PAS semakin retak dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diterajui oleh Mat Sabu. Dengan sokongan padu beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN PAS sekarang, bilangan kerusi PAS di Parlimen dan di Dewan Negeri dijangka akan berkurangan.
ADUN PAS Selangor dari Morib dan Hulu Klang termasuk Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Maria telah pun menyertai GHB. Sebelum ini Dato' Kamarudin Jaafar, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan beberapa orang lagi Ahli Parlimen PAS telah bersama-sama Mat Sabu melancarkan Gerakan Harapan Baru.
Sehingga kini PAS Pusat belum mengambil sebarang tindakan tatatertip terhadap mereka dengan harapan mereka akan kembali semula ke pangkuan PAS. Mengikut pucuk pimpinan PAS, jika ahli-ahli Parlimen dan ADUN PAS sertai GHB mereka terpaksa mengosongkan kerusi-kerusi yang dimenangi berdasarkan bai'ah yang telah dimeterai.
Mereka yang menggelar diri mereka progresif dan liberal adalah Kumpulan Anwarinas. Mereka lebih mirip kepada perjuangan Anwar dan mahukan kemenangan dan kuasa dengan apa cara sekalipun. Sehubungan itu, mereka tidak akan berpatah balik kepada PAS yang dianggap tidak relevan lagi dan akan meneruskan agenda jangka panjang mereka. Inilah yang dimahukan oleh DAP supaya orang Melayu terus berpecah, mudah diratah dan akhirnya dapat memerintah Malaysia.
Dengan penubuhan GHB, orang Melayu kini telah berpecah empat. Daripada bangsa majoriti yang bersatu padu dan kuat, mereka kini telah menjadi bangsa minoriti akibat berpecah dan lemah. Amat malang sekali nasib Melayu! Lebih teruk lagi jika akhirnya orang Melayu menjadi Red Indians di Amerika, Maori di New Zealand, the Bush People di Australia dan rakyat Palestin di Israel.
Itu sebabnya saya sering melaungkan dalam posting saya agar PAS dan UMNO bekerjasama mulai sekarang bagi memperkasakan semula kekuatan, keutuhan, kesepaduan dan maruah Bangsa Melayu dan Agama Islam. Dua parti ini perlu memikirkan dan merencana formula menang-menang (win-win formula) untuk bekerjasama dan memenangi PRU akan datang.
Pemimpin besar DAP seperti LKS dan LGE amat mengalu-alukan penyertaan GHB dalam campuran DAP-PKR. Pemimpin de facto PKR, Anwar Ibrahim melalui peguamnya telah menyatakan persetujuannya untuk menerima GHB dalam Pakatan 2.0 yang baharu. Ini bermakna PAS telah tersingkir daripada campuran tersebut dan terpaksa bertarung bersendirian dalam PRU 14 akan datang.
Gabungan DAP-PKR-GHB amat cocok kerana mereka semuanya membawa dan mengamalkan dasar sekular dan liberal. PAS tetap tegas dengan dasar Islamis dan mahu melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan dan mungkin juga di Terengganu jika mereka dapat menawan negeri tersebut.
Baru-baru ini, Dr Harun Din berkata sekiranya PKR menerima GHB dalam gabungan mereka, PAS akan memutuskan hubungan dengan PKR.
Jawapan untuk menewaskan campuran DAP-PKR-GHB dan parti-parti lain ialah PAS dan UMNO mesti bekerjasama mulai sekarang! Buangkan keegoan masing-masing. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih. Perbezaan antara mereka adalah dari aspek ranting saja. Utamakan kesepaduan Bangsa Melayu, Agama Islam dan masa depan Malaysia.

Comments