Skip to main content

Dr Abd Aziz Bari Sertai DAP

Dr Abd Aziz Bari, seorang pakar Perlembangaan yang juga merupakan bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, telah menyertai DAP hari ini.

Beliau mengumumkan penyertaannya dalam satu sidang akhbar hari ini yang dihadiri oleh Lim Kit Siang, Tony Puah dan A Samad Said.

Beliau berkata ia menyertai DAP kerana mahukan lebih banyak ruang dan kebebasan, dan DAP mengamalkan dasar Keterbukaan (openness), Meritokrasi (Meritocray) dan Ketelusan (transparency).
Tambah beliau dengan menyertai DAP ia dapat manfaatkan bakat dan kepakarannya.

Pada PRU13 lalu, beliau bertanding atas tiket PKR dan tewas.

Penyertaan beliau dalam DAP adalah hak beliau dan tiada siapa boleh menghalangnya. Tetapi, saya berpendapat DAP bukanlah tempatnya. Beliau seharusnya kekal dalam PKR atau sertai saja PAS atau pun UMNO. Itu lebih sesuai untuk seorang Intelektual Melayu Islam.

Sekiranya beliau kekal dalam DAP sehingga PRU14 akan datang, saya yakin DAP akan calonkan beliau di kawasan majoriti Cina dan menang dalam pilihan raya. Jika DAP menang majoriti dalam pilihan raya peringkat Negeri, saya percaya beliau akan dipilih sebagai Menteri Besar kerana MB mestilah seorang Melayu Islam.

Nasihat saya kepada beliau ialah, jangan untung sikit, rugi banyak. Jangan terlalu kowtow kepada DAP. Walau bagaimanapun, itu adalah hak beliau dan saya hormati hak setiap orang.    


 

 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...