Skip to main content

Pak Samad - Cakap Tak Serupa Bikin!

Saya masih tidak pasti sama ada sajak Hai Melayu itu ditulis oleh Pak Samad. Jika benar ia ditulis oleh Pak Samad maka sajak itu adalah satu tamparan kepada Pak Samad sendiri kerana ia ibarat 'Cakap Tak Serupa Bikin'.

Jika benar Pak Samad sayang dan memperjuangkan Bangsa Melayu seperti yang dinukilkan, beliau tidak sepatutnya kowtow kepada DAP yang jelas cauvinistik Cina yang memperjuangkan fahaman Malaysian Malaysia serta duduk di bawah ketiak Ambiga yang memperjuangkan Bersih yang tidak bersih dan suci.

Dengan menyertai DAP, Pak Samad terus hilang sengat dan lumpuh untuk memperjuangkan Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu. Beliau terpaksa tunduk layu dan akur kepada konsep Malaysian Malaysia yang memperjuangkan bahawa semua rakyat Malaysia adalah sama rata. Melayu. Cina, India, Punjabi dll adalah sama saja. Tiada bezanya. Sejarah lampau diketepikan. Mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Semuanya mempunyai hak yang sama, tidak lebih dan tidak kurang, dan hanya merit, prestasi, kepandaian dan kebolehan yang membezakan antara mereka.

Semua Agama adalah sama. Tidak ada agama yang lebih tinggi dan syumul daripada yang lain. Semuanya sembah tuhan yang sama dan mengamalkan perkara-perkara yang baik-baik saja. Islam sebagai Agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembangaan Malaysia akan terhapus dan tidak wujud lagi. Masjid, Tokong, Kuil dll akan diberikan peruntukan yang sama dan dibina sama banyak.

Semua Bahasa adalah sama. Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dll adalah sama saja. Hanya Bahasa Inggeris akan diutamakan sebagai Bahasa Ilmu Pengetahuan dan Bahasa Komunikasi antarabangsa. Pak Samad terkenal sebagai pejuang Bahasa Melayu. Jika bercakap pun beliau hanya bertutur dalam Bahasa Melayu baku dan tidak mahu langsung bercakap dalam Bahasa Inggeris. Selepas menyertai DAP adakah Pak Samad akan terus bercakap dalam Bahasa Melayu baku saja dengan ahli-ahli DAP. Pada hal, ahli-ahli DAP yang kebanyakannya Cina, lebih gemar bercakap dalam Bahasa Cina, Mandarin dan Inggeris. Ada kalanya, konvensyen, seminar dan mesyuarat mereka dijalankan dalam Bahasa Mandarin. Sanggupkah Pak Samad undur ke belakang dan meninggalkan segala perjuangan asalnya?

Dari aspek kepimpinan, semua pimimpin adalah sama. Semua orang dan semua bangsa layak menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Gabenor dan mungkin juga Sultan dan Agong. Sebenarnya, banyak lagi yang termaktub dan tersembunyi dalam konsep Malaysian Malaysia.

Apa yang saya jelaskan di atas adalah sebahagian daripada Konsep Malaysian Malaysia. The Malaysian Malaysia concept stresses that Everybody (every Malaysian) is equal. Everybody has the same rights. What differentiate them are merit. Malah, lebih daripada itu. Adakah Pak Samad sanggup menggadaikan semua ini? Jika dihayati sajaknya, beliau pasti tidak merelakan. Tetapi, mengapa beliau sanggup menghambakan diri, tunduk layu dan kowtow kepada DAP dan Ambiga? Itu menjadi satu tanda tanya yang besar! Itu hak beliau, tetapi saya rasa beliau telah memilih parti yang salah. Beliau sepatutnya memilih UMNO, PAS atau setidak-tidaknya PKR atau NGO yang berteraskan Bangsa Melayu.

Tengku Aziz (the Towering Malay), seorang bijaksana yang pernah menyertai pucuk pimpinan DAP, akhirnya keluar daripada DAP kerana sering berbalah dengan LGE dan para pemimpin DAP yang lain. Pada mulanya beliau begitu yakin dengan perjuangan DAP. Tetapi, setelah lama bersama mereka, barulah beliau sedar bahawa DAP hanyalah indah khabar daripada rupa. Mereka sebenarnya adalah cauvinistik Cina yang memperjuangkan dasar sosialis, sekular dan liberal.

Jika Tengku Aziz yang bijaksana akhirnya keluar daripada DAP kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar mereka, begaimana pula dengan Pak Samad?      

            


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...