Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Serpihan Sayap Dihantar Ke Toulouse

Breaking News.  Serpihan sayap, flaperon yang ditemui terdampar di pantai Pulau La Reunion, Lautan Hindi kelmarin akan dihantar ke Toulouse, Perancis untuk sesiatan dan kajian lanjut. Serpihan tersebut akan diterbangkan ke Paris pada hari ini dan dijangka tiba pada hari esok. Ia kemudiannya akan dihantar ke Toulouse, pusat siatan BEA Perancis. Menurut pihak Boeing, mereka yakin ia adalah milik B777 dan perlukan kajian lanjut untuk mengesahkan sama ada ia milik B777, MH370.     Serpihan sepanjang 2 meter itu ditemui oleh seorang pekerja majlis bandaran, La Reunion, Johnny Begue, 46 tahun. Beliau tidak sangka penemuannya itu akan mendapat liputan berita seluruh dunia. Di samping flaperon, beliau turut menemui serpihan bagasi. Seorang pakar Oceanograhpy berkata serpihan tersebut boleh dibawa arus dan angin Lautan Hindi ke Pulau La Reunion dalam masa 16 bulan. Kehilangan MH370 berlaku pada 8 Mac 2014 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.    

Serpihan Sayap Hampir Pasti Milik MH370

Breaking News. Menurut beberapa orang pakar penerbangan, serpihan sayap kapal terbang yang ditemui terdampar di pantai Pulau La Reunion hampir pasti milik MH370. Flaperon yang ditemui adalah milik Boeing 777 dan MH370 adalah satu-satunya (the only B777 plane) Boeing 777 yang terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi. Hanya nombor siri Flaperon tersebut akan memastikan kesahihan kapal terbang berkenaan. Sekiranya benar ia milik MH370, penemuan ini adalah permulaan kepada episod pencarian seterusnya bagi mengesan bangkai kapal terbang MH370.     

Dr Abd Aziz Bari Sertai DAP

Dr Abd Aziz Bari, seorang pakar Perlembangaan yang juga merupakan bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, telah menyertai DAP hari ini. Beliau mengumumkan penyertaannya dalam satu sidang akhbar hari ini yang dihadiri oleh Lim Kit Siang, Tony Puah dan A Samad Said. Beliau berkata ia menyertai DAP kerana mahukan lebih banyak ruang dan kebebasan, dan DAP mengamalkan dasar Keterbukaan (openness), Meritokrasi (Meritocray) dan Ketelusan (transparency). Tambah beliau dengan menyertai DAP ia dapat manfaatkan bakat dan kepakarannya. Pada PRU13 lalu, beliau bertanding atas tiket PKR dan tewas. Penyertaan beliau dalam DAP adalah hak beliau dan tiada siapa boleh menghalangnya. Tetapi, saya berpendapat DAP bukanlah tempatnya. Beliau seharusnya kekal dalam PKR atau sertai saja PAS atau pun UMNO. Itu lebih sesuai untuk seorang Intelektual Melayu Islam. Sekiranya beliau kekal dalam DAP sehingga PRU14 akan datang, saya yakin DAP akan calonkan beliau di kawasan majoriti C...

MH370 Telah Ditemui?

Serpihan sayap kapal terbang sepanjang dua meter telah terdampar di pantai Pulau La Reunion milik Perancis di Lautan Hindi semalam. Mungkinkah sayap ini milik MH370 dengan 239 penumpang yang hilang tanpa dikesan sejak lebih setahun lalu? Kalau dilihat daripada foto media yang diambil, serpihan sayap tersebut menyerupai B777 flaperon. MH370 yang hilang adalah sebuah kapal terbang Boeing 777. Serpihan sayap tersebut telah diselaputi cangkerang menunjukkan ia telah lama berada di dasar laut. Para pegawai Penerbangan Malaysia telah dikejarkan ke Pulau tersebut untuk siasatan lanjut. Kehilangan MH370 merupakan satu misteri aviasi yang terbesar pernah dialami.      

