Skip to main content

1.5 Juta Pekerja Bangladesh Akan Memasuki Malaysia Dalam Masa 3 Tahun

9 Februari 2016 - Setiausaha Kabinet Bangladesh, Mohammad Shaiful Alam berkata Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina telah meluluskan Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk menghantar 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia dalam masa 3 tahun.

Para pekerja tersebut akan dihantar di bawah perjanjian sistem 'G2G Plus' (Kerajaan Dengan Kerajaan). Melalui perjanjian itu, para pekerja Bangladesh akan dibenarkan bekerja dalam sektor perkhidmatan, pengilangan dan pembinaan. Sebelum ini mereka hanya dibenarkan bekerja dalam bidang perladangan. Bangladesh adalah negara sumber tenaga manusia.

Dengan perjanjian tersebut bilangan pekerja dan pendatang asing di Malaysia akan bertambah hampir sekali ganda. Kini, dinggarkan lebih 2 juta pekerja dan pendatang asing sedang bekerja di Malaysia. Mereka terdiri daripada rakyat Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Kampuchea, Vietnam, Nepal, Filipina, Thailand, Nigeria dll.  Mereka bekerja di ladang, kilang, restoran, supermarket, kawasan pembinaan, bidang sekuriti, cuci kereta, berniaga dll. serta menutup pelbagai peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. Sebenarnya, masih ada pendatang asing yang sedang cuba memasuki sempadan Malaysia ketika saya menulis blog posting ini.  

Saya berpendapat Kerajaan harus menghentikan program ini dan menghantar pulang para pekerja dan pendatang asing yang tidak diperlukan lagi. Jika tidak, kita akan mengalami masalah sosial, politik, ekonomi, keselamatan, pentadbiran dll pada masa akan datang. Cuba bayangkan apakah rupa bentuk Malaysia dan apa akan berlaku di Malaysia pada 100 tahun akan datang jika situasi ini tidak dibendung? Malaysia dengan pelbagai bangsa pendatang yang kian bertambah sementara bilangan Bangsa Melayu dan Bumiputera semakin mengecil. Apakah rupa bentuk sosial, politik, ekonomi, keselamatan dan pentadbiran Kerajaan pada masa itu? Kita pasti tidak ada lagi ketika itu. Hanya tinggal cucu-cicit kita saja. Mungkinkah mereka akan merempat dan mengemis di negara sendiri? Ini sebenarnya yang berlaku di zaman sebelum Merdeka pada tahuin 1957. Cuba lihat apa berlaku sekarang!  

Saya berpegang erat pada peribahasa Melayu yang menginsafkan kita "Laki Pulang Kelaparan, Dagang Lalu Ditanakkan" dan pepatah Inggeris yang mengesyorkan "Charity Starts At Home". Kebajikan (Bantuan) Mestilah Bermula Di Negara Sendiri. Kita perlu utamakan rakyat tempatan (anak-anak kita) terlebih dahulu. Kemudian, barulah kepada orang asing.  

Kerajaan harus memperkenalkan satu polisi dan sistem baru yang menggalakkan serta memaksa rakyat tempatan (anak-anak muda kita) yang tidak melanjutkan pelajaran (dropouts) mengisi semua pekerjaan ini. Mereka harus digalak, dilatih dan dipaksa bekerja di ladang, kilang, restoran, supermarket, industri pembinaan, bidang sekuriti, cuci kereta, berniaga dll. Mereka tidak boleh lagi dibiarkan memilih-milih pekerjaan. Mereka mesti dipaksa bekerja. Kita perlu tegas terhadap mereka. Jangan dimanja-manjakan mereka lagi. Jika tidak, mereka akan terus menganggur dan menimbulkan pelbagai masalah sosial yang menyusahkan ibu bapa dan masyarakat. Jika mereka enggan bekerja dalam bidang-bidang ini, mereka harus dikenakan tindakan tegas. Kerajaan perlu tegas dan tidak boleh berlembut lagi dalam perkara ini. Kita tidak boleh terus-menerus mengambil pekerja asing dan mengabaikan anak-anak muda kita sendiri. Jika tidak, kita akan mengundang masalah besar di masa akan datang. Kita masih belum terlambat dan mempunyai masa untuk mengubah semua sistem pincang ini.

Ubahlah sistem ini sekarang sebelum Nasi Menjadi Bubur!

Ketika ini lebih 600,000 pekerja Bangladesh sedang bekerja di Malaysia. Dianggarkan lebih 2 juta pekerja dan pendatang asing sedang bekerja di Malaysia.
                   
Salah satu sebab yang membuatkan matawang Ringgit jatuh sekarang ialah pengaliran keluar Ringgit Malaysia ke negara-negara asing pada setiap minggu dan bulan.  



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...