Skip to main content

UMNO Mula Bergolak?

TS Muhyiddin Yassin terkenal sebagai seorang yang taat dan komited terhadap perjuangan UMNO dan Islam. Beliau juga didapati taat kepada ketuanya, Presiden Parti dan Perdana Menteri. Beliau bersama para pemimpin UMNO dan Jemaah Menteri telah sama-sama merencana dan melaksanakan pelbagai dasar Parti dan Kerajaan. Di samping itu, beliau juga suka berterus terang dalam memberikan pendapat.

Pelbagai dasar parti dan Kerajaan telah mendapat sokongannya. Tetapi, beliau agak berbeda pendapat tentang projek dan masalah 1MDB. Malangnya, pendapat beliau itu turut diluahkan di tempat terbuka (open forum), bukan secara closed-door dalam parti UMNO atau Kabinet. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh musuh-musuh UMNO dan Kerajaan untuk menjatuhkan Kerajaan secara tidak demokratik. Musuh-musuh tersebut turut mendapat bantuan, kerjasama dan sokongan pihak Barat dan Yahudi melalui media berpengaruh mereka seperti The Sarawak Report, The New York Times, The Wall Street Journal dll. Malangnya, usaha mereka itu masih gagal sehingga sekarang.

Niat TS Muhyiddin memang baik, tetapi tidak kena pada tempatnya apabila pandangan beliau didedahkan kepada pihak musuh yang sentiasa menunggu untuk menangguk di air keruh. Ini yang menimbulkan keraguan dan keresahan di kalangan pemimpin UMNO dan Kabinet. Lebih-lebih lagi pandangan TS Muhyiddin agak mengelirukan apabila beliau berkata ia hanya mendapatkan maklumat sebenar 1MDB di majalah perniagaan dan kewangan The Edge saja.

Sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri dan anggota Kabinet beliau pasti maklum dengan segala perkembangan isu 1MDB. Ia pasti dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada setiap hari Rabu. Beliau juga pernah mempengerusikan Mesyuarat Kabinet dan mendapat Fact Sheet tentang isu 1MDB. TS Muhyiddin juga boleh mendapatkan laporan lengkap 1MDB daripada menteri-menteri lain. Mungkin tindakan ini yang merunsing dan meragukan DS Najib.

Ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa TS Muhyiddin sebenarnya adalah salah seorang daripada Team Tun M untuk menjatuhkan DS Najib. Tun Musa Hitam pernah menyuarakan perkara tersebut. Walau bagaimanapun, perkara ini masih samar-samar lagi tanpa kepastian. Semua ini telah mendorong DS Najib untuk berbuat sesuatu. Salah satu daripada caranya ialah dengan merombak Kabinet dan menggugurkan TS Muhyiddin.  

Kabinet Kerajaan mesti bertindak secara kolektif, bersatu dan bertanggungjawab secara bersama (collective responsibility). Tidak boleh berpecah dan berselisih faham. Ini bagi membolehkan pentadbiran, pengurusan dan rancangan Kerajaan berjalan lancar. Tetapi, TS Muhyiddin telah memilih untuk tidak bertindak secara kolektif dan bersatu. Pada satu ketika dulu, DS Najib pernah memberi arahan kepada semua menteri sama ada mereka bersamanya atau letak jawatan. TS Muhyiddin pilih untuk bersama DS Najib, tetapi, pada masa yang sama masih tidak menunjukkan kesepakatan beliau.
             
Untuk memastikan sebuah pasukan Kabinet yang kolektif, bersatu padu dan setia, DS Najib terpaksa membuat satu keputusan yang sukar, berani dan drastik untuk merombak Kabinet dengan menggugurkan TS Muhyiddin. Saya percaya, DS Najib tentu berasa sedih dan pilu dengan keputusan berat dan sukar ini kerana TS Muhyiddin merupakan rakan karib beliau dalam perjuangan UMNO dan Kerajaan. Tetapi, keputusan drastik terpaksa dibuat untuk mewujudkan sebuah Jemaah Menteri dan Kerajaan yang mantap dan bersatu padu bagi melaksanakan segala dasar dan rancangan Kerajaan dengan lancar, bagi mencapai matlamat Wawasan 2020, bagi menghadapi dan mengatasi pelbagai masalah dan isu yang timbul dan bagi menghadapi PRU akan datang.

Politics is a hard ball game and a blood sport. It's not for the faint-hearted politicians. Either you make a kill or being killed. You have to make the first move to kill your opponents. Whether you like it or not, that's the game of politics.    

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika takut tangan terbakar, jangan berani bermain api! Itulah dia adat resam dan asam garam politik.












Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...