Jumaat, 19 Februari 2016 - Breaking News - Kerajaan telah membatalkan pengambilan para pekerja asing termasuk para pekerja dari Bangladesh.
Menteri Dalam Negeri, DS Ahmad Zahid berkata hari ini Kerajaan akan memanfaatkan khidmat para pekerja tempatan yang ada bagi memenuhi permintaan tenaga kerja di Malaysia.
Beliau menggesa para belia agar mengambil kesempatan ini untuk memainkan peranan penting bagi memajukan negara dengan mengisi semua kekosongan pekerjaan ini.
Dengan pembatalan tersebut Kerajaan akan menggunakan khidmat para pekerja Malaysia dan para pekerja asing yang masih berada di negara ini sekarang.
Pada masa yang sama, kata beliau Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap para pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen sah dan akan dihantar pulang.
Tambah beliau operasi besar-besaran akan dijalankan tidak lama lagi bagi mengenalpasti dan menangkap mereka yang bekerja dan tinggal secara tidak sah di negara ini.
Saya amat mengalu-alukan tindakan ini. Dalam blog posting saya yang lalu saya telah menegaskan tentang "Charity Must Start At Home". Bantuan, pertolongan, kebajikan dan pekerjaan mestilah mengutamakan anak-anak tempatan terlebih dahulu. Selepas itu, barulah kepada orang-orang lain.
Ketika ini, ramai para belia Malaysia masih menganggur. Mereka perlu dilatih dan digalakkan bekerja di ladang, kilang, pasaraya, restoran, tapak binaan dll dengan gaji yang baik dan faedah sampingan yang menarik.
- ends -

Comments