3 Februari 2016 - Breaking News - Dalam satu Sidang Akhbar yang diadakan sebentar tadi di Wisma Darul Aman, Alor Star DS Mukhriz Mahathir telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Jelas beliau perletakan jawatan tersebut dibuat kerana tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN dan dilakukan bagi menamatkan krisis kepimpinan Kedah sekarang.
Tambah DS Mukhriz, beliau telah mengumumkan hasrat tersebut semalam kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah. DS Mukhriz juga berkata beliau akan terus vokal dan meminta agar UMNO melakukan transformasi.
Beliau akan terus berbakti kepada DUN Ayer Hitam dan telah menolak tawaran jawatan sebagai Timbalan Menteri.
Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Ahmad Bashah disebut-sebut sebagai pengganti DS Mukhriz dan akan mengangkat sumpah jawatan esok sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Istana Anak Bukit.

Comments