Tabik Hormat Kepada TS Muhyiddin

TS Muhyiddin Yassin adalah seorang Gentleman dan berhati mulia. Beliau tetap mengutamakan Parti UMNO, Bangsa, Agama dan Negara. Walaupun beliau telah digugurkan daripada Kabinet, beliau berkata ia tetap akan berkhidmat dengan penuh amanah dan bertanggungjawab sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan. Ini bererti beliau tidak merajuk dengan pengguguran tersebut, malah tetap taat dan setia kepada perjuangan UMNO dan rakyat Malaysia. Beliau menyatakan demikian di satu sidang akhbar yang diadakan di kediaman beliau di Bukit Damansara pada jam 11 pagi hari ini. Beliau telah menerima pengguguran tersebut dengan hati terbuka tetapi tetap tegas dengan pendirian beliau yang sentiasa memperjuangkan perkara hak dan benar. Kita perlukan pemimpin seperti ini yang tegas dengan prinsip perjuangannya tanpa memikirkan jawatan, pangkat, wang dan kuasa. Saya harap beliau akan terus dikekalkan sebagai Timbalan Presiden UMNO pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bakal dia...

UMNO Mula Bergolak?

TS Muhyiddin Yassin terkenal sebagai seorang yang taat dan komited terhadap perjuangan UMNO dan Islam. Beliau juga didapati taat kepada ketuanya, Presiden Parti dan Perdana Menteri. Beliau bersama para pemimpin UMNO dan Jemaah Menteri telah sama-sama merencana dan melaksanakan pelbagai dasar Parti dan Kerajaan. Di samping itu, beliau juga suka berterus terang dalam memberikan pendapat. Pelbagai dasar parti dan Kerajaan telah mendapat sokongannya. Tetapi, beliau agak berbeda pendapat tentang projek dan masalah 1MDB. Malangnya, pendapat beliau itu turut diluahkan di tempat terbuka (open forum), bukan secara closed-door dalam parti UMNO atau Kabinet. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh musuh-musuh UMNO dan Kerajaan untuk menjatuhkan Kerajaan secara tidak demokratik. Musuh-musuh tersebut turut mendapat bantuan, kerjasama dan sokongan pihak Barat dan Yahudi melalui media berpengaruh mereka seperti The Sarawak Report, The New York Times, The Wall Street Journal dll. Malangnya, usaha mer...

PAS Kian Retak!

PAS semakin retak dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diterajui oleh Mat Sabu. Dengan sokongan padu beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN PAS sekarang, bilangan kerusi PAS di Parlimen dan di Dewan Negeri dijangka akan berkurangan. ADUN PAS Selangor dari Morib dan Hulu Klang termasuk Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Maria telah pun menyertai GHB. Sebelum ini Dato' Kamarudin Jaafar, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan beberapa orang lagi Ahli Parlimen PAS telah bersama-sama Mat Sabu melancarkan Gerakan Harapan Baru. Sehingga kini PAS Pusat belum mengambil sebarang tindakan tatatertip terhadap mereka dengan harapan mereka akan kembali semula ke pangkuan PAS. Mengikut pucuk pimpinan PAS, jika ahli-ahli Parlimen dan ADUN PAS sertai GHB mereka terpaksa mengosongkan kerusi-kerusi yang dimenangi berdasarkan bai'ah yang telah dimeterai. Mereka yang menggelar diri mereka progresif dan liberal adalah Kumpulan Anwarinas. Mereka lebih mirip kepada perj...

Pak Samad - Cakap Tak Serupa Bikin!

