Skip to main content

Valentine's Day, Sambutan Penganut Kristian

13 Februari 2016 - Esok, 14 Feb. adalah hari Valentine's Day, Hari Kekasih yang disambut oleh penganut Kristian di seluruh dunia sempena memperingati kematian Paderi Valentine (Valentino) di Rom pada 14 Februari Abad Ke-3 A.D. Sehubungan itu, orang-orang Islam dikehendaki jangan meraikan hari tersebut yang jelas bertentangan dengan Akidah Islam. Sambutan Valentine's Day yang juga dikenali sebagai Hari Kekasih adalah Agenda Barat dan Kristian, mungkin juga Yahudi, untuk meracuni pemikiran dan akhlak para remaja di seluruh dunia, terutama sekali umat Islam.

Pelbagai cerita telah berlegar mengenai Paderi Valentine ini. Tetapi, yang paling popular ialah beliau adalah seorang paderi terkenal di Rom pada zaman Emperor Claudius II. Pada zaman tersebut Rom sedang menghadapi peperangan dan Emperor Claudius II telah mengarahkan para tenteranya supaya meninggalkan isteri dan keluarga masing-masing, sementara yang masih bujang tidak dibenarkan berkahwin.

Walau bagaimanapun, Paderi Valentine telah mengingkari perintah Emperor Claudius II dan telah mengahwinkan ramai tentera. Beliau juga didapati telah menjalin perhubungan cinta dengan anak perempuan pengawal penjara Rom dan turut mengutus surat kepadanya.

Akibat tindakan dan percintaan beliau itu, beliau telah dihukum pancung pada 14 Feb Abad Ke-3 A.D. di Rom. Hari kematian Paderi Valentine itu telah disambut oleh para pengikutnya sebagai Valentine's Day atau Hari Kekasih.

Pada zaman sekarang, ramai remaja di seluruh dunia telah menyambutnya sebagai Hari Kekasih. Pada hari tersebut mereka akan melafazkan perasaan cinta dengan bertindak bebas, liar dan berzina atas nama kekasih dan cinta. Pada hari tersebut mereka akan rela menggadaikan maruah, dara dan teruna mereka demi kekasih dan cinta.

Baru-baru ini, Kerajaan Thailand dan Kemboja telah mengeluarkan arahan agar para remaja mereka jangan menggadaikan maruah mereka pada Hari tersebut. Cambodia's Government has hit out at Valentine's Day, warning students against losing the dignity of themselves and their families in a note sent to schools. Thailand and Cambodia are renowned in recent years for issuing warnings about the pitfalls of young love and premarital sex.  

Jika Kerajaan Thailand dan Kemboja yang bukan Islam boleh bertindak demikian, mengapa tidak Kerajaan Malaysia yang telah mengangkat Islam sebagai Agama Persekutuan. Saya harap Kerajaan Malaysia akan bertindak lebih tegas terhadap perkara tersebut, terutama sekali terhadap para remaja Islam.      

Sambutan Valentine's Day amat bertentangan dengan Kesucian Ajaran Islam. Islam melarang keras perhubungan dan seks bebas ini. Sehubungan itu, orang-orang Islam adalah dinasihati dan dikehendaki menjauhkan diri daripada perkara terlarang dan terkutuk ini. Semua ini adalah hak kebebasan dan liberal yang sering dilaung-laungkan dan diperjuangkan oleh pihak Barat, Kristian dan Yahudi.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motive.      

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...