Lim Guan Eng semalam berkata Kerajaan di Pulau Pinang bukan lagi Kerajaan PR. Ia sudah bertukar menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang saja kerana PR telah berkubur.
Ini bererti Kerajaan Pulau Pinang sekarang ialah sebuah Kerajaan Lim Guan Eng dengan sokongan Adun DAP, PKR dan PAS ekoran PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP.
Tetapi, anehnya beliau berkata wakil tunggal PAS di Pulau Pinang masih tetap menyokongnya. Jika Muktamar PAS dan Majlis Ulama PAS Pusat telah memutuskan hubungan dengan DAP, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Adakah wakil tunggal PAS ini lebih mementingkan jawatan daripada Prinsip Perjuangan PAS?
Di Selangor, lain pula ceritanya. Kerajaan Negeri Selangor masih dipanggil Kerajaan PR yang diterajui oleh Azmin Ali. Azmin tetap perlukan sokongan PAS kerana tanpa bantuan PAS, Kerajaan PR Selangor akan tumbang apabila PAS bekerjasama dengan BN dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Selain itu, walaupun PKR lebih mirip kepada DAP susulan dasar liberal yang sama, Azmin tidak boleh mengenepikan PAS yang telah membantu mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar.
Pakatan Rakyat, entiti longgar tanpa pendaftaran rasmi Parti Campuran dengan ideologi yang berbeza, sudah mula menunjukkan keretakan. Ia hanya menunggu belah!
Pilihan Raya Ke-14 akan diadakan dalam masa 2 tahun lagi. DAP dan PKR perlu mencari regu lain untuk mentadbir negara. Mungkinkah ahli-ahli progresif dan profesional PAS yang tewas di Muktamar lalu akan menubuhkan Parti baru untuk menggantikan PAS. Nampaknya, G18 semakin ghairah untuk menubuhkan Parti baru sebagai regu kepada DAP dan PKR. Dalam politik segala-galanya serba mungkin!

Comments