Saya masih tidak pasti sama ada sajak Hai Melayu itu ditulis oleh Pak Samad. Jika benar ia ditulis oleh Pak Samad maka sajak itu adalah satu tamparan kepada Pak Samad sendiri kerana ia ibarat 'Cakap Tak Serupa Bikin'. Jika benar Pak Samad sayang dan memperjuangkan Bangsa Melayu seperti yang dinukilkan, beliau tidak sepatutnya kowtow kepada DAP yang jelas cauvinistik Cina yang memperjuangkan fahaman Malaysian Malaysia serta duduk di bawah ketiak Ambiga yang memperjuangkan Bersih yang tidak bersih dan suci. Dengan menyertai DAP, Pak Samad terus hilang sengat dan lumpuh untuk memperjuangkan Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu. Beliau terpaksa tunduk layu dan akur kepada konsep Malaysian Malaysia yang memperjuangkan bahawa semua rakyat Malaysia adalah sama rata. Melayu. Cina, India, Punjabi dll adalah sama saja. Tiada bezanya. Sejarah lampau diketepikan. Mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Semuanya mempunyai hak yang sama, tidak lebih dan tidak kurang, dan hanya merit...

Bertemu Di Thailand Dan Singapura!

Niat jahat (the ill intent) The Sarawak Report, Wall Street Report, New York Times dll untuk menjatuhkan kepimipinan Melayu Islam DS Najib semakin ketara apabila Polis Thailand mengesahkan beberapa orang pemimpin pembangkang Malaysia, pemilik media Malaysia dan Clare Rewcastle Brown telah bertemu Xavier Justo di Thailand dan Singapura untuk mendapatkan dokumen 1MDB-PetroSaudi dan memalsukan mereka. Mereka dikatakan telah mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan secara 'money laundering' dengan kononya membeli sebuah syarikat dan wang selebihnya dibayar kepada Xavier Justo. Setelah mendapat dokumen-dokumen dan maklumat emel daripada Justo, mereka telah memalsukan dokumen-dokumen dan emel tersebut (falsifying, doctored and tempered the documents) dan diterbitkan dalam The Sarawak Report. Pemalsuan dan penipuan ini kemudian diperbesarkan oleh The Wall Street Journal milik Dow Jones, New York. Konspirasi ini semakin menarik apabila bekas editor The Sarawak Tribune dan editor Sar...

PAS - UMNO Akan Bekerjasama?

Mat Sabu, bekas timbalan presiden PAS dan pengerusi pro-tem kepada NGO terbaru, Gerakan Harapan Baru (GHB) menyatakan PAS tidak lagi relevan dalam suasana politik sekarang. Beliau mahu menubuhkan sebuah parti politik baru dengan beberapa pembaharuan (reformation) yang dapat diterima oleh rakyat Malaysia sekarang. Dengan sokongan padu G18 yang turut tewas dalam Muktamar PAS lalu, beliau dan rakan-rakannya akan menjelajah ke seluruh negara untuk berkempen tentang penubuhan GHB dan bagi merekrut ahli-ahli baru. Mat Sabu turut mencabar PAS untuk menyingkir beliau dan rakan-rakannya. Sehingga kini PAS belum mengambil sebarang tindakan terhadap mereka. Beberapa orang pemimpin terkemuka DAP dan PKR seperti Lim Guan Eng, Rafizi Ramli dan Saifudin Nasution telah pun menyatakan sokongan mereka terhadap penubuhan GHB dan akan turut berkempen untuk mereka. Namun begitu, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dan timbalan presiden PKR masih membisu terhadap GHB yang bakal menyertai PR.2 menggantikan...

A Peaceful Malaysia

I am sure every Malaysian treasures a happy, peaceful and harmonious life in a multi-racial and multi religious Malaysia. But, it has to come with a price. The price is cheap and simple. The price is, please adhere dearly to our Federal Constitution prepared by our wise forefathers. The Federal Constitution stipulates very clearly about everything including everybody's rights in Malaysia. The special rights of the Malays, Bumiputeras and the non-Malays. Just stick to what enshrined in the Constitution. Please, don't question them anymore. It's as simple as that. The end results will be a peaceful Malaysia. The problems will only crop up when you start questioning each other's rights and trudging each other's sensitivities. . Malaysia is a multi-ethnic and multi-religious country with multiple sensitivities. Living in a Beautiful Malaysia is like living on a time bomb. You have to be very cautious and alert all the time. If you accidently trigger the sensitive ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Bathin Daripada Kami Semoga Ibadah Ramadhan Allah Berkati Menikmati Anugerah Illahi Yang Tak Terperi Roh Ramadhan Mestilah Diterusi Supaya Iman Kekal Abadi Di Hari Raya Yang Mulia Ini Kita Bergembira Menyambut Kemenangan Diri Sambil Bermaaf-Maafan Sesama Insani Jamulah Para Tetamu Seikhlas Hati Salam Aidilfitri Sekali Lagi Sepuluh Jari Disusun Mohon Dimaafi  - Daripada Ibrahim Mohd Idrus Sekeluarga  

