz Harus Teruskan Perjuangan

4 Februari 2016 - Pada jam 10 pagi tadi, Datuk Ahmad Bashah, ADUN Bakar Bata telah selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai MB Kedah Ke-12 di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Ini bererti era DS Mukhriz sebagai MB Kedah telah berakhir dan kini hanya menjadi ADUN Ayer Hitam. Mulai hari ini beliau harus meneruskan perjuangannya dan terus berbakti dengan baik kepada DUN Ayer Hitam serta belajar daripada kesilapan dan kelemahan beliau yang lalu.

Ketika menjadi Menteri Besar Kedah beliau tidak memanfaatkan kedudukan dan jawatan (political position) tersebut untuk memantapkan kekuatan, pengaruh dan kuasa politik (political strength, influence and power) beliau di Kedah di samping sering mengkritik parti dan Bosnya, DS Najib secara terbuka. Beliau juga kelihatan banyak berpihak kepada 3 M, iaitu Daddynya, Tun Dr Mahathir, TS Muhyiddin dan DS Mohd Shafie Apdal. Semua faktor ini telah menyumbang kepada penyingkiran beliau sebagai MB Kedah.

Walau bagaimanapun, beliau masih mempunyai masa dan peluang untuk belajar daripada semua kesilapan tersebut untuk menjadi seorang Politikus yang berjaya dan berkesan di hari muka. Saya berpendapat, pertama DS Mukhriz mesti terus berbakti dengan baik kepada DUN Ayer Hitam tanpa rasa kecewa dan dendam. Kedua, beliau mesti mula mengukuhkan kekuatan, pengaruh dan kuasa politiknya (political power, strength and influences) dengan meluaskan jaringannya (network) ke seluruh negara. Beliau mesti bekerja kuat dan tidak boleh bergerak bersendirian (lone wolf) tanpa sokongan padu daripada peringkat akar umbi. Ketiga, beliau mesti berdikari dan jangan terikut-ikut dengan rentak 3 M yang mahu menjatuhkan Bosnya sendiri, DS Najib. Dalam politik UMNO, BN dan tanah air, DS Najib adalah Bosnya. Bukan ayahnya, Tun Dr Mahathir. Beliau harus patuhi peraturan dan disiplin parti. Beliau boleh mengkritik parti dan Bosnya, tetapi haruslah dibuat secara beradab, bersopan dan tertutup (closed-door). Tidak diwar-warkan kepada pihak media. Jika dibuat secara terbuka, beliau akan mudah terperangkap dalam jerat parti lawan, terutama sekali DAP, anasir-anasir asing dan akhbar-akhbar antarabangsa yang sejak dulu lagi mahu menjatuhkan pentadbiran dan Kerajaan Melayu Islam di Malaysia. Keempat, beliau mesti belajar sepak terajang politik daripada ayahnya, Tun Dr Mahathir yang mampu bertahan selama lebih 22 tahun dengan menyingkirkan beberapa orang kanan beliau seperti Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Anwar Ibrahim termasuk Tun Salleh Abbas.

Tidak dapat dinafikan bahawa 'feel good factor', imej baik, populariti dan jenama Mahathir yang ditampilkan oleh DS Mukhriz telah menambat hati rakyat Kedah serta membawa kemenangan kepada BN. Selepas dipilih sebagai MB, beliau tidak menghasilkan prestasi (performance) seperti yang diharapkan. Beliau tidak bekerja dan berpolitik secekap dan serajin Tun Dr Mahathir di zaman pemerintahannya. Beliau didapati gagal dari aspek tersebut dan ini telah mendorong kepada kejatuhannya di Kedah.

Tetapi, usia masih menyebelahi beliau. Beliau masih muda dan mempunyai banyak masa untuk belajar serta membetulkan kesilapan dan kelemahan tersebut. Beliau adalah seorang yang baik, berbudi bahasa, bijak, mudah tersenyum, mudah bergaul, tidak memilih bulu dll. Tetapi, semua ini tidak mencukupi untuk menjadi seorang Politikus yang baik dan berjaya di masa akan datang. Beliau harus ada kekuatan, pengaruh dan kuasa politik (political strength, power and influences) untuk terus berdiri, berkuasa dan survive. Beliau harus bina asas dan tulang belakang tersebut.

DS Najib mempunyai semua kekuatan dan kelebihan ini. Itu sebabnya beliau mampu bertahan hingga ke saat ini walaupun diasak bertubi kali oleh Team Tun Dr Mahathir dan pihak-pihak lawan. DS Najib mempunyai sokongan dan pertahanan jitu yang telah beliau bina sejak di zaman beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO. Hampir semua pemimpin UMNO, ketua bahagian, wakil rakyat, ahli majlis tertinggi UMNO dan para pemimipin BN berdiri teguh di belakang beliau. Itu sebabnya kedudukan beliau teguh dan kukuh. Saya rasa, beliau telah belajar semua ilmu ini daripada Sifu beliau, tidak lain dan tidak bukan Tun Dr Mahathir sendiri.

Dulu, Tun Dr Mahathir telah menyingkirkan sesiapa saja yang menentangnya. Kini, giliran DS Najib pula yang menyingkirkan sesiapa saja yang menentangnya. Secara kebetulan, beliau telah menyingkirkan DS Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir.  



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.                    


                     

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...