Skip to main content

Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju

Isnin, 22 Februari 2016 - Pada minggu lalu saya telah berpeluang bertemu rakan-rakan lama ketika saya bertugas di Kuala Lumpur. Kami melepak seketika di KL Central berbual-bual kosong tentang kisah lama dan mutakhir.

Seorang rakan saya Si A telah bertanya tentang kegiatan saya dalam dunia Blogging sekarang. Kata beliau, "Awak masih giat menulis. Tidak bosankah, dulu semasa di Eric White Associates asyik sibuk menulis Siaran Akhbar, Ucapan dan Majalah Pelanggan serta Terjemahan sehingga tidak sempat makan. Tidak letihkah. Sekarang sudah berusia, relaks sajalah, rehatkan minda dan badan."

Jawab saya, "Saya mahu otak saya terus aktif, segar, tajam dan tidak mahu menjadi seorang pelupa (dementia) pada suatu hari nanti. Itu sebabnya saya terus belajar, membaca, menulis, berfikir dan berbual-bual dengan rakan-rakan."

Celah Si B, "Betul kata Ibrahim. Aku tidak menulis lagi tetapi sekadar aktif membantu anak aku menjalankan perniagaan Printing Shopnya. Aku jadi penasihat saja untuk memastikan perniagaan anak aku berjalan dengan baik."

Si C, seorang wanita yang terkenal dengan pemikiran kritikal semasa bertugas dulu, turut tidak mahu ketinggalan dalam perbualan ini. Katanya, "Saya lihat awak banyak memberikan pendapat dalam Blog. Adakah itu pendapat awak sendiri atau awak menulis untuk orang lain? Adakah para pembaca bersetuju dengan pendapat awak itu?"

Saya tersentak seketika dengan soalan tersebut. Di EWA dulu beliau memang terkenal sebagai seorang Konsultan yang berfikiran kritikal dan analitikal. Jawab saya, "Saya tidak menulis untuk sesiapa tetapi sekadar untuk meluahkan perasaan dan pendapat saya sendiri secara kritikal dan analitikal seperti awak dulu. Sama ada para pembaca terima, bersetuju atau tidak setuju dengan pendapat saya, itu adalah hak mereka. Mereka berhak untuk bersetuju atau tidak bersetuju. Mereka berhak untuk memberikan komen secara membina. Saya terima saja dan belajar daripada komen-komen tersebut. Sebenarnya, saya banyak belajar daripada komen-komen para pembaca. Ia membuka dan merangsang pemikiran saya. Komen yang membina dan positif akan membina Minda saya secara positif. Ia adalah satu Advantage dan Mileage untuk saya, bukan satu Disadvantage dan kerugian."

Terdiam Si C. Sambung beliau, "You are right my dear and you are just like me! In writing or in real life, we should agree to disagree in many things. Not everybody is on the same wavelength. Salute to you. Teruskan kegiatan dan perjuangan anda".

Dengan galakan daripada rakan-rakian lama itu, saya akan terus Blogging dengan memberikan pelbagai pendapat yang bernas dan bermanfaat. Segala-galanya terserah kepada para pembaca untuk menerima atau menolak pendapat saya itu. Saya akan terus berlapang dada dan berfikiran terbuka serta terus belajar daripada komen-komen yang dilontarkan. Kita tidak boleh berkembang dalam suasana yang selesa, tetapi kita boleh berkembang dalam suasana yang mencabar.      

I will continue to cling to the concept of "Agree To Disagree". The readers' comments are most welcomed!

                            

    

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...