Tony Pua Jumpa Justo Dan Clare Brown Di Singapura

Menurut laman sesawang pru 14.tv yang disiarkan dalam berita portal Malaysia Today, Tony Pua, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat telah berjumpa Xavier Andre Justo dan Clare Rewcastle Brown di Hotel Fullerton, Singapura, sebelum The Sarawak Report mula mendedahkan laporan tentang 1MDB. Pertemuan mereka di Singapura telah disahkan oleh Polis Thailand daripada maklumat yang mereka terima daripada pihak Polis Singapura. Sekiranya maklumat tersebut didapati sahih, ini membuktikan mereka adalah dalang di sebalik laporan negatif The Sarawak Report yang telah mereka curi, palsukan dan terbitkan. Ini juga membuktikan mereka adalah perancang utama kepada konspirasi untuk menjatuhkan DS Najib secara tidak demokratik. Tony Pua adalah Pengerusi DAP, Selangor sementara Tong adalah penerbit The Edge yang bekerjasama dengan The Sarawak Report. Hasil daripada kelicikan rancangan mereka ini, ramai rakyat Malaysia, orang Melayu dan ahli UMNO telah dikucar-kacirkan, dilaga-lagakan dan diperbodohkan. I...

PAS Dan UMNO Perlu Bekerjasama

Majlis Syura PAS telah pun menerima keputusan Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan mereka dengan DAP.  Sebelum ini, DAP telah terlebih dahulu membuat keputusan yang sama dan menganggap PR telah berkubur dan tidak wujud lagi. Ini disebabkan oleh perbezaan ideologi, perjuangan dan dasar yang ketara. DAP mengamalkan dasar sosialis sekular Malaysian Malaysia sementara PAS berpegang kepada dasar Islamik dan mahu mewujudkan hukum hudud. PKR pula adalah sebuah parti berbilang bangsa dan agama yang mengamalkan dasar liberal serta memperjuangkan survival seseorang. Mereka bergabung secara longgar tanpa pendaftaran rasmi Parti PR hanya untuk menentang Parti BN. Ekoran daripada perkembangan terbaru ini, saya ingin mengesyorkan agar PAS sekarang bekerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRU akan datang. Kita perlu mencari satu formula terbaik bagi merealisasikan kerjasama Melayu Islam ini. Dengan kerjasama tersebut, saya yakin PAS dan UMNO, dua Parti Melayu Islam utama, boleh menguasai du...

Agenda Barat Dan Yahudi Untuk Menghancurkan Pentadbiran Melayu Islam

Sejak dulu lagi anasir Barat dan Yahudi telah mencuba sedaya upaya untuk menguasai Malaysia yang diterajui oleh kepimpinan Melayu Islam. Malangnya, mereka tidak berjaya, tetapi telah berjaya menguasai Thailand, Filipina dan Singapura dengan meletakkan pangkalan tentera laut dan para pakar ketenteraan mereka. Seperti kucing dihidangkan ikan, tiba-tiba isu 1MDB telah dibangkitkan oleh beberapa orang pemimpin tempatan yang mahu menjatuhkan kepimpinan DS Najib. Mereka telah menghidu isu ini sebagai satu peluang keemasan untuk menyelinap masuk ke Malaysia dan menyuntik racun berbisa mereka. Mereka bermula dengan menawarkan diri untuk mencanangkan agenda beberapa orang pemimpin tempatan tersebut dalam penerbitan antarabangsa mereka. Tun M, pengkritik utama DS Najib, telah diberi ruang seluas-luasnya untuk mencurahkan isi hatinya dalam The New York Times milik Yahudi. Pandangan beliau turut mendapat liputan luas di The Sarawak Report yang berpangkalan di UK. Bukan itu saja, The Sarawak Re...

