Skip to main content

Posts

Mungkinkah Kerajaan Perak Dan Kedah Bertukar Kepada Kerajaan UMNO-PAS?

Sabtu, 9 Mac 2019, 2 Rejab 1440H - Lanskap Kerajaan Perak dan Kedah berkemungkinan akan berubah ekoran Kerjasama Rasmi Politik (Taawun Siyasi) antara UMNO dan PAS. Kerajaan Perak sekarang ditadbir oleh PH dengan hanya 30 kerusi DUN, sementara BN mempunyai 25 kerusi, PAS 3 dan Bebas 1. Ini bermakna gabungan UMNO, PAS dan Bebas mempunyai 29 kerusi, iaitu 1 kerusi kurang daripada PH. Sekiranya berlaku sebarang lompatan daripada PH, maka Gabungan BN/PAS/Bebas akan bentuk Kerajaan Negeri Baru. Begitu juga dengan Kedah. Di Kedah, PH hanya mempunyai 19 kerusi, sementara PAS mempunyai 15 kerusi dan BN 2 kerusi setelah seorang wakil BN lompat ke Bersatu. Ini menjadikan kedudukan PH agak genting ekoran gabungan UMNO-PAS. Jika berlaku sebarang lompatan daripada PH, Kerajaan PH sekarang akan tumbang. Berdasarkan kedudukan genting kerusi di atas, percaturan politik semasa dan kemungkinan akan ada PRK, mungkinkah akan berlaku pertukaran Kerajaan Perak dan Kedah sebelum PRU-15? Sama-sama kita n...

Bersatu/PH Tewas - Adakah Kedudukan Dr Mahathir Tergugat!

Sabtu, 2 Mac 2019, 25 J Akhir 1440H - Bersatu/PH tewas di Semenyih. BN rangkul kemenangan dengan majoriti 1,914 undi. BN perolehi 19,780 undi sementara PH mendapat 17,866 undi. Saya tidak duga sama sekali bahawa BN akan menang dengan majoriti yang agak lebar. Tetapi, itulah realiti yang diberikan oleh para pengundi Semenyih. Adakah ini tanda-tanda bahawa Tsunami dan gelombang kebangkitan Melayu Islam dan Bumiputera (Perpaduan Ummah) telah bermula untuk menolak PH pada PRU-15. Rasanya begitu!  Kekalahan PH membuktikan majoriti pengundi Melayu Islam, Bumiputera dan sebahagian pengundi bukan Melayu di Semenyih telah menolak Bersatu/PH. Ini juga membuktikan Bersatu tidak layak menggantikan UMNO untuk memperjuangkan nasib dan masa depan kaum Melayu Islam, Bumiputera dan rakyat Malaysia. Kekalahan ini sekaligus menjadikan Bersatu dan Dr Mahathir tidak relevan lagi untuk mengemudi PH. Bagaimana dengan kedudukan Dr Mahathir dan TS Mahyudin dalam PH sekarang? Mungkinkah mereka terguga...

50/50 Di PRK Semenyih Esok!

Jumaat, 1 Mac 2019 - 24 J Akhir 1440H - Perebutan kerusi PRK Semenyih dijangka sengit dan seimbang. PH atau BN boleh menang dengan majoriti kecil berbanding PRU-14. Jika PH menang, mereka tidak boleh mendabik dada kerana mereka adalah penyandang kerusi tersebut, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Di samping itu, mereka menang kerana telah mendapat sokongan padu kaum Cina dan India, dan sebahagian kecil kaum Melayu Islam dan Bumiputera. Ini bererti majoriti kaum Melayu Islam dan Bumiputera telah menolak PH kerana kelemahan dan kegagalan mereka untuk mempertahan serta memperjuangkan hak Orang Melayu Islam dan Bumiputera. Ini juga bererti PH Menang tetapi Kalah. Kalah menambat hati kaum Melayu Islam dan Bumiputera sehinggakan majoriti kemenangan mereka merudum berbanding PRU-14. Dari aspek moral mereka telah tewas! Jika BN menang, ini adalah satu mimpi ngeri dan malapetaka besar kepada PH, terutama sekali Bersatu. Ini bererti Tsunami dan kebangkitan Melayu Islam dan Bumiputera telah ...

