Skip to main content

Bertemu Di Thailand Dan Singapura!

Niat jahat (the ill intent) The Sarawak Report, Wall Street Report, New York Times dll untuk menjatuhkan kepimipinan Melayu Islam DS Najib semakin ketara apabila Polis Thailand mengesahkan beberapa orang pemimpin pembangkang Malaysia, pemilik media Malaysia dan Clare Rewcastle Brown telah bertemu Xavier Justo di Thailand dan Singapura untuk mendapatkan dokumen 1MDB-PetroSaudi dan memalsukan mereka.

Mereka dikatakan telah mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan secara 'money laundering' dengan kononya membeli sebuah syarikat dan wang selebihnya dibayar kepada Xavier Justo.

Setelah mendapat dokumen-dokumen dan maklumat emel daripada Justo, mereka telah memalsukan dokumen-dokumen dan emel tersebut (falsifying, doctored and tempered the documents) dan diterbitkan dalam The Sarawak Report. Pemalsuan dan penipuan ini kemudian diperbesarkan oleh The Wall Street Journal milik Dow Jones, New York.

Konspirasi ini semakin menarik apabila bekas editor The Sarawak Tribune dan editor Sarawak Report, Lester Melanyi mengesahkan rancangan jahat Clare Rewcastle Brown dan beberapa orang pemimpin parti pembangkang menerusi pendedahan Video Bahagian Pertama beliau baru-baru ini. Pendedahan Video Bahagian Kedua telah menyusuli kemudian.

Sebenarnya, pembangkang telah ketandusan idea untuk menjatuhkan DS Najib. Tetapi, telah mendapat nafas baru apabila beberapa orang pemimpin kenamaan tempatan telah membuka 'floodgate' dengan menimbulkan isu 1MDB untuk menjatuhkan DS Najib. Tanpa berfikir panjang, mereka telah merebut kesempatan tersebut sebagai batu loncatan untuk merealisasikan agenda jahat mereka.

Mereka telah menggunakan khidmat Xavier Justo, Clare Rewcastle Brown, The Sarawak Report dan The Wall Street Journal untuk meyakinkan Tun M, rakan-rakan beliau dan rakyat Malaysia. Mereka telah memutarbelitkan cerita untuk membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. Allah Maha Besar! Malangnya, niat jahat mereka telah terbongkar sekarang dan tidak berjaya!

Polis Thai, Singapura, Bitain dan Malaysia perlu bekerjasama untuk mengambil tidakan terhadap mereka yang terlibat! Konspirasi ini bukan satu perkara kecil kerana ia melibatkan rancangan jahat untuk menumbangkan sebuah Kerajaan Yang Di Pertuan Agong yang telah dipilih oleh rakyat secara sah dan demokratik.

Mengikut berita terkini, Tony Pua dan Rafizi Ramli tidak dibenarkan keluar Malaysia!

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...