WSJ Tuduh Najib Razak

Wall Street Journal, salah sebuah majalah ekonomi antarabangsa yang terkemuka di dunia, mendedahkan bahawa 1MDB telah memasukkan wang AS$700 juta ke dalam akaun bank peribadi DS Najib Razak. Walau bagaimanapun, pendedahan tersebut tidak disertai dengan dokumen-dokumen sah untuk menyokong kesahihan tuduhan berkenaan. Sebagai sebuah majalah ekonomi yang berpengaruh, pendedahan tersebut telah mendapat liputan seluruh dunia dan boleh menggugat reputasi Najib Razak dan ekonomi negara Malaysia. Sekiranya tuduhan tersebut didapati benar, kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri boleh tergugat dan ekonomi Malaysia boleh terjejas setelah mendapat penarafan kredit A- yang stabil daripada Ritch Ratings, sebuah agensi penarafan antarabangsa . Penafian serta merta daripada Pejabat Perdana Menteri dan 1MDB yang menyangkal tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan sabotaj politik tidak cukup untuk menangkis serangan WSJ. Pendedahan dan tuduhan WSJ amat berat dan perlu ditangkis dengan kuat ...

1MDB Terkini

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda telah mengadakan perbincangan dengan Fitch Ratings, Agensi Penarafan Antarabangsa, mengenai kedudukan 1MDB sekarang. Fitch Ratings telah berpuas hati dengan penjelasan 1MDB. Fitch Ratings juga telah menaikkan penarafan kredit Malaysia daripada negatif kepada stabil dengan penarafan A- ekoran kedudukan ekonomi dan politik Malaysia yang bertambah baik. Dalam perkembangan lain, Jabatan Ketua Audit Negara telah pun menyiapkan laporan sementara (interim report) 1MDB dan akan menyerahkan laporan tersebut kepada PAC tidak lama lagi. Di Thailand, Xavier Andre Justo, bekas Eksekutif  Kanan PetroSaudi, dilaporkan telah mengaku memeras ugut bekas syarikatnya, PetroSaudi International. Jika didapati bersalah beliau boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun. Xavier Andre Junto dipercayai telah menyalurkan emel dan dokumen yang dicuri daripada pangkalan data PetroSaudi kepada Sarawak Report yang berpangkalan di UK. Polis Di Raja Ma...

Pulau Pinang Bukan Kerajaan PR

Lim Guan Eng semalam berkata Kerajaan di Pulau Pinang bukan lagi Kerajaan PR. Ia sudah bertukar menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang saja kerana PR telah berkubur. Ini bererti Kerajaan Pulau Pinang sekarang ialah sebuah Kerajaan Lim Guan Eng dengan sokongan Adun DAP, PKR dan PAS ekoran PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP. Tetapi, anehnya beliau berkata wakil tunggal PAS di Pulau Pinang masih tetap menyokongnya. Jika Muktamar PAS dan Majlis Ulama PAS Pusat telah memutuskan hubungan dengan DAP, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Adakah wakil tunggal PAS ini lebih mementingkan jawatan daripada Prinsip Perjuangan PAS? Di Selangor, lain pula ceritanya. Kerajaan Negeri Selangor masih dipanggil Kerajaan PR yang diterajui oleh Azmin Ali. Azmin tetap perlukan sokongan PAS kerana tanpa bantuan PAS, Kerajaan PR Selangor akan tumbang apabila PAS bekerjasama dengan BN dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Selain itu, walaupun PKR lebih mirip kepada DAP susulan dasar liberal yang sama, Azmin tida...