Skip to main content

Posts

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Jumaat, 10 Zulhijjah 1441H, 31 Julai 2020 Takbir Bergema Seantero Dunia Tanda Aidil Adha Telah Tiba Walaupun Disambut Dalam Suasana Berbeza Ibadah Haji Dan Korban Tetap Dilaksana Sepuluh Jari Disusun, Maaf Dipinta Semoga Silaturrahim Kita Utuh Sentiasa Maaf Zahir Batin Daripada Ibrahim Mohd Idrus Sekeluarga

BN/MN/PN Menang Besar Di PRK Chini

Sabtu, 12 Zulkaedah 1441H, 4 Julai 2020M - Seperti yang dijangkakan, BN menang besar di PRK Chini. A Landslide Victory for BN/MN/PN. Dua calon bebas tewas teruk dan hilang wang pertaruhan. BN yang diwakili calon UMNO Mohd Sharim Md Zain telah memperolehi 13,872 undi, sementara calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham dan Blogger Mohd Shukri Mohd masing-masing meraih 1,222 dan 137 undi. Ini bermakna calon BN telah menang besar dengan majoriti 12,650 undi. Walaupun telah mendapat suntikan psikologi dan semangat dari Tun M, Tengku Datuk Zainul Hisham telah kalah teruk. Ini membuktikan bahawa pengaruh Tun M telah hilang sengat di PRK Chini, dan mungkin juga di seluruh Malaysia. Mengikut SPR, 74% pengundi Chini telah keluar mengundi. Adakah isyarat Chini ini membuktikan bahawa PN kini amat dekat dan amat lekat di hati rakyat Malaysia, terutama sekali di kalangan kaum Melayu Islam? Nampaknya begitu!      Kemenangan besar ini telah memberi keyakinan serta menyuntik ...

Antara Ekonomi Dan Kesihatan Rakyat

Isnin, 11 Ramadhan 1441H - 5 Mei 2020M Ekonomi Negara dan pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia telah mula merosot sejak pertengahan Mac lalu ekoran penularan Wabak Covid-19 di seluruh dunia. Kesihatan rakyat Malaysia juga turut terjejas dan terancam dengan ribuan didapati telah dijangkiti Wabak tersebut, dan sehingga kini seramai 105 pesakit telah terkorban.  Selepas hampir 2 bulan PKP dilaksanakan untuk mengekang penularan Wabak tersebut di kalangan rakyat Malaysia, Kerajaan telah kehilangan pendapatan sebanyak RM2.4 bilion sehari, banyak syarikat dan ramai peniaga telah mengalami kerugian, dan ada juga yang terpaksa gulung tikar. Bagi memulihkan kembali Ekonomi Negara dan pendapatan para peniaga, di samping menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat, Kerajaan terpaksa mengimbangi kedua-dua perkara ini secara teliti dan rational. Menurut beberapa pakar perubatan antarabangsa, Wabak Covid-19 akan sentiasa berlegar di persekitaran kita selagi Vaksin bagi mengawalnya tidak dit...

Cabaran Covid-19 Bermula Esok

Ahad, 10 Ramadhan 1441H - 3 Mei 2020M Esok, 4 Mei 2020, kebanyakan syarikat dan pejabat di Malaysia akan mula beroperasi selepas hampir 2 bulan mematuhi PKP akibat Pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Apabla kebanyakan syarikat dan pejabat mula beroperasi, pastinya ramai pekerja akan mula keluar bekerja dan berkemungkinan terdedah kepada Covid-19. Jika mereka tidak berwaspada dan mematuhi SOP ketat yang digariskan oleh Kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM/MOH), besar kemungkinan ramai pekerja akan dijangkiti Covid-19 dan angka jangkitan dan kematian akan meningkat semula selepas mengalami penurunan sejak beberapa hari lalu. Kita faham bahawa Ekonomi Negara perlu dijana segera untuk mengeluarkan kita daripada belenggu kemelesetan (recession) yang melanda dunia sekarang. Untuk memastikan Ekonomi Negara dapat digerakkan semula dan kesihatan para pekerja terjamin, Majikan dan para pekerja perlu mengambil beberapa langkah penting: - 1. Syarikat dan pejabat perlu...

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Rabu, 28 Syaaban 1441H, 22 April 2020M AsSalam Mualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada anda semua dan semoga anda sentiasa mendapat Rahmat Allah. Di samping itu, saya sekeluarga turut menyusun sepuluh jari memohon Jutaan Ampun dan Maaf di atas segala Salah Silap kami di sepanjang persahabatan, pergaulan dan perhubungan kita selama ini. Maaf Zahir Batin Dipinta Semoga Persaudaraan Kita Kekal Selama-Lamanya Wassalam.      Ibrahim Mohd Idrus Sekeluarga

Covid-19 - Pandemik Abad Ke-21

Isnin, 13 April 2020 - 19 Syaaban 1441H Saya tidak terfikir sama sekali bahawa dalam usia saya ini saya akan bertemu dengan satu Wabak yang akan menyerang dan melumpuhkan aktiviti seluruh dunia. Rupa-rupanya, saya berpeluang juga bertemu dan mengalami fenomenanya. Sebelum ini, saya pernah membaca sejarah Wabak Spanish Flu yang telah menyerang Amerika dan Eropah pada tahun 1918. Ia telah mengorbankan jutaan nyawa. Tetapi, tidak terlintas di hati saya bahawa Wabak seperti ini akan turut berlaku pada zaman saya. Influenza (Virus) yang dipanggil Covid-19 ini bermula di Wuhan, China pada akhir tahun 2019. Kerajaan China amat merahsiakan perihal Wabak ini. Pada mulanya mereka memberi tahu pihak WHO bahawa Wabak ini tidak akan menular kepada manusia (no human to human transmission). Akhirnya, ia telah merebak ke seluruh dunia dan menjangkiti lebih sejuta manusia serta mengorbankan lebih 100,000 nyawa. Ia telah menjadi Pandemik. Wuhan telah di 'Lockdown' seluruhnya dan para D...

PH Tewas Teruk Di Tanjung Piai!

Ahad, 20 Rabiul Awal 1441H, 17 Nov 2019 - BN menang 'Mega' dan menang 'Gila' di Tanjung Piai malam tadi dengan meraih Majoriti paling besar sejak tahun 2004 - 15,086 undi. BN perolehi 25,466 undi, sementara PH hanya mendapat 10,380 undi. Yang lain jauh ketinggalan di belakang. Para pengundi Tanjung Piai telah menghukum PH! Saya tidak menduga sama sekali bahawa BN akan menang dengan begitu Mega. Begitu juga dengan jangkaan para penganalisa dan Blogger politik yang lain. Keputusan malam tadi sungguh Mengejutkan, amat Menakjubkan dan memang Luar Biasa. So Shock, so Overwhelming and so Mind-Boggling! Apa yang boleh saya katakan ialah 'Wow'! Apakah semua ini? Adakah ini merupakan isyarat dan amaran awal para pengundi kepada PH? Atau adakah ini merupakan kebangkitan dan gelombang pertama yang akan mencetuskan Tsunami Penolakan PH pada PRU-15? Nampaknya begitu. Segala-galanya mungkin bermula di Tanjung Piai! Keputusan dan pengajaran yang diberikan oleh para p...