PH (DAP) Tersungkur Di Cameron Highlands

Ahad, 27 Jan 2019 - 21 Jamadil Awal 1440 - Para pengundi Cameron Highlands telah menghukum PH (DAP) dengan memilih calon BN, Ramli Mohd Nor sebagai Wakil Dewan Rakyat mereka. Mereka telah memberikan 12,038 undi kepada Ramli berbanding 8,800 kepada Manogaran (DAP), dengan majoriti 3,238 undi, iaitu jauh lebih besar daripada majoriti PRU-14 sebanyak 597 undi. Saya mendapati terdapat beberapa sebab mengapa para pengundi Cameron Highlands telah menolak PH (DAP). Pertama, PH tidak menepati Manifesto mereka. Mereka hanya lunak berjanji, tetapi tidak menunaikannya. Rakyat sudah muak dan benci dengan permainan kotor ini. Kedua, Orang Melayu dan Orang Asli tidak mempercayai DAP, lebih-lebih lagi DAP kini didapati lebih dominan dalam PH serta mencatur segala dasar, tindak tanduk dan pergerakan PH yang amat tidak menyenangkan hati Bangsa Melayu dan Orang Islam. Ketiga, kerjasama UMNO/BN dan PAS (Penyatuan Ummah) semakin erat, padu dan serasi, dan telah banyak menyumbang kepada kemenangan be...

Himpunan Ummah 812 Tolak ICERD Berjaya!

Ahad, 9.12.18 - Himpunan Ummah 812 Tolak ICERD yang diadakan di Dataran Merdeka KL semalam, 81218, satu Tarikh Keramat, telah Berjaya! Ia mendapat Sambutan Hangat lagi Luar Biasa daripada pelbagai lapisan Ummah, Orang Melayu Islam, Bumiputera dan Rakyat Malaysia. Lautan manusia telah kelihatan membanjiri kawasan Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan sekitar seperti di Sogo, Masjid Jamek, Masjid Persekutuan, Masjid Negara dan Kampung Baru bagi melahirkan Penolakan dan Rasa Marah mereka terhadap Malayan Union 2.0, iaitu ICERD. ICERD yang pada mulanya telah dipergunakan oleh para pendokongnya sebagai senjata sulit untuk menggugat dan melemahkan Kedudukan Istimewa Orang Melayu Islam dan Agama Islam, telah bertukar menjadi satu Rahmat Allah yang Tersembunyi. A Blessing In Disguise. Dengan Izin Allah, ICERD telah bertukar menjadi satu faktor penyatuan untuk menyatupadukan Ummah dan Orang Melayu Islam yang selama ini telah berpecah. Himpunan semalam menceritakan segala-galanya! Ummah dan Oran...

Sah! Anwar Bertanding Di Port Dickson.

Rabu, 2 Muharram 1440H, 12 September 2018 -  Segala teka-teki telah pun berakhir. DS Anwar Ibrahim telah disahkan akan bertanding di Kerusi Parlimen Port Dickson untuk memberi laluan kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri Kelapan. Keputusan tersebut telah diumumkan di satu Sidang Akhbar di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi dengan dihadiri oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Datuk Danyal. DS Anwar tidak hadir di Sidang berkenaan kerana beliau kini dalam penerbangan pulang dari Hong Kong. Sebelum itu, Rafizi Ramli telah kelihatan di Dewan Rakyat untuk menyerahkan Surat Peletakan Jawatan Datuk Danyal kepada Pejabat Speaker. Pejabat Speaker telah mengesahkan penerimaan Surat berkenaan.  - ends -  

Prestasi PAS Meningkat Di Seri Setia!

Ahad, 28 Zulhijah 1439, 9 Sept 2018 - Syabas PAS! Walaupun tewas kepada PH di PRK Seri Setia semalam, prestasi PAS yang diwakili oleh Dr Halimah telah meningkat lebih sekali ganda dengan memperolehi 9,698 undi berbanding 4,563 undi pada PRU-14. Sementara itu, prestasi PH telah menjunam kepada 13,725 undi berbanding 29,372 pada PRU-14. Majoriti yang mereka perolehi kali ini hanyalah 4,027 berbanding 19,372 pada PRU-14, iaitu merosot lebih empat kali ganda. Walaupun bilangan pengundi kali ini rendah di sekitar 44%, keputusan tersebut menceritakan segala-galanya. Dalam masa 4 bulan saja, para pengundi telah mula beralih angin kepada gandingan pembangkang UMNO dan PAS. Kerjasama mereka telah mula menunjukkan kesan efektif. Sehubungan itu, mereka harus terus bekerjasama sehingga PRU-15. Dengan prestasi yang ditunjukkan semalam, tidak mustahil gandingan mereka berupaya menumpaskan PH dalam masa sepenggal saja, iaitu pada PRU-15. Apa yang perlu mereka lakukan sekarang ialah